PUTRAJAYA: Penggubalan Akta Warga Emas dan Akta Profesion Kerja Sosial antara fokus Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang kini diterajui Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri.
Nancy berkata penggubalan akta baharu itu perlu dibuat dengan teliti dan mengambil kira kajian berasaskan bukti.
Tanpa memperincikan inti pati akta berkenaan, beliau berkata kemungkinan ia akan mengambil masa untuk dilaksanakan namun KPWKM komited untuk melaksanakannya bagi memanfaatkan golongan sasar.
"Beberapa dasar KPWKM yang lain akan dikekalkan buat masa ini dan sekiranya perlu, akan dibuat penambahbaikan selari dengan perkembangan semasa," katanya pada sidang media di sini pada Isnin.
Nancy hari ini memulakan tugas secara rasmi di KPWKM kira-kira 12.20 tengah hari selepas menghadiri Mesyuarat Khas Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KABINET PERPADUAN NASIONAL
Beliau turut mengadakan pertemuan dengan ahli pengurusan tertinggi KPKWM dan agensi di bawah kementerian itu bagi mendapatkan maklumat organisasi dan fungsi agensi.
Nancy, 61, yang berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan mula dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Mei 2013 hingga April 2018 dan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan bermula Mac 2020 hingga November lepas.
Ahli Parlimen Santubong itu mengakui perlu memikul amanah yang besar dalam KPKWM yang lebih tertumpu kepada aspek kebajikan dan kemasyarakatan dan cabarannya juga berbeza berbanding tanggungjawab di kementerian lain sebelum ini.
"Kita perlu lebih empati di KPWKM iaitu jaga masyarakat dari 'buaian hingga ke liang lahad' dan banyak aspek kebajikan juga yang perlu kita tangani," katanya.
Bagi mengenali agensi KPWKM dengan lebih dekat, Nancy juga dijadual melawat Institut Sosial Malaysia dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Kuala Lumpur, esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 06 2022

Nancy berkata penggubalan akta baharu itu perlu dibuat dengan teliti dan mengambil kira kajian berasaskan bukti. - Foto fail/BERNAMA

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.

YKN sumbang RM300,000 bantu mangsa banjir di Sabah
Yayasan Kebajikan Negara (YKN) hari ini menyalurkan sumbangan RM300,000 kepada kerajaan Sabah bagi membantu meringankan beban penduduk terjejas banjir.

Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy
Nancy turut mengesahkan bahawa suspek wanita berkenaan telah ditahan oleh pihak polis.

WEC 2025 bincang konsep 'caregiverpreneurship' - Nancy
Konsep 'caregiverpreneurship' akan menjadi antara topik dibincangkan semasa Persidangan Keusahawanan Wanita (WEC) 2025, pada 21 dan 22 Feb ini.

3,000 rakyat Malaysia terima manfaat PSSS bergerak tahun lepas - Nancy
Sejumlah 3,000 individu telah menerima manfaat menerusi program Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) bergerak pada tahun lepas.

JKM pastikan bantuan makanan cukup untuk mangsa banjir di Sabah, Sarawak
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa memastikan bantuan bekalan makanan mencukupi bagi mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak.

100 pemimpin wanita sertai program PERANTIS tahun ini - Nancy
Setiap daripada mereka akan menerima sehingga RM50,000 untuk melaksanakan program pembangunan kepimpinan dalam bidang masing-masing.

Keluarga OKU di Kemaman diberikan kaunseling - Nancy
Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu telah memberikan kaunseling kepada keluarga mangsa lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dipukul.

80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Nancy berkata 475 lagi telah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala lima lagi diserahkan kepada Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut akta sama.

Isu jurang gaji siswazah antara jantina perlu ditangani - Nancy
Langkah segera perlu diambil untuk menangani jurang gaji antara siswazah wanita dengan lelaki di Malaysia, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

107 anak-anak bekas anggota GISB tidak dituntut
Nancy berkata, seramai 448 kanak-kanak sudah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.