SHAH ALAM : Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022 mendapati penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan remaja berumur 13 sehingga 17 tahun mencatatkan peningkatan ketara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, hasil tinjauan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 14.9 peratus pada tahun lalu berbanding 9.8 peratus pada 2017.
“Peningkatan turut berlaku dalam kalangan remaja perempuan iaitu dari 2.8 peratus pada tahun 2017 meningkat kepada 6.2 peratus pada tahun 2022.
“Penggunaan rokok elektronik terbukti mendatangkan kemudaratan kepada pengguna kerana kandungan di dalam cecair rokok elektronik dipanaskan akan menghasilkan bahan kimia yang memberikan kesan keradangan kepada lapisan paru-paru,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Jelas Dr Muhammad Radzi lagi, kesan daripada proses itu akan menyebabkan individu berisiko mengalami kecederaan paru-paru atau ‘E-cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury’ (EVALI).
Sehubungan itu katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) turut memulakan aktiviti pemantauan penyakit berkaitan penggunaan rokok elektronik atau vape termasuk EVALI melalui Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan berkaitan keperluan notifikasi bermula Jun 2022.
“KKM juga telah mewujudkan Garis Panduan Amalan Klinikal Pengurusan EVALI (CPG) pada 2021 bagi membantu pengamal perubatan mengesan dan merawat kes EVALI,” katanya.
Ujarnya lagi, KKM memohon semua pengamal perubatan sentiasa membuat notifikasi kepada pihak KKM sekiranya mengesan individu yang menghidap EVALI.
“KKM mengingatkan semua pengguna rokok elektronik atau vape bukan satu kaedah untuk berhenti merokok malah akan memberi kesan yang lebih buruk terhadap kesihatan.
“Bagi mereka yang merokok dinasihatkan untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan di Klinik Berhenti Merokok yang disediakan di klinik kesihatan berdekatan atau melayari laman sesawang www.jomquit.com,” kata Dr Muhammad Radzi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 13 2023

Hasil tinjauan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 14.9 peratus pada tahun lalu berbanding 9.8 peratus pada 2017. - Gambar hiasan
Suara Rakyat: Dulu syurga beli-belah, kini sepi daripada pengunjung
Peniaga di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berharap pihak berwajib dalam mengambil langkah segera menghidupkan semula Kompleks Hentian Bas Majlsi Bandaraya Kuala Terengganu yang suatu ketika dulu menjadi syurga beli belah bagi pelancong dan penduduk setempat, tetapi kini sepi.
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Rakyat Malaysia terjebak penipuan sindiket selamat pulang
25 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Mywaddy, Myanmar selamat tiba di kompleks ICQS, Bukit Kayu Hitam, Kedah.
12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman 12 individu kerana disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran bertaraf bukan warganegara kepada warganegara dan pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu.
Suntikan dana RM1.1 bilion terhadap Sapura Energy bukan bailout
Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy bukan bentuk ‘bailout’.

Kementerian Komunikasi tegas perangi kandungan berunsur fitnah dan hasutan - Teo
Kementerian Komunikasi tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat keselamatan dan kesejahteraan negara dengan menyebarkan kandungan yang berunsur fitnah dan hasutan.

Susulan kejayaan Kampung Angkat MADANI, PM seru sektor swasta ambil ‘sekolah angkat’
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan.
[TERKINI] Panel dinding Stesen Masjid Jamek Runtuh, tiada maut
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) mengesahkan terdapat sebuah panel dinding di Stesen Masjid Jamek runtuh ketika hujan ribut melanda pada 4.04 petang Rabu.

CAP gesa haramkan gula-gula bentuk vape, picagari untuk lindungi kanak-kanak
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengesan kemunculan gula-gula berbentuk peranti vape dan jarum suntikan membanjiri pasaran tempatan.

KKM laksana pelbagai usaha capai matlamat masyarakat bebas rokok
Kementerian Kesihatan (KKM) meneruskan usaha mencapai matlamat masyarakat bebas rokok melalui pelbagai pendekatan dan program.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

New York saman pengedar vape jual e-rokok kepada kanak-kanak
New York pada Khamis menyaman beberapa pengedar rokok elektronik terbesar di negara itu, menuduh syarikat itu melanggar undang-undang negeri yang melarang penjualan vape kepada kanak-kanak.

Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.

Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.

Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.

SPRM lakukan risikan bagi kesan sindiket penyeludupan vape yang lain
SPRM sedang giat menjalankan risikan bagi mengesan sekiranya terdapat sindiket lain yang melakukan penyeludupan rokok elektronik (vape).

Sindiket penyeludupan vape berkait rangkaian antarabangsa
Sindiket penyeludupan rokok elektronik (vape) yang tumpas baru-baru ini dipercayai mempunyai rangkaian antarabangsa untuk membuat pengikraran tidak benar bagi mengelirukan pihak berkuasa negara ini.

Enam pegawai terlibat sindiket seludup vape ditukarkan ke bahagian tidak kritikal
Enam pegawai JKDM yang ditahan selepas disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan dan pengelakan cukai melibatkan rokok elektronik (vape) baru-baru ini, telah ditukarkan ke bahagian tidak kritikal.