KUALA LUMPUR: Pengesanan awal penyakit Skoliosis atau masalah tulang belakang yang membengkok pada darjah tertentu dapat mengurangkan potensi rawatan secara pembedahan.
Perunding Pakar Bedah Ortopedik Hospital ALTY Orthopaedic Dr Lim Sze Wei berkata, justeru program kesedaran terhadap penyakit ini harus diperluaskan khususnya di peringkat sekolah memandangkan usia kritikal bagi penyakit ini adalah dalam lingkungan antara 10 hingga 14 tahun.
"Biasanya program kesedaran dibuat di bandar, jarang sekali dibuat di sekolah pedalaman, sebab itu kebanyakkan pesakit remaja yang datang kepada kita dalam keadaan tulang mereka telah membengkok antara 60 hingga 70 darjah dan biasanya hanya pembedahan dapat merawat mereka kerana pada usia 10 hingga 14 tahun, pergerakan tulang berlaku dengan lebih pantas.
"Jika dapat kesan awal di bawah 40 darjah, rawatan penggunaan brace dan pemantauan berkala akan dilakukan tanpa perlu jalani pembedahan," katanya kepada Bernama selepas program Hari Kesedaran Skoliosis anjuran Kumpulan Sokongan Skoliosis Malaysia dekat, hari ini.
Menurutnya program kesedaran Skoliosis dalam kalangan masyarakat melalui pemeriksaan kesihatan masih belum memadai.
"Keadaan ini menyebabkan ada dalam kalangan ibu bapa yang mendapati tulang belakang anak mereka bengkok, mereka hanya dapatkan rawatan tradisional atau ada juga yang berjumpa bomoh namun masih tidak sembuh.
"Akhirnya mereka hanya mendapatkan rawatan doktor ketika keadaan telah bertambah teruk yang adakalanya hingga mencapai 90 darjah sekali gus menyebabkan rawatan semakin sukar," katanya.
Dr Lim berkata kos diperlukan bagi pembedahan Skoliosis di hospital swasta boleh mencecah sehingga RM70,000 hingga RM80,000.
"Penyakit ini lebih cenderung dihidapi golongan wanita berbanding lelaki dan sehingga hari ini masih tidak dapat dipastikan puncanya...jika disebabkan genetik hanya 20 peratus dan selebihnya tidak tahu punca kenapa?," katanya.
Seorang bekas pesakit Skoliosis Nur Fadzilah Rahim, 28, berkata kesukaran untuk melakukan aktiviti pendidikan jasmani ketika di zaman persekolahan yang dikesan oleh cikgu sekolah, telah membawanya untuk berjumpa doktor.
"Semasa umur saya 16 tahun, saya perasan bentuk badan saya lain tetapi disebabkan tidak berasa sakit, saya buat biasa sahaja. Satu hari ketika melakukan aktiviti pendidikan jasmani, cikgu perasan saya tidak boleh buat seperti rakan-rakan yang lain, dia tengok dari belakang dan dia perasan ada bengkok pada badan saya, cikgu minta saya untuk berjumpa doktor.
"Lepas jumpa doktor, doktor diagnos saya hidap Skoliosis tetapi tidak teruk pada masa itu, doktor sarankan saya buat fisio sahaja," katanya.
Beliau berkata namun hari berganti hari, tulangnya terus membengkok sehingga menyukarkannya untuk berjalan dan perlu menggunakan kerusi roda selain adakalanya mengalami sesak nafas disebabkan tulang telah mula menghimpit paru-parunya.
"Pada 2013, ketika lengkukan tulang belakang saya berada pada 50 darjah, akhirnya saya jalani pembedahan yang menelan belanja kira-kira RM36,000 di Hospital Kuala Lumpur selepas menerima dana daripada Persatuan Veteren Angkatan Tentera Malaysia sebab arwah bapa dahulu anggota tentera," katanya.
Menurut Nur Fadzilah disebabkan penyakit itu juga, beliau terpaksa menangguhkan pengajian selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia dan hanya menyambungnya selepas setahun menjalani pembedahan.
Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Sokongan Skoliosis Malaysia Rasidah Md Sapie berkata sebagai ibu yang mempunyai anak yang menghidap penyakit Skoliosis, timbul kesedaran dalam dirinya untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai penyakit tersebut.
"Penyakit ini bukan penyakit popular walaupun sebenarnya ramai yang menghidap penyakit ini. Macam saya timbul kesedaran untuk wujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat disebabkan anak saya sendiri yang didiagnosis Skoliosis ketika berusia 12 tahun.
"Pada awalnya saya memang tidak tahu masalah yang dialami anak cuma bila jalan banyak, dia selalunya lambat dan cepat letih," katanya.
-- BERNAMA / Nur Natasha Aida Ismail
Bernama
Sun Jun 26 2022
Program kesedaran terhadap penyakit ini harus diperluaskan khususnya di peringkat sekolah memandangkan usia kritikal bagi penyakit ini adalah dalam lingkungan antara 10 hingga 14 tahun. - Freepik
Nissan dijangka tamat perbincangan penggabungan dengan Honda, tolak status anak syarikat - Sumber
Nissan Motor Co dijangka menamatkan perbincangan penggabungan dengan Honda Motor Co susulan penolakan terhadap cadangan Honda baru-baru ini untuk menjadikannya sebagai anak syarikat.
Piala Dunia 2025: Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata
Malaysia ketinggalan pada minit ke-10 menerusi gol pukulan sudut penalti oleh Seyedmohammad Ghoreishiroudbaraki.
Akaun tiga selebriti yang dikaitkan tidak dibekukan - SPRM
Akaun tiga selebriti yang dikaitkan dengan sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan tidak dibekukan, sebaliknya mereka hanya dipanggil untuk membantu siasatan. #AWANInews
Tindakan terhadap khatib akan ditentukan mesyuarat jawatankuasa tatatertib JAIPk
Timbalan Pengarah JAIPk Zakaria Abd Razak berkata siasatan telah dijalankan oleh Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar.
Ibu bapa mengaku tidak bersalah dera anak kandung
Pasangan tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap anak lelaki mereka berusia 10 tahun sehingga terpaksa dirawat di hospital.
Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini
Di Johor, jumlah mangsa yang dipindahkan sedikit meningkat kepada 372 orang berbanding 364 orang malam tadi.
ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Seluruh negara anggota ASEAN sepakat tidak setuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Pempengaruh Malaysia hilang di hutan Bandung ditemukan lemah, terbaring
Gadis berusia 22 tahun itu dijumpai terbaring kira-kira jam 10 malam di kawasan semak samun dalam keadaan lemah.
Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle
Jaringan Jacob Murphy dan Anthony Gordon sudah cukup untuk membawa mereka ke Wembley dengan agregat 4-0.
WCO permudah pelepasan kastam
Pegawai kastam di barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menaksir cukai.
'Saya belum boleh mencangkung, masih solat duduk' - Zamani sudah 80 peratus pulih
Berkongsi perkembangan terkini keadaan kesihatannya, kata Zamani, 52, dia kini hanya memerlukan perjumpaan berkala dengan doktor setiap enam bulan.
Lelaki cekal jaga anak angkat hidap skoliosis
Setiap dua atau tiga minggu Hock Teng perlu membawa anak angkatnya mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di Hospital Melaka atau di HKL.
Zamani masih dalam tempoh pemulihan
Tempoh pemulihan yang dilalui tidak seperti apa yang dijangkakan sebelum menjalani pembedahan.
Pengesanan awal skoliosis kurangkan potensi rawatan secara pembedahan
Program kesedaran terhadap penyakit ini harus diperluaskan khususnya di peringkat sekolah.