KUALA LUMPUR: Peniaga kereta import terpakai (recond) atau kereta terpakai tempatan perlu bersikap jujur dan tidak menipu pengguna tentang keadaan sebenar kenderaan yang dijual.
Pengasas Bersama Scrut, Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin berkata masyarakat dalam pada itu juga perlu lebih cakna agar tidak mudah tertipu dengan tawaran luar jangka ketika membeli kenderaan baharu terutamanya pada harga yang tidak masuk akal.
Menurutnya, beliau terpanggil memulakan servis pemeriksaan integriti kenderaan Scrut ekoran banyak kes penipuan membabitkan kenderaan terpakai yang berada dalam keadaan teruk namun tetap dijual kepada pengguna.
Antara penipuan yang sering dilakukan penjual kereta terpakai, kata Ahmad Aliff, ialah penipuan odometer, kenderaan kemalangan dan bencana seperti banjir.
Baginya, situasi ini perlu dihentikan, kerana ia jelas sebuah bentuk pelanggaran hak pengguna.
"Sebab sudah berdekad lamanya pembeli kereta sudah ditipu ketika memberi kenderaan terpakai oleh kapitalis jahat," katanya.
Pengguna, menurut Ahmad Aliff, seharusnya lebih bijak dengan menyemak kenderaan yang ingin dibeli dengan mendapatkan nombor casis kenderaan untuk disemak sejarahnya.
Antara data yang akan disemak terhadap kenderaan yang ingin dibeli termasuklah tuntutan insurans yang pernah dibuat sebelum ini, yang akan menjejaskan kualiti kenderaan.
"Bila wujudnya khidmat servis pemeriksaan sebegini, peniaga tidak boleh menipu lagi tentang keadaan sebenar kenderaan," kata Ahmad Aliff.
Sementara itu, pengasas bersama Scrut, Nik Muhammad Izwan Nik Mohd Kamel berkata mereka pernah disaman beberapa kali oleh syarikat perniagaan kereta terpakai kerana dituduh menimbulkan 'kekacauan'.
"Tetapi meskipun beberapa kali kami dipanggil ke mahkamah sebagai penilaian daripada pakar berkenaan kenderaan, kami menang semuanya," katanya lagi.
Justeru beliau tidak takut untuk menyedikan perkhidmatan ini, kerana ia akan memberikan keuntungan kepada masyarakat dan bukannya peniaga yang menipu terutamanya melibatkan pembelian besar seperti kenderaan.
Pandangan itu dikongsikan mereka dalam program AWANI Pagi pada Rabu.
Azib Zikry
Wed May 22 2024

Banyak kes penipuan berkenaan keadaan kenderaan terpakai yang teruk, tetapi tetap dijual yang menjejaskan mereka yang ingin membeli kenderaan sebagai sebuah aset. -Gambar hiasan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

Pengguna perlu waspada penipuan ketika beli kenderaan terpakai
Peniaga kereta import terpakai (recond) atau kereta terpakai tempatan seharusnya bersikap jujur, untuk tidak menipu pengguna tentang keadaan sebenar kenderaan.

Jangan malu guna kereta kecil, 'second hand'
Jangan habiskan gaji kita pada kereta hanya untuk kepuasan diri dan menarik perhatian orang sekeliling.

Longgokan kereta terpakai terbakar di Tapah
Kereta terpakai berkenaan dikumpulkan di kawasan itu untuk dilupuskan.

Carsome PJ Automall sediakan kelulusan pinjaman dalam tempoh sehari
Terletak di Lebuhraya Persekutuan di bilik pameran ikonik Naza Automall menempati ruang seluas lebih 100,000 kaki persegi.

Jual kereta terpakai dengan harga RM1
Wang RM1 itu hanyalah simbolik untuk menginfakkan kereta berkenaan supaya memudahkan Isa Abdul Ghani menghantar tempahan.

Lelaki rugi RM158,800 diperdaya penjualan kereta terpakai yang tidak wujud
Mangsa yang bersetuju dengan tawaran itu membuat pembayaran secara berperingkat iaitu sebanyak 12 kali ke dalam akaun peribadi suspek.

Proton perluaskan rangkaian pengurusan kereta terpakai
Dengan pertumbuhan jualan Proton yang meningkat pantas dan dijangka berterusan dalam beberapa tahun akan datang, peranan pengurusan kereta terpakai menjadi lebih penting

Pengurangan harga kenderaan baharu mungkin tidak lihat peningkatan jualan
RHB Research berkata pengurangan pada harga kenderaan baharu akan memberi kesan kepada nilai kenderaan terpakai.