BANGKOK: Kerajaan akan mengambil pendirian berhubung penggunaan kanabis dalam bidang perubatan sebelum akhir tahun, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada Khamis.
Khairy yang mengakhiri lawatan kerja bilateral kesihatan ke Bangkok, pada Khamis berkata Thailand telah banyak berkongsi pandangan dan pengalaman sepanjang lawatannya itu akan penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan dan penanamannya.
"Saya yakin bahawa kita akan dapat kaji pengalaman Thailand untuk disesuaikan dengan konteks Malaysia nanti apabila kita bakal membuat keputusan sama ada membenarkan atau tidak penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan.
"Jika dibenarkan, kita akan menentukan dalam kerangka apa dan penggunaan apa yang akan dibenarkan.
"Saya mahu bergerak cepat... Saya yakin bahawa kita akan dapat mengambil pendirian pada tahun ini.
"Keputusan utama Boleh atau Tidak akan dibuat tahun ini dengan dasar itu mungkin dilaksanakan tahun hadapan. Itu sasaran saya," katanya kepada Bernama, di sini, semalam.
Lawatan beliau itu atas jemputan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul untuk meneroka potensi penggunaan kanabis dalam bidang kesihatan.
Thailand merupakan negara Asia Tenggara pertama yang membenarkan penggunaan kanabis dalam bidang perubatan.
Sepanjang lawatan kerjanya, Khairy dan delegasi turut melawat Government Pharmaceutical Organisation (GPO) di mana beliau mendengar taklimat mengenai dasar kanabis Thailand termasuk amalan, kaedah penanaman, kajian serta penggunanan kanabis bagi tujuan perubatan.
Beliau turut mengadakan pertemuan dengan pemain utama industri kanabis selain melawat Siam Cannabis Land di Pattaya di mana beliau diberi taklimat dan melawat rumah hijau dan ladang penanaman pelbagai jenis kanabis.
Khairy menjelaskan bahawa penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan bukan perkara baharu di Malaysia kerana pada tahun 2014, Sativex yang mengandungi cannabidiol (CBD) dan tetrahydrocannabinol (THC) pernah diluluskan penggunaannya di Malaysia untuk merawat kekejangan otot.
Bagaimanapun, produk itu tidak mendapat sambutan di pasaran tempatan maka pendaftarannya dibatalkan.
"Undang-undang dan kerangka sedia ada membenarkan penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan," katanya.
Khairy menambah bahawa penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan semakin luas di peringkat antarabangsa termasuk untuk penjagaan paliatif, pengurusan sakit kronik, insomnia dan pesakit yang jalani kemoterapi.
"Malaysia tidak mahu ketinggalan. Maka, kita mahu lihat dan kaji keberkesanan dan keselamatan penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan," katanya.
Sementara itu, Khairy berkata buat permulaan, Malaysia hanya melihat penggunaan produk kanabis untuk tujuan perubatan dan bukan penanamannya.
"Kalau terdapat permintaan tinggi untuk menjadikan ia satu industri, kita akan mengkaji daripada segi penanaman (kanabis). Kita akan ambil langah demi langkah," katanya.
Julai lalu, Khairy berkata satu kerangka kerja berhubung pendaftaran produk CBD tertentu bakal diumum.
Sebelum itu, Khairy telah melawat hospital psikiatri pertama Thailand - Somdet Chaopraya Institute of Psychiatry di mana beliau diberi taklimat oleh Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Mental Dr Amporn Benjaponpitak mengenai khidmat kesihatan mental di negara itu.
Semasa lawatan itu, beliau ditunjukkan pelbagai inovasi yang dapat membantu menambah baik kesihatan mental.
Sebelum pulang, Khairy juga menghadiri Mesyuarat Peringkat Tinggi ke 12 Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) mengenai Kesihatan dan Ekonomi bertema "Open to Partnership. Connect with the World". Balance Health and the Economy" .
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 26 2022

Khairy mendengar taklimat tentang penanaman kanabis ketika lawatan ke Siam Cannabis Land, Thailand, pada Rabu. -Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.

Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin.

Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.

Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.

Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.

KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.

KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.

Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.