KUALA LUMPUR: Pengeluaran di bawah skim i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat memberi impak langsung yang positif kepada ekonomi sebenar yang menyokong penggunaan domestik.
Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata dari segi simpanan persaraan, bagaimanapun, penampan perlu diperkukuh dan dibina semula.
"Itu sebabnya pembaharuan pasaran buruh penting untuk memastikan rakyat mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang lebih baik supaya mereka boleh menyimpan lagi untuk meningkatkan penampan kewangan mereka dari segi simpanan persaraan," katanya dalam webinar anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia.
Beliau berkata langkah pembaharuan dalam perlindungan sosial juga penting terutamanya berkaitan bahagian insurans sosial dan skim persaraan swasta berikutan ia dapat membantu mengukuhkan lagi faedah persaraan.
Mengenai impak daripada pengeluaran i-Sinar kepada pasaran kewangan, katanya fokus BNM adalah mengurangkan potensi impak daripada kemusnahan pasaran iaitu memastikan kecairan yang mencukupi dalam pesisir untuk menyokong kestabilan kewangan.
"Hutang dan kecairan pasaran kewangan dalam pesisir telah menjadi faktor penting untuk memastikan pelarasan telah dibuat secara meluas dan teratur, disokong oleh jumlah dagangan harian yang baik dari semasa ke semasa dalam pasaran forex dan bon," katanya.
Ketua Penyelidikan MIDF Imran Yusof berkata beliau turut berpandangan bahawa pengeluaran i-Sinar, terutamanya secara menyeluruh, sebagai positif kepada ekonomi sebenar.
Beliau berkata pengeluaran tersebut tidak akan memberi impak kepada kecairan KWSP yang disifatkannya sebagai antara peserta utama dalam pasaran ekuiti dan mempunyai kecairan yang mencukupi untuk menyokong pasaran.
"Ia (KWSP) juga mempunyai portfolio yang amat pelbagai dari segi pelaburan seperti pendapatan tetap, pasaran saham dan hartanah," katanya.
Beliau berkata pengeluaran i-Sinar secara menyeluruh juga telah memberi wang tambahan kepada mereka yang tidak benar-benar memerlukan bantuan.
"Satu perkara yang kami dapati pada tahun lepas apabila moratorium pinjaman menyeluruh diberikan adalah wang tambahan kepada mereka yang tidak benar-benar memerlukannya sama ada digunakan atau dilaburkan.
"Kami melihat penyertaan runcit dalam pasaran saham kembali rancak pada tahun lepas. Trend ini dilihat berterusan pada tahun ini setakat ini pada tahun ini, belian bersih daripada peruncit berjumlah kira-kira RM5 bilion," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Pelaburan bagi Pendapatan Tetap Amundi Malaysia Eridani Tutiana Jusat berkata walaupun impak daripada pengeluaran i-Sinar positif kepada ekonomi tempatan, beliau terus berhati-hati dengan impaknya kepada pasaran bon domestik.
"Kami agak berhati-hati kerana KWSP adalah pelabur yang besar dalam bon kerajaan Malaysia. Jika terdapat sokongan yang berkurangan daripada KWSP dalam pasaran bon, ini akan mempengaruhi pasaran," katanya.
Sehingga 14 Mac, sejumlah RM52.48 bilion melibatkan 5.94 juta pemohon untuk skim i-Sinar telah diluluskan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 01 2021
![Pengeluaran i-Sinar beri impak langsung positif kepada ekonomi sebenar - BNM Pengeluaran i-Sinar beri impak langsung positif kepada ekonomi sebenar - BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61613028317_isinar.jpg)
Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata dari segi simpanan persaraan, bagaimanapun, penampan perlu diperkukuh dan dibina semula.
![Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738801006_TBguaniah.jpg)
Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air
Menurut Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran, pejabat Taman Negara Niah sendiri turut ditenggelami air.
![Wanita maut dalam kebakaran rumah di flat Jalan Sentul Wanita maut dalam kebakaran rumah di flat Jalan Sentul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738800210_tbwanitamautKebak.jpg)
Wanita maut dalam kebakaran rumah di flat Jalan Sentul
Pihak JBPM Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 12.38 tengah malam menerusi talian MERS999.
![MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738797857_TBmotogp.jpg)
MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang
Pelumba Aprilia Racing itu disahkan mengalami kecederaan patah tangan kanan dan patah kaki kiri.
![Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738795020_tbpesakitkansergen.jpg)
Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia
Pakar onkolgi berkata, amnya pemeriksaan mamogram dapat mengesan kanser payudara di peringkat awal, namun kanser ovari sukar dikesan.
![Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738797031_tbKementerianLuarN.jpg)
Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa
Kementerian itu menegaskan, tindakan sedemikian menghalang realisasi penubuhan Negara Palestin yang bebas dan berdaulat seperti diimpikan.
![K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738798311_TBlemas.jpg)
K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas
Dua anjing pengesan itu dibawa untuk mengesan mangsa, Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.
![Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738795186_ParlimenBangunanP.jpg)
Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan membangkitkan kebimbangan terhadap tindakan Trump yang dilihat boleh mencetuskan perang perdagangan global.
Bincang isu iklim secara menyeluruh, bukan berasingan
Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC), UTM, Dr Khamarrul Azahari Razak berkata, ini kerana krisis iklim memberi impak besar kepada pelbagai sektor antaranya seperti pertanian, perikanan dan penternakan.
![Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696154036_MohdAzamIsmailKe.jpg)
Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata ketiga-tiga suspek lelaki berusia 61, 52 dan 50 tahun itu ditahan pada 3 Feb lepas.
Pembantu rumah curi barang majikan ditahan
Tindakan pembantu rumah warga Indonesia mencuri telefon bimbit dan iPad milik majikannya yang juga juruterbang sebelum melarikan diri, mengundang padah apabila ditahan polis semalam.
![Selepas NUBE, NUDIW pula gesa kerajaan kembalikan wang caruman KWSP B40, M40 Selepas NUBE, NUDIW pula gesa kerajaan kembalikan wang caruman KWSP B40, M40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81637729970_KSWP.jpg)
Selepas NUBE, NUDIW pula gesa kerajaan kembalikan wang caruman KWSP B40, M40
Zukfakar berkata kesan membenarkan pengeluaran itu menyaksikan sebahagian besar pencarum kini berada dalam kitaran kemiskinan.
![Kerajaan perlu berhati-hati guna ruang fiskal yang ada - Pakar ekonomi Kerajaan perlu berhati-hati guna ruang fiskal yang ada - Pakar ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51626243436_RinggitMalaysia.jpg)
Kerajaan perlu berhati-hati guna ruang fiskal yang ada - Pakar ekonomi
Sehingga akhir Jun tahun ini, paras hutang statutori mencecah 56.8 peratus, namun ia masih di bawah had statutori 60 peratus KDNK yang dibenarkan.
![Sah! Tiada lagi syarat buat pengeluaran i-Sinar Sah! Tiada lagi syarat buat pengeluaran i-Sinar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61613038564_TBZafrul.jpg)
Sah! Tiada lagi syarat buat pengeluaran i-Sinar
"Bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi."
![Pengeluaran i-Sinar tanpa syarat akan diumum minggu depan - Sumber Pengeluaran i-Sinar tanpa syarat akan diumum minggu depan - Sumber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61613028317_isinar.jpg)
Pengeluaran i-Sinar tanpa syarat akan diumum minggu depan - Sumber
Perbincangan masih dijalankan bagi mencari jalan untuk KWSP menyediakan peruntukan bagi pengeluaran tanpa syarat.