Pembuangan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) yang tidak dikendalikan dengan kaedah yang betul akan menghasilkan keracunan yang boleh membahayakan kesihatan awam.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata justeru pihaknya ketika ini sedang mengadakan kajian bersama Japan International Cooperation Agency (JICA) mengenai pengendalian e-waste.
"Kita melihat e-waste ini sebagai satu benda yang bahaya macam telefon bimbit, jika kita buang begitu sahaja ia akan hasilkan keracunannya sendiri walaupun ia tidak kelihatan tetapi ia memang ada.
"Jadi ketika ini kita sedang adakan kajian dengan pihak JICA yang mana apabila kajian ini selesai kelak, pada penghujung tahun hadapan kita akan laksanakan dasar, perundangan serta sistem pengendalian e-waste yang lebih baik," katanya kepada pemberita selepas majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Kebangsaan 2017 di sini, pada Sabtu.
Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Kebangsaan itu dirasmikan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata apabila dasar, perundangan dan sistem itu diperkenalkan dan dilaksanakan kelak, dijangka akan wujud industri pengumpulan e-waste.
"Setiap e-waste ini untuk dihaluskan ada nilai harganya, jadi saya harap akan datang akan ada pihak yang kumpul dan mereka akan pulangan duit sekaligus akan lebih banyak e-waste dikumpulkan.
Dalam perkembangan sama, Wan Junaidi berkata ketika ini pihaknya juga sedang membuat kajian mengenai sistem pengumpulan kereta-kereta buruk yang ada diseluruh negara.
"Pada masa sekarang ini kita mempunyai 8 juta kereta buruk yang kita ketahui dibuang di tempat simpan kereta, di bawah bangunan, belakang rumah, tempat kosong bahkan di tepi jalan.
"Kerana ini kajian sedang dibuat agar pengurusan kereta-kereta buruk ini lebih bersistematik," katanya.
Pada majlis itu, Negeri Sembilan merekodkan jumlah pengumpulan e-waste terbanyak iaitu lebih 60 tan dan direkodkan dalam The Malaysia Book of Records.
--BERNAMA
Bernama
Sun Oct 22 2017

Apabila dasar, perundangan dan sistem itu diperkenalkan dan dilaksanakan kelak, dijangka akan wujud industri pengumpulan e-waste. - REUTERS

Pengangkutan awam Jerman tergendala susulan kebuntuan rundingan gaji
Mogok yang bermula pada 3 pagi (0200 GMT) itu menjejaskan perkhidmatan pengangkutan awam di beberapa negeri.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Eksport Malaysia dijangka berkembang 17.9 peratus pada Oktober - RAM
Eksport Malaysia dijangka mengekalkan momentum pertumbuhan dua digit berbanding tahun pada Oktober 2017, peningkatan pada kadar pantas 17.9 peratus.

Pengendalian e-waste tanpa kaedah betul hasilkan keracunan
Pada penghujung tahun hadapan akan dilaksanakan dasar, perundangan serta sistem pengendalian e-waste yang lebih baik.