KUALA LUMPUR: Seorang pengemis warga asing bertongkat melarikan diri ketika menyedari kehadiran pihak berkuasa dalam Operasi Membanteras Pengemisan di sekitar ibu kota pada Selasa.
Pengemis lelaki berumur lingkungan 50-an itu pada mulanya dilihat mempunyai masalah penglihatan merayau-rayau di sekitar kawasan Masjid India.
Kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang melihat pengemis tersebut dalam keadaan mencurigakan kemudian bertindak mengekori individu tersebut.
Bagaimanapun, individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.
Operasi sama turut berjaya menyelamat seorang wanita warga asing yang membawa anaknya dipercayai mengemis sekitar Masjid Jamek Kampung Baru di sini.
Wanita tersebut dipercayai baru 17 hari melahirkan anak itu menjadikan lokasi di hadapan masjid tersebut untuk meraih simpati orang ramai.
Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Norazman Othman berkata, seramai 16 individu diselamatkan menerusi operasi ini.
"Antara yang diselamatkan terdiri 10 warga asing dan enam warga tempatan terdiri daripada umur 17 hari sehingga 55 tahun.
"Kesemua mereka diselamatkan ini dibawa ke Pejabat JKM Kuala Lumpur untuk tindakan dan proses yang selanjutnya," katanya.
Turut hadir sama dalam operasi adalah Timbalan Menteri Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu.
Beliau berkata, operasi dijalankan itu turut melibatkan nilai kutipan wang oleh kesemua pengemis diselamatkan berjumlah RM9,668.
Mengulas lanjut katanya, operasi terbabit akan terus dipergiatkan dari masa ke masa yang akan dijalankan secara berkala dan bersepadu.
"Kuala Lumpur merupakan ibu negara yang bertaraf bandar raya menjadi lokasi tumpuan pengemis untuk menjana pendapatan mereka," katanya.
Ujar Norazman, bagi mengekang aktiviti mengemis berleluasa, JKM menyeru orang awam agar memastikan surat yang ditunjukkan oleh individu atau pertubuhan untuk membuat kutipan derma mendapat kebenaran pihak berkuasa.
Selain itu katanya, orang ramai digalakkan membuat aduan kepada JKM berhampiran atau melalui panggilan ke Talian Kasih 15999 atau WhatsApp 019261599 sekiranya mendapati terhadap aktiviti mengemis. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 21 2023

Individu dipercayai menyamar mempunyai masalah penglihatan bertindak melarikan diri ketika Operasi Membanteras Pengemisan di sekitar ibu kota pada Selasa. - Foto Sinar Harian

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

Polis Johor bongkar sindiket eksploitasi OKU asing jadi pengemis
Sindiket itu beroperasi sejak April lepas dan setiap pengemis OKU mampu mengutip derma mencecah RM8,000 sebulan.

Warga asing guna ubat 'tidurkan' kanak-kanak untuk mengemis
Perbuatan itu dipercayai bagi meraih simpati orang ramai sekali gus meningkatkan 'pendapatan' warga asing terbabit.

Semak latar belakang sebelum beri sedekah - Nancy
Orang awam dinasihat agar menyemak latar belakang penerima sebelum menghulurkan bantuan atau sedekah terutama sepanjang bulan Ramadan.

Pihak berkuasa Filipina beri amaran sindiket pengemis guna kod QR
Foto seorang budak lelaki mengemis di ibu negara Filipina menggunakan kod QR tular di media sosial, mendorong sebuah badan kerajaan mengeluarkan amaran.

Main kasar! Taktik baharu pengemis ibu kota
Mereka didakwa menggunakan kekerasan sekiranya seseorang itu tidak mahu memberikan wang atau mahu melaporkan kepada pihak berkuasa.

Warga Thailand dakwa mengemis untuk ubat penyakit anak
Wanita berusia 46 tahun itu mendakwa berstatus ibu tunggal kepada dua anak perempuan berusia 18 dan 22 tahun selepas kematian suami lebih sembilan tahun lalu.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Sabah sedia Pusat Perlindungan Sementara atasi masalah kanak-kanak mengemis - Hajiji
Pusat perlindungan berkenaan dijangka mula beroperasi pada penghujung tahun ini.

80 peratus pengemis di Kelantan adalah penerima bantuan JKM
Hampir 80 peratus pengemis dan peminta sedekah yang ditahan di Kelantan adalah penerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

13 termasuk lima warga asing ditahan mengemis di Kota Bharu - JKM
Bagi warga tempatan yang ditahan, mereka diminta supaya menandatangani Surat Aku Janji dan dihalang untuk berbuat demikian lagi.