Tindakan anggota parlimen DAP, Chong Chieng Jen menggunakan Bahasa Inggeris di dalam Dewan Rakyat adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan anggota Parlimen Bandar Kuching itu adalah tidak wajar dan seolah-olah ingin memperlekehkan Parlimen.
"Kita tahu Sarawak memang berbeza daripada kita, tetapi di peringkat kebangsaan Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi kita dan ia digunakan di dalam Parlimen dan juga di dalam mahkamah.
"Jadi saya anggap tindakan yang dilakukan Bandar Kuching (Chong) itu sebagai memperlekehkan dan tidak menghormati bahasa kebangsaan kita, ini bukan soal hak asasi tetapi soal bahasa rasmi.
"Di Parlimen, jika anggota Parlimen mahu berucap dalam Bahasa Inggeris mereka perlu meminta kebenaran speaker," katanya kepada pemberita selepas majlis graduasi Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) sesi 2014/2015 di sini, hari ini.
PLKK dilaksanakan di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) bertujuan untuk mempertingkatkan modal insan kumpulan isi rumah pendapatan 40 peratus terendah melalui penyediaan kursus-kursus latihan.
Seramai 284 orang graduan PLKK menerima sijil pelbagai bidang hari ini. Chong sewaktu perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri membangkitkan soal hak anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk berucap dalam Bahasa Inggeris yang didakwa terkandung dalam Perlembagaan.
Tindakan beliau menimbulkan pertikaman lidah dengan beberapa anggota Parlimen yang lain yang tidak bersetuju dengan pendapat itu.
Dalam isu berbeza, Ismail Sabri ketika diminta mengulas laporan sejumlah ketua cawangan bahagian UMNO mendesak presiden parti UMNO, Datuk Seri Najib Razak untuk meletakkan jawatan, menyifatkan percanggahan pendapat adalah perkara yang biasa di mana-mana organisasi.
"UMNO mempunyai lebih kurang tiga juta ahli dan saya percaya bukan semua yang tidak berpuas hati dan mahukan presiden letak jawatan. Ini tidak menggambarkan keadaan parti yang sebenar.
"Saya difahamkan ada lebih kurang 20,000 cawangan UMNO di seluruh negara, jadi setakat 100 cawangan yang tidak berpuas hati itu perkara biasa, ini isu kecil yang cuba dibesar-besarkan oleh pihak tertentu," katanya.
Bernama
Tue Nov 24 2015

ISMAIL SABRI: Saya anggap tindakan yang dilakukan Chong Chieng Jen sebagai memperlekehkan dan tidak menghormati bahasa kebangsaan kita, ini bukan soal hak asasi tetapi soal bahasa rasmi.
Angka korban di Gaza melebihi 48,300, lebih banyak mayat ditemukan
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang.
Situasi di Gaza: Kehancuran Gaza dasyat, bantuan perlu ditingkat segera
Pengarah Jeneral Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Amy Pope bersama Penyelarasan Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Muhannad Hadi, telah melawat selatan Gaza, pada Khamis.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Laksanakan reformasi dasar, institusi dengan cepat, guna kaedah berkesan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan formasi dasar serta institusi di negara ini dilakukan dengan cepat dan menggunakan pelbagai kaedah yang lebih berkesan.

PM Anwar mahu KPM beri penekanan penguasaan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris
Perdana Menteri mahu KPM memberikan penekanan terhadap penguasaan tiga subjek utama pendidikan iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

Ramai warga Malaysia lupa bahasa ibunda, cenderung berbahasa Inggeris - Warga Jerman
Michael Luebke gusar dengan segelintir masyarakat Malaysia yang dilihat kurang menjunjung budaya dan identiti mereka.

Kamus Braille dwibahasa, bantu OKU penglihatan pelajari bahasa
Kamus Braille dwibahasa yang pertama di negara itu, bakal memberi manfaat kepada golongan OKU penglihatan dan guru-guru yang mengajarnya.

Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Pendirian ini adalah mengikut Perlembagaan Sarawak yang mana kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.

Tok Pa lancar kelas tuisyen bahasa Inggeris untuk anak-anak Jeli
Sebagai permulaan, seramai 180 orang pelajar sekolah rendah membabitkan 21 buah sekolah dari Tanah Merah dan Jeli akan mengikuti kelas tambahan bermula esok.

Memahami proses pemilihan pinjaman bahasa - DBP
Terdapat sebuah jawatankuasa di DBP yang bertanggungjawab dalam mencari setiap istilah atau perkataan baharu dalam bahasa Melayu.

Keperibadian Tan Sri Arshad jadikan Melayu sedia kuasai bahasa Inggeris - Sultan Perak
Titah baginda, ia termasuk kaedah pengajaran yang dapat memberikan nilai tambah dan membantu penguasaan ilmu.

Empat tahun tewas akibat gugup, Mohd Arfaizal akhirnya muncul juara pidato
Pegawai di Jabatan Operasi Kredit Bank Muamalat Malaysia Bhd itu mengakui musuh utamanya sepanjang penyertaan dalam pidato adalah gugup pentas.

NUTP tidak setuju guru Bahasa Inggeris duduki MUET
Sehubungan itu pihaknya merayu campur tangan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan memperbetulkan keadaan yang disifatkan semakin menekan dan membebankan guru-guru Bahasa Inggeris dalam negara.