LABUAN: Pengembara yang ingin keluar dari pulau bebas cukai ini terpaksa beratur panjang lebih sejam di terminal feri keluar masuk (ro-ro) Labuan sejak Jumaat lepas, dan keadaan sesak itu dijangka berlarutan hingga hujung minggu depan.
Kebanyakan mereka menyalahkan barisan yang bercampur antara pengembara Sabah dan Semenanjung di kaunter imigresen dan petugas tidak mencukupi meskipun peningkatan jumlah pengguna terminal sudah dijangka, sebagai punca kesesakan.
Pengendali perkhidmatan feri, Labuan Mainland Link Sdn Bhd memohon maaf kepada pengembara yang terpaksa menuggu lama untuk masuk dan keluar feri berikutan jumlah pengguna bertambah sempena cuti sekolah serta cuti Pesta Kaamatan untuk Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pada 30 dan 31 Mei.
Pemeriksaan imigresen dijalankan di kedua-dua pintu keluar iaitu terminal feri Labuan dan Menumbok.
Syarikat pengurusan tiket di terminal feri berkenaan, Labuan Point Sdn Bhd, mengesahkan lebih 10,000 tiket bagi kenderaan dan penumpang habis dijual dua minggu menjelang gabungan cuti sekolah (26-3 Jun) dan Pesta Kaamatan (30-31 Mei) itu.
Ketua Polis Labuan Supt Ahmad Jawilah telah memberi amaran berlakunya kesesakan di jalan raya, manakala lonjakan permintaan di Lapangan Terbang Labuan juga menambah 'sakit kepala' kepada mereka yang ingin bercuti.
Suasana sibuk sekitar terminal feri Labuan itu berlaku sejak Jumaat lepas, bertepatan dengan bermulanya cuti panjang.
Labuan Mainland Link mengendalikan empat feri ro-ro iaitu Putrajaya1, Goodwill Star, Kimanis 1 dan Joy Star.
Feri terbesar, Putrajaya 1, boleh menampung hingga 85 kenderaan dan 500 penumpang pada satu masa, Goodwill Star (85 kenderaan dan 420 penumpang), manakala Kimanis 1 dan Joy Star masing-masing dengan 55 kenderaan dan 220 penumpang.
Pengurus Labuan Point Enterprise, syarikat pengurusan tiket bagi keempat-empat feri itu, Robert Ling Song Shieng berkata tiket bagi laluan Labuan-Menumbok antara 26 Mei dan 3 Jun habis dijual sejak dua minggu lepas.
Menurutnya dalam tempoh itu, terdapat enam hingga sembilan perkhidmatan feri setiap hari dari 7.30 pagi hingga 8 malam, dan beliau menjangka masalah tersebut akan berlarutan hingga Sabtu.
Justeru, beliau mengingatkan pengembara agar datang sekurang-kurangnya dua jam lebih awal daripada masa berlepas untuk pemeriksaan keselamatan kawalan sempadan.
Seorang penumpang, Terence Kensen, 45, yang sepatutnya menaiki feri hari ini, pada saat akhir menukar perjalanan dengan membeli tiket penerbangan dari Labuan ke Kota Kinabalu berharga RM1,000, untuk mengelak daripada beratur panjang di terminal feri.
Pengurus syarikat kewangan luar pesisir itu bimbang tersekat berjam-jam bersama ibunya berusia 75 tahun di terminal feri, dan memutuskan untuk menaiki penerbangan ke Kota Kinabalu bagi menyambut Kaamatan bersama keluarga di Penampang, Sabah.
"Pagi ini saya ambil keputusan menempah tiket Malaysia Airlines dan berlepas dari Lapangan Terbang Labuan ke Kota Kinabalu, yang pasti kosnya jauh lebih mahal," katanya.
Pengembara telah diingatkan sejak awal minggu ini bahawa jalan raya di Labuan dan Menumbok ke Kota Kinabalu akan lebih sibuk dengan bermulanya musim cuti.
Mereka perlu merancang perjalanan yang mengambil masa lebih lama daripada biasa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023
GAMBAR FAIL: Para penumpang bot laju beratur di kaunter imigresen di balai pelepasan Terminal Feri Antarabangsa Labuan pada 1 Nov, 2022. - BERNAMA
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengembara terpaksa beratur lebih sejam di terminal feri Labuan
Keadaan sesak itu dijangka berlarutan hingga hujung minggu depan.