Tiada pemberhentian petugas termasuk berstatus kontrak sekiranya penggabungan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), direalisasikan kelak.
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir berkata perkara itu telahpun ditegaskan oleh kerajaan dan kebajikan petugas serta pelajar, sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap keputusan yang dibuat.
"Tidak ada sesiapa yang akan kehilangan pekerjaan dalam proses ini (penggabungan) dan semua dijamin termasuk pekerja kontrak.
"Jadi ia tidak akan jejaskan langsung jumlah 900 staf akademik di UniSZA, 600 lebih staf akademik di UMT yang secara keseluruhannya lebih 3,000 staf akademik dan bukan akademik di dua universiti itu" katanya kepada media selepas menghadiri Bengkel Penyelarasan Penggabungan UMT dan UniSZA di sini, pada Jumaat.
Turut hadir Pengerusi UMT, Tan Sri Dr Halim Mohamad dan Pengerusi Pengerusi UniSZA, Datuk Dr Muhammad Nur Manuty.
Bengkel dua hari yang bermula semalam itu dihadiri semua pihak pengurusan, serta lembaga pengarah kedua-dua universiti dan dikatakan berjaya memberi gambaran awal mengenai universiti yang akan digabungkan nanti.
"Tujuan bengkel kerja ini adalah untuk mengumpul input, isu, cabaran dan aspirasi dapatan yang inklusif bagi memenuhi keperluan penggabungan kedua-dua universiti tersebut.
"Perkara utama yang telah dibincangkan menyentuh isu tadbir urus universiti baharu, pembangunan dan kebajikan mahasiswa, penyelidikan dan akademik. Dapatan awal perbincangan telah memperlihatkan keupayaan kedua-dua buah universiti dan potensi universiti baharu sebagai sebuah institusi terulung," katanya.
Tambah beliau, sesi libat urus yang berterusan akan dilaksanakan bagi mendapatkan input yang memenuhi kehendak dan keperluan kecemerlangan pendidikan, penyelidikan serta sumbangan kepada masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 27 2019

Dr Siti Hamisah berkata perkara itu telahpun ditegaskan oleh kerajaan dan kebajikan petugas serta pelajar, sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap keputusan yang dibuat. Foto: Bernama

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Amazon berhentikan lebih 17,000 pekerja
Amazon, gergasi e-dagang Amerika Syarikat (AS) akan memberhentikan lebih 17,000 pekerja, menurut satu laporan pada Rabu.

Tolak tawaran belajar di universiti demi jaga ibu bapa strok
Dua beradik di Taman Rinting, Masai di sini terpaksa menolak tawaran melanjutkan pengajian demi mahu menjaga ibu bapa mereka.

Tun Mahathir kesal letak jawatan Perdana Menteri pada 2003
Kata Dr Mahathir, tiada siapa menyuruhnya letak jawatan pada waktu itu, namun tindakan berbuat demikian adalah atas kerelaannya sendiri.

Kumpulan Media Star struktur semula operasi, bakal kurangkan pekerja
Kumpulan Media Star akan melaksanakan pemberhentian pekerja untuk memenuhi sasaran pengurangan kos kakitangannya.

Penggabungan UMT, UniSZA: Tiada sesiapa akan diberhentikan
Tiada pemberhentian petugas termasuk berstatus kontrak sekiranya penggabungan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), direalisasikan kelak.

Lebih 20,000 murid, pelajar sekolah jalani sesi berhenti merokok
Menerusi sesi intervensi lanjutan itu, murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah akan menetapkan tarikh untuk mereka berhenti merokok secara sukarela.

Tiada paksaan, terpulang jika Nazir mahu berhenti awal - Daim
Keputusan untuk Nazir meletak jawatan terpulang sepenuhnya kepada individu tersebut.

"Dont give up"- Neelofa beri kata semangat pada Haqiem Rusli
Neelofa meminta agar Haqiem tidak berputusa asa dan terus menjadi dirinya sendiri.

Khazanah sedia pusat penempatan untuk 6,000 kakitangan MAS yang diberhentikan
Khazanah Nasional Bhd akan menubuhkan pusat khas kepada kira-kira 6,000 kakitangan MAS yang akan diberhentikan berikutan proses penstrukturan semulanya.

Bulan Ramadan sangat kondusif untuk berhenti merokok - MIMPA
Individu yang mahu berhenti merokok memerlukan ketahanan mental yang tinggi untuk memastikan hasrat itu tecapai.