Di sebalik usaha berterusan industri media untuk menginovasi dan mempelbagaikan teknik penyampaian berita dan kandungan selaras dengan perubahan semasa dan teknologi, kandungan berkualiti dan menyeluruh masih perlu diutamakan.
Malah, industri media perlu mula melihat peranannya sebagai satu institusi dalam membangunkan negara dan mendidik masyarakat dan bukan hanya satu perniagaan semata-mata.
Ini merupakan antara topik yang dibincangkan di Festival Sastera Georgetown (GTLF 2019) yang bertajuk ‘Wartawan Melayu Terakhir’ yang dikelolakan personaliti Suhaimi Sulaiman bersama ahli panel; bekas Pengarang Utusan Malaysia Zin Mahmud; wartawan veteran Wan Hamidi Hamid, dan kolumnis Fa Abdul.
Perbincangan yang berlangsung lebih 80 minit itu turut membangkitkan isu tentang jenis kandungan atau berita yang boleh diterima oleh masyarakat adalah mengikut demografi dan bahasa yang digunakan.
“Di Malaysia, saya mendapati apabila saya menulis sebuah kolum atau artikel mengenai isu yang mungkin sensitif, kebiasaannya media platform bahasa Inggeris jauh lebih mudah dan terbuka untuk menerbitkannya.
“Ini berbeza untuk platform bahasa Melayu, walaupun ia adalah syarikat yang sama. Para pengarang bagi kandungan bahasa melayu seolah-olah tidak berani untuk menerbitkan artikel yang sama kandungannya dengan bahasa inggeris,” kata Fa.
Fa menjelaskan, isu yang dibangkitkan dalam penulisannya bertujuan untuk mencetuskan perbincangan dan perdebatan, dan tidak semestinya untuk pembaca bersetuju sepenuhnya terhadap hasil tulisannya.
Sementara itu, ketika membincangkan nasib industri akhbar di Malaysia, ketiga-tiga panelis tidak menafikan perubahan dalam dunia akhbar sudah berlaku dan sudahpun terbukti dengan penutupan operasi Utusan Malaysia baru-baru ini.
“Isu ini bukan sahaja masalah yang didepani industri media, tetapi juga industri lain. Contohnya industri penerbangan, sekarang. Kini ada penerbangan yang berslogan ’Now everyone can fly’. Dalam jurnalisme, kita boleh katakan juga ‘Semua boleh berkongsi kandungan’.
“Tidak kira apa yang diterbitkan oleh mana-mana media, apa yang perlu diutamakan adalah ‘fact-checking’. Fakta perlu sahih,” kata Wan Hamidi Hamid.
Selain itu, panel turut membincangkan tentang persepi terhadap generasi muda yang dilihat kurang membaca dan lebih minat kandungan pendek.
“Ada tanggapan salah apabila ramai berpendapat pembaca yang tidak membeli surat khabar akan mendapatkan berita secara digital.
“Saya boleh katakan rata-rata tabiat pembaca itu semakin berkurangan tidak kira dari segi membeli akhbar atau menerusi digital,” kata Fa lagi.
Bagi Zin Mahmud, seorang wartawan veteran dan bekas pengarang kanan Utusan Melayu dan Harakah, beliau mengakui antara masalah utama industri media adalah kekurangan pendidikan perniagaan, dan wartawan generasi muda yang dilihat menulis tanpa konteks.
“Bagi saya terdapat lima ciri kewartawanan yang membolehkan seseorang itu dipanggil wartawan iaitu; luas pemberitaan; professionalisme; intelektual dan penulis yang lebih kepada bentuk panjang (long form).
“Bidang kewartanan ini ada dalam tiga medium, iaitu surat khabar, majalah dan buku. Kewartawanan memerlukan ‘editorial’ yang menjadi jantung pengarang kepada syarikat media.
“Sekarang kita sudah tiada surat khabar dan majalah. Tinggal buku sahaja. Ini yang kita perlu pertahankan sebagai harapan kepada kualiti kewartawanan kita,” kata Zin ketika mengakhiri sesi tersebut.
Dania Zainuddin
Fri Nov 22 2019
Antara panelis termasuk personaliti Suhaimi Sulaiman bersama ahli panel; bekas Pengarang Utusan Malaysia Zin Mahmud; wartawan veteran Wan Hamidi Hamid, dan kolumnis Fa Abdul. - Foto Astro AWANI/Dania Zainuddin
Trump belum putus hantar tentera AS ke Gaza
Presiden Donald Trump belum memutuskan untuk menempatkan tentera Amerika Syarikat di Semenanjung Gaza sebagai sebahagian daripada cadangan pengambilalihan wilayah Palestin itu.
Setiausaha akhbar White House, Karoline Leavitt, menjelaskan bahawa Trump percaya Amerika perlu terlibat dalam usaha membangunkan semula Gaza bagi memastikan kestabilan di rantau tersebut, tetapi tidak bermaksud tentera Amerika Syarikat akan dikerahkan ke sana.
Setiausaha akhbar White House, Karoline Leavitt, menjelaskan bahawa Trump percaya Amerika perlu terlibat dalam usaha membangunkan semula Gaza bagi memastikan kestabilan di rantau tersebut, tetapi tidak bermaksud tentera Amerika Syarikat akan dikerahkan ke sana.
Cadangan Trump: EU, Kanada kekal pendirian terhadap Gaza
Gaza perlu menjadi komponen penting dalam pembentukan sebuah negara Palestin masa depan, kata jurucakap dasar luar Kesatuan Eropah (EU) pada Rabu.
Garis panduan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam masih dalam libat urus - Mohd Na’im
Proses libat urus melibatkan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan akan diteliti secara komprehensif oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.
JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0
Skuad kendalian Hector Bidoglio berada di puncak kedudukan liga dengan mengumpul 55 mata, sementara Selangor di tangga kedua dengan perbezaan 16 mata.
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Penggunaan bahasa penentu berita yang disampaikan?
Industri media perlu mula melihat peranannya sebagai satu institusi dalam membangunkan negara dan mendidik masyarakat dan bukan hanya satu perniagaan semata-mata.