Pengguna Internet yang melayari laman sesawang lucah akan dipantau melalui kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam mengesahkan perkara ini, Timbalan Menteri KKMM Eddin Syazlee Shith berkata laman sesawang terbabit akan turut disekat dalam tempoh terdekat menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Selain laman sesawang berunsurkan lucah, pemantauan web lain termasuk yang berunsurkan perjudian akan turut dikaji," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Konsert Kenangan Lalu Mestika D'Klasik sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 di Angkasapuri di sini, hari ini.
"Memang menjadi satu perkara yang diperjuangkan kerajaan sekarang untuk menyekat dan mengekang laman web yang tidak berfaedah dan bukan-bukan," katanya.
Media semalam melaporkan bahawa satu unit baharu PDRM, Unit Siasatan Jenayah Siber (Internet) Terhadap Kanak-kanak Malaysia (Micac) ditubuhkan dengan kemampuan memantau mereka yang melayari kandungan lucah di alam siber, terutamanya pornografi kanak-kanak.
Dalam membuat pemantauan, unit berkenaan yang dilengkapi peralatan canggih juga akan mengesan kekerapan dan jenis kandungan lucah yang dimuat naik serta dimuat turun pengguna berkenaan bagi tujuan pendakwaan nanti.
Sementara itu, dalam ucapannya Eddin Syazlee berkata beliau yakin usaha mentransformasi RTM yang sedang dilaksanakan akan mengukuhkan lagi entiti itu sebagai sebagai penyiar rasmi kerajaan sekali gus meningkatkan daya saing dan produktiviti warga kerjanya.
"RTM sebagai organisasi penyiaran yang berusia 72 tahun masih kekal relevan dan mampu berkembang ke tahap yang Iebih cemerlang. Saya amat yakin transformasi ini akan mengukuhkan lagi kedudukan RTM katanya.
Pada majlis itu, tiga pegawai pengurusan RTM yang bersara baru-baru ini turut diraikan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 10 2018

Peralatan canggih juga akan mengesan kekerapan dan jenis kandungan lucah yang dimuat naik serta dimuat turun pengguna berkenaan bagi tujuan pendakwaan.
Beribu mangsa pekerjaan scam dibebaskan
Beribu warganegara asing dibebaskan dari jenayah penipuan dalam talian (scam) dalam operasi besar-besaran yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa dari tiga negara China, Thailand dan Myanmar. Mereka merupakan kalangan individu yang terperangkap di premis-premis yang dikawal oleh kumpulan penjenayah.
Empat maut di jabatan runtuh korea selatan, operasi menyelamat masih berjalan
Empat orang maut dan enam lagi cedera pada Selasa,akibat runtuhan di tapak pembinaan lebuh raya di bandar Anseong, Korea Selatan. Pihak berkuasa bomba mengesahkan angka korban tersebut dalam kemas kini terkini.
KKM ambil 3,228 jururawat jawatan tetap
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan 3,228 jururawat pada tahun 2025 daripada graduan Diploma Kejururawatan keluaran institusi pendidikan dalam negara bagi tujuan mengisi perjawatan tetap di KKM.
KPDN akan laksanakan analisis data kesan penyasaran subsidi
Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini kerana telahan awal bahawa penyasaran subsidi diesel akan menyebabkan kadar inflasi meningkat tidak berlaku seperti yang dijangkakan, malah kekal di bawah 2 peratus.
PETRONAS nafi buang 16,000 pekerja, ‘right-sizing’ dijangka pertengahan tahun
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik menegaskan, saiz penyusunan semula atau 'right-sizing' sedang diteliti oleh pasukan petugas dan dijangka diselesaikan pada pertengahan tahun ini.
Malaysia perketat penguatkuasaan tangani lambakan e-waste
Malaysia akan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang bagi menangani isu lambakan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dari negara maju, susulan cabaran yang dihadapi dalam kawalan kemasukan bahan buangan berkenaan.
PRK Ayer Kuning: Notis telah dihantar ke SPR - Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
PM Anwar tiba di Hanoi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Hanoi pada Selasa malam bagi lawatan kerja dua hari ke Vietnam dan dijadualkan menyampaikan ucaptama pada Forum Masa Depan ASEAN (AFF) kedua, pada Rabu.
15 rakyat Malaysia dipaksa jadi scammer di Myanmar - Polis
Siasatan polis mendapati 15 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Myanmar dipaksa bekerja sebagai scammer bagi pelaburan mata wang kripto, bitcoin serta love scam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 25 Februari 2025.

Pengguna layari laman web lucah... anda akan dipantau!
Pengguna Internet yang melayari laman sesawang lucah akan dipantau melalui kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Lebih 21 lokasi panas di Alor Setar dipantau polis
Sejumlah 21 lokasi panas dikenal pasti di Parlimen Alor Setar yang perlu diberi perhatian khusus sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).