KUALA LUMPUR:Pengeluaran caruman daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar disifatkan sebagai langkah terbaik membantu golongan terjejas dalam menampung perbelanjaan isi rumah.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata pengeluaran itu dilihat dapat membantu memulihkan kitaran ekonomi masyarakat yang terjejas dan terhimpit.
"Pada masa sama, kerajaan masih meneruskan pengeluaran i-Lestari di Akaun 2 yang dijangka tamat pada Mac tahun hadapan. Sekurang-kurangnya, mereka (pencarum) boleh mengeluarkan sehingga RM1,000 daripada akaun 1 dan 2 KWSP dalam meringankan beban kewangan mereka akibat wabak COVID-19," katanya kepada Bernama.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2021 semalam mengumumkan kemudahan pengeluaran Akaun 1 KWSP secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.
Pada masa sama, katanya, FOMCA menyifatkan pembentangan Belanjawan 2021 sebagai menyeluruh meskipun kerajaan menghadapi pelbagai kekangan daripada segi kewangan.
"Bajet ini juga bukan sahaja mengurangkan bebanan rakyat tetapi pada masa ia bertujuan menggerakkan ekonomi negara," katanya.
Sementara itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) dalam kenyataan bersama menyatakan secara keseluruhan, belanjawan ini boleh dilihat sebagai respons kepada cabaran yang dihadapi ketika pandemik COVID-19 dan kemerosotan ekonomi.
Presiden SAM Meenakshi Raman berkata peruntukan RM400 juta kepada semua negeri untuk perlindungan biodiversiti adalah langkah yang baik kerana ia akan membantu negeri melindungi biodiversiti dan hutan selain berharap dengan peningkatan peruntukan itu, sungai-sungai akan dilindungi dengan lebih baik sekali gus dapat mengelakkan pencemaran sehingga menyebabkan gangguan bekalan air.
Presiden CAP Mohideen Abdul Kader pula mengalu-alukan usaha yang diambil untuk kehidupan lebih sihat dalam kalangan rakyat termasuk membekukan pengeluaran lesen import rokok baharu dan mengenakan duti eksais membabitkan semua jenis peranti rokok elektronik dan bukan elektronik termasuk vape mulai 1 Jan 2021.
Dalam pada itu, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) berharap golongan wanita mengambil peluang melalui peruntukan RM50 juta yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2021 bagi menyokong aktiviti pembiayaan Islam melalui Ar-Rahnu Biznita yang bertujuan memperkasa golongan wanita dalam bidang keusahawanan.
Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM Parihah Hasan berkata usaha ini adalah untuk meningkatkan taraf sosiekonomi diri dan keluarga dengan menjadikan emas sebagai medium simpanan yang stabil serta diyakini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 07 2020
![Pengeluaran KWSP bantu golongan sasar - FOMCA Pengeluaran KWSP bantu golongan sasar - FOMCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61604721075_GFXKWSP.jpg)
Pembentangan Belanjawan 2021 semalam turut merangkumi kemudahan pengeluaran Akaun 1 KWSP secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.
![Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews
![ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739950962_arifaiman.jpg)
ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews
![Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739954467_TBKRITIKALGULAKENYAL.jpg)
Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.
![Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024 Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.
![Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739950800_indonesia.jpg)
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.
![Perlu penguatkuasaan tegas, pastikan penurunan harga beras putih import tercapai Perlu penguatkuasaan tegas, pastikan penurunan harga beras putih import tercapai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702997850_beras.jpg)
Perlu penguatkuasaan tegas, pastikan penurunan harga beras putih import tercapai
Ia bagi memastikan matlamat kerajaan menurunkan harga makanan ruji rakyat Malaysia itu tercapai.
![Marimuthu dipilih semula sebagai Presiden Consumers International Marimuthu dipilih semula sebagai Presiden Consumers International](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702120426_TBNADASON.jpg)
Marimuthu dipilih semula sebagai Presiden Consumers International
Presiden FOMCA Datuk N. Marimuthu dipilih semula sebagai Presiden Consumers International bagi penggal kedua.
![NanoVerify-FOMCA meterai MoU bagi sahkan produk nano kepada pengguna NanoVerify-FOMCA meterai MoU bagi sahkan produk nano kepada pengguna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61638578973_nanoverifyfomca.jpg)
NanoVerify-FOMCA meterai MoU bagi sahkan produk nano kepada pengguna
NanoVerify-FOMCA meterai MoU bagi sahkan produk nano kepada pengguna | Dagang News
![Gantung lesen premis jika gagal kawal pelanggan - Fomca Gantung lesen premis jika gagal kawal pelanggan - Fomca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633144426_BPGANTUNGLESENjpg.jpg)
Gantung lesen premis jika gagal kawal pelanggan - Fomca
Tindakan tegas seperti menarik atau membatalkan lesen sekiranya kesalahan berganda berlaku perlu dikenakan oleh penguat kuasa.
![Hari Hak-Hak Pengguna: COVID-19 bantu kurangkan penggunaan plastik sekali guna Hari Hak-Hak Pengguna: COVID-19 bantu kurangkan penggunaan plastik sekali guna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/81588588240_tapaumakan.jpg)
Hari Hak-Hak Pengguna: COVID-19 bantu kurangkan penggunaan plastik sekali guna
COVID-19 telah mewujudkan perubahan kepada trend pengguna apabila pengguna mula membawa bekas sendiri untuk tapau makanan.
![Tahap kesedaran rendah punca isu sampah plastik tidak terurus terus meruncing Tahap kesedaran rendah punca isu sampah plastik tidak terurus terus meruncing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-09/51535867364_plastik.jpg)
Tahap kesedaran rendah punca isu sampah plastik tidak terurus terus meruncing
Kesan penggunaan plastik akan dirasai apabila masyarakat tidak bertanggungjawab secara berterusan membuang plastik secara tidak terurus.
![Pengeluaran KWSP bantu golongan sasar - FOMCA Pengeluaran KWSP bantu golongan sasar - FOMCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61604721075_GFXKWSP.jpg)
Pengeluaran KWSP bantu golongan sasar - FOMCA
Pengeluaran Akaun 1 KWSP dilihat dapat membantu memulihkan kitaran ekonomi masyarakat yang terjejas dan terhimpit.
![Adakah memadai hukuman denda kepada 'penjahanam' sungai? Adakah memadai hukuman denda kepada 'penjahanam' sungai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71600140991_SungaiSelangor.jpg)
Adakah memadai hukuman denda kepada 'penjahanam' sungai?
Undang-undang terhadap perosak alam sudah ada, namun memadaikah usaha mengenakan hukuman denda kepada pelaku?
![FOMCA saran kerajaan lanjutkan moratorium sehingga Disember FOMCA saran kerajaan lanjutkan moratorium sehingga Disember](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/41585150994_FOMCADatukDrMari.jpg)
FOMCA saran kerajaan lanjutkan moratorium sehingga Disember
FOMCA meminta kerajaan menimbang pelanjutan moratorium enam bulan yang diumumkan pada 25 Mac lepas sehingga Disember 2020.
![Awas peralatan elektrik tidak selamat undang padah Awas peralatan elektrik tidak selamat undang padah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81589437980_SIRIM.jpg)
Awas peralatan elektrik tidak selamat undang padah
Peningkatan secara mendadak pembelian peralatan elektrik oleh pengguna secara dalam talian sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu menimbulkan kebimbangan FOMCA.