KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook menyangkal dakwaan bahawa penggabungan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bertujuan 'melicinkan' urusan penjualan saham Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB).
MAVCOM akan beroperasi seperti biasa sebagai pengawal selia sektor penerbangan awam sehingga pembubaran berlaku, ia dijangka mengambil masa antara enam ke sembilan bulan selepas kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024 dan RUU Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (pindaan) 2024, urusan MAHB pula akan selesai dalam tempoh enam bulan, kata Loke.
"Proses ini masih perlu melalui MAVCOM dan akan ditentukan oleh ahli-ahli suruhanjaya sedia ada...jadi 'tiada udang di sebalik batu' (ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik langkah ini). Penggabungan MAVCOM-CAAM tiada kena mengena dengan MAHB.
"Jika MAVCOM tidak bersetuju, maka tidak jadilah penjualan saham MAHB dan itu yang akan berlaku...maka tidak bolehlah mendakwa bahwa keputusan ini untuk membantu 'melicinkan' (melancarkan) urusan penjualan saham MAHB," katanya semasa penggulungan RUU Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, hari ini.
Selain itu, Loke berkata secara dasar langkah penggabungan MAVCOM-CAAM telah dipersetujui sejak tahun 2019 dan ia tidak dilakukan baru-baru ini.
Menerusi penggabungan entiti berkenaan, MAVCOM akan dibubarkan dan fungsinya akan diserap ke dalam CAAM, menjadikan pihak berkuasa tersebut badan kawal selia tunggal industri penerbangan awam di Malaysia.
Semasa sesi perbahasan RUU Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024, beberapa Ahli-Ahli Parlimen menyeru kerajaan untuk menangguhkan penggabungan MAVCOM-CAAM dan membawa perkara itu untuk dibincangkan di dalam jawatankuasa khas.
Kerajaan juga didesak untuk mencari alternatif lain selain membubarkan MAVCOM, suruhanjaya penerbangan bebas yang bertanggungjawab untuk mengawal selia aspek ekonomi dan komersial industri penerbangan awam serta perlindungan hak-hak pengguna penerbangan di Malaysia, bermatlamat untuk menjadikan industri penerbangan awam negara berdaya maju dari segi komersial, berorientasikan pengguna dan berdaya tahan.
Mereka turut meluahkan kebimbangan dengan langkah berkenaan, mereka berpendapat ia boleh mengekang pengawal selia industri penerbangan yang telus dan bebas daripada campur tangan kerajaan.
Di sebalik desakan itu, RUU Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024 diluluskan Dewan Rakyat, membolehkan RUU Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (pindaan) 2024 dibentangkan untuk kali kedua hari ini.
Pada 2019, Kementerian Pengangkutan mengumumkan kerajaan akan menggabungkan kedua-dua entiti itu (MAVCOM DAN CAAM) dan fungsi utama MAVCOM akan dipindahkan kepada CAAM.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 26 2024

Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024 pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas, hari ini. - Foto BERNAMA

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.
Indonesia lancar program sekolah rakyat bantu murid miskin
Program sekolah rakyat bakal menyediakan pendidikan percuma kepada murid daripada keluarga miskin.
Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
Vietnam mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.2 peratus dalam indeks pengeluaran perindustrian atau IIP untuk dua bulan pertama 2025.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia perkukuh hubungan perdagangan
Bagi perniagaan Jerman yang ingin menembusi pasaran Asia Tenggara, Malaysia menyediakan pintu masuk utama untuk berinteraksi dengan pasaran ASEAN.

MAVCOM jangka catat 97.6 juta trafik penumpang pada 2024
Jumlah trafik penumpang udara Malaysia mencecah 46.6 juta, mewakili pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 15.3 peratus pada separuh pertama 2024.

Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus kepada 7.9 juta pada April 2024 - Mavcom
Jumlah trafik udara pada April 2024 menunjukkan pemulihan berterusan dalam sektor penerbangan.

Mavcom umum pindaan kadar PSC berkuat kuasa 1 Jun 2024
Mavcom menjelaskan tiket yang dikeluarkan sebelum 1 Jun 2024 tidak akan tertakluk kepada kadar baharu itu, walaupun tarikh perjalanan berlaku pada atau selepas tarikh itu.

Mavcom gantung lesen perkhidmatan udara MyAirline
Penggantungan itu akan menjaga kepentingan penumpang dan pekerja yang terjejas akibat penggantungan operasi MYAirline.

Mavcom terima 1,251 aduan pada separuh pertama 2022
AirAsia menerima jumlah aduan tertinggi dari Januari hingga Jun 2022 iaitu sebanyak 42.1 peratus (527) daripada jumlah keseluruhan aduan.

MAVCOM perlu teliti isu kelewatan penerbangan dengan serius - Ka Siong
Kerajaan boleh berkompromi jika penerbangan itu langsung tidak boleh dielakkan atas sebab cuaca, tetapi bukan kerana kejuruteraan atau penyenggaraan.

AirAsia tidak kompeten? Ini saranan Alexander...
Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian akan terus menjalankan siasatan dengan mengambil kira sisi kepentingan pengguna.

Kekerapan penerbangan ke Sarawak ditingkatkan bermula 1 November
Syarikat penerbangan utama negara telah dimaklumkan oleh MAVCOM mengenai kelulusan kekerapan penerbangan baharu itu.

Saripuddin Kasim dilantik Pengerusi Eksekutif MAVCOM baharu
MAVCOM juga mengesahkan Dr. Nungsari Ahmad Radhi telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif MAVCOM pada 10 April 2020.

MATTA desak syarikat penerbangan bayar pampasan tunai, MAVCOM kata industri perlukan masa
Disebabkan kekecohan yang timbul susulan kenyataan yang dibuat oleh MATTA pada pagi 8 April, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) tampil untuk menyangkal hujahan yang dibawa oleh persatuan itu.