KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan bermesyuarat dengan Kementerian Kesihatan bagi menambah baik sekali gus mengatasi masalah peningkatan jangkitan COVID-19 termasuk lebihan kapasiti katil bagi unit rawatan rapi (ICU) di hospital di Sabah.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, mesyuarat itu akan diadakan pihaknya bersama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Isnin depan.
Malah menurutnya, mesyuarat bersama Khairy itu akan memperincikan jalan untuk mengatasi masalah tersebut sekali gus program imunisasi di Sabah.
"Kita akan melakukan sesuatu untuk mengatasi perkara ini (jumlah penggunaan katil ICU). Saya dimaklumkan bahawa Menteri Kesihatan akan melawat Sabah pada Isnin dan kita akan bermesyuarat.
"Saya akan berjumpa dengan beliau dan kita akan cari jalan untuk mengatasi masalah ini. Apa yang penting saya menasihati rakyat Sabah untuk kekal duduk di rumah dan mematuhi SOP ditetapkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Skybridge Kota Kinabalu, yang diadakan pada Jumaat.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga negeri iaitu Sabah, Kedah dan Perak merekodkan penggunaan katil ICU melebihi 100 peratus.
Sabah mempunyai kapasiti 145 katil ICU dengan penggunaannya, 126 peratus.
Selain itu, mengulas mengenai kesediaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membantu lima negeri termasuk Sabah dalam menangani jangkitan kes COVID-19, Hajiji mengalu-alukan usaha itu.
Katanya, usaha itu termasuk membuka hospital medan dapat membantu kerajaan untuk mengatasi masalah kesesakan di hospital kerajaan.
Ditanya mengenai kenyataan daripada Pakatan Harapan Sabah yang mengatakan mereka telah mengemukakan usul khas bagi meluaskan bidang kuasa kesihatan negeri, Hajiji menjelaskan ia terpulang kepada Speaker DUN Sabah.
"Kita tengok nanti, kalau sudah dibawa ke mesyuarat DUN baru kita tahu. Tetapi apa-apa pun perkara yang terbaik untuk negeri dan rakyat Sabah, kita tiada halangan untuk berbincang serta melaksanakannya," katanya lagi.
Eleanor Michelle Patrick
Fri Sep 03 2021

Datuk Seri Hajiji Noor berkata, mesyuarat itu akan diadakan pihaknya bersama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Isnin depan.
Hakim Jepun dipilih sebagai presiden baharu ICJ
Hakim Jepun, Yuji Iwasawa dipilih sebagai presiden baharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi tempoh 2025 sehingga 5 Februari 2027.
Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan
Peningkatan produktiviti boleh dicapai menerusi program menambah kemahiran seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan kewujudan pusat kecemerlangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menurut Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan, sebagai sebuah negara yang majmuk, masyarakat perlu memupuk semangat saling menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa.
[TERKINI] Syarikat lori tayar tercabut sebabkan tujuh maut didakwa lebih muatan
Sebuah syarikat logistik yang terbabit dalam nahas maut mengorbankan tujuh individu hujung Disember lalu didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah atas pertuduhan membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Dua sahabat mengaku salah rompak berkumpulan guna senjata, cederakan dua lelaki
Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak secara berkumpulan menggunakan senjata dan mencederakan dua lelaki di Bachok, pada 30 Jan.

Sukan olahraga hilang 'sentuhan' Harun Rasheed
KOM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menghargai jasa beliau kepada sukan tanah air.

Berpuasa tidak halang Nurul Izzah tampil aksi cemerlang di Turkiye
Ratu berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berjanji akan menampilkan aksi cemerlang meskipun beraksi ketika berpuasa di Kejohanan Piala Negara-Negara di Konya, Turkiye.

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.
AWANI Ringkas: Cuaca panas tahap satu di tiga kawasan di utara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

YKN sumbang RM300,000 bantu mangsa banjir di Sabah
Yayasan Kebajikan Negara (YKN) hari ini menyalurkan sumbangan RM300,000 kepada kerajaan Sabah bagi membantu meringankan beban penduduk terjejas banjir.

Mesyuarat GRS Ahad ini bincang pembahagian kerusi PRN Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dijadual mengadakan mesyuarat Ahad ini, antara lain bagi membincangkan pembahagian kerusi yang akan ditandingi dalam PRN Sabah Ke-17.

Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Bantuan RM25 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat diperlukan bagi membantu membaiki infrastruktur yang rosak dan musnah susulan banjir di Sabah.

Sabah beri bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin bermula Februari
Kerajaan Sabah akan melaksanakan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mulai bulan depan dengan menyediakan bantuan bulanan RM300.

Hajiji yakin Sabah terus makmur bawah naungan Tun Musa Aman
Beliau berkata Musa adalah payung bagi seluruh rakyat, simbol kedaulatan negeri yang bermaruah serta pengukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan budaya.

Beri perhatian penuh kepada rakyat, pesan Tun Juhar
Juhar berkata, tanpa sokongan dan kepercayaan rakyat, tiada kejayaan yang dapat diraih oleh Sabah sepanjang 14 tahun tempoh pentadbirannya.

Jasa Tun Juhar amat besar kepada Sabah - Hajiji
Juhar menyaksikan pelbagai insiden di Sabah yang melibatkan kerencaman dunia politik, ekonomi, keselamatan, kesihatan dan pendidikan.

Pelaburan berimpak tinggi di SOGIP dijangka beroperasi pada 2026, 2027 - Hajiji
Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang memperoleh pelaburan kira-kira RM29.87 bilion dijangka mula beroperasi pada 2026 dan 2027, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.

Sabah peruntuk RM50 juta bantu penduduk kampung bayar bil elektrik - Hajiji
Peruntukan tersebut akan diberikan bermula tahun depan sebagai inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan di negeri itu.