Koleksi keputusan penghakiman Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah mengenai undang-undang perlembagaan dan beberapa kes lain terus bertahan diuji masa dan kekal sebagai legasi negara ini, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Beliau berkata koleksi penghakiman itu sentiasa menjunjung tinggi dan memberi penekanan terhadap keluhuran perlembagaan Malaysia serta hak rakyat negara ini di sisi perlembagaan.
"Ia juga menjadi bukti kerjaya cemerlang seorang hakim yang arif dan pentadbir undang-undang yang amat berpengalaman," katanya dalam kenyataan hari ini bagi merafakkan ucapan takziah atas kemangkatan Sultan Azlan Shah bagi pihak Jabatan Peguam Negara dan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang.
Sultan Azlan Shah mangkat pada 1.30 tengah hari semalam di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Almarhum berusia 86 tahun.
Sultan Azlan Shah meninggalkan kerjaya gemilang dalam bidang undang-undang.
Kerjaya Sultan Azlan Shah dalam bidang undang-undang dan kehakiman bermula pada 1953 apabila baginda dilantik sebagai majistret dan kemudian presiden Mahkamah Sesyen, Peguam Persekutuan, timbalan pendakwa raya, penasihat undang-undang negeri Pahang dan Johor, Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya dan selepas itu Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, sebelum dinaikkan pangkat ke
Mahkamah Tinggi Malaya pada 1965 ketika berusia 37 tahun.
"Kebijaksanaan, kepakaran dan dedikasi baginda dalam menegakkan keadilan melalui undang-undang mencapai kemuncaknya apabila baginda dilantik sebagai Presiden (kini dikenali sebagai Ketua Hakim Negara) Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 1982 ketika berusia agak muda iaitu 54 tahun," kata Abdul Gani.
Menurut beliau, Sultan Azlan Shah terus kekal sebagai tokoh undang-undang yang amat dihormati, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh Komanwel, malah selepas baginda menaiki takhta sebagai Sultan Perak ke-34 pada 1984, dan ketika menduduki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong Kesembilan (1989–1994).
Abdul Gani, yang juga pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang, berkata Almarhum terlibat secara aktif dalam siri Syarahan Undang-undang Sultan Azlan Shah.
Baginda juga, katanya begitu bermurah hati memberi Biasiswa dan Anugerah Sultan Azlan Shah untuk kecemerlangan pengajian dalam bidang undang-undang, termasuk kepada pelajar Sijil Amalan Guaman yang dikendalikan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang (CLP).
Abdul Gani berkata Pejabat Peguam Negara bertuah dan berbangga kerana pernah mempunyai Sultan Azlan Shah sebagai seorang daripada pegawai undang-undangnya.
"Lebih membanggakan, profesionalisme, kebijaksanaan dan jenaka pintar baginda di mahkamah menghiburkan peguam serta pegawai undang-undang ketika hadir di hadapan baginda yang menjadi Peguam Negara ketika itu," katanya.
Bernama
Thu May 29 2014

MANGKAT: Sultan Perak Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari Rabu.

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.

Najib nafi tamatkan perkhidmatan Abdul Gani kerana siasatan 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu penamatan perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara pada 2015 tiada kaitan dengan siasatan terhadap 1MDB.

Najib nafi terlibat dalam pembubaran pasukan petugas 1MDB
Selepas penyingkiran Abdul Gani sebagai Peguam Negara, pasukan petugas itu dibubarkan pada Julai 2015, semasa Najib memegang jawatan sebagai ketua kerajaan.

Mohamed Apandi tuntut ganti rugi atas penamatan khidmat sebagai Peguam Negara
Surat bertarikh 30 Sept melalui firma guaman Tetuan Shukor Baljit & Partners itu telah diserahkan kepada AGC semalam.

"Saya tidak berkhidmat lagi" - Gani Patail enggan ulas afidavit kes Musa Aman
Tan Sri Abdul Gani Patail enggan mengulas lanjut berhubung afidavit yang diikrarkan oleh beliau berkaitan pendakwaan kes rasuah dan penggubahan wang haram terhadap Tan Sri Musa Aman.

Polis berjaya rungkai kes tembak pemandu Gani Patail - Bukit Aman
Datuk Huzir Mohamed berkata antara yang ditahan termasuk dua daripada tiga suspek yang terlibat dengan kes itu, manakala penembak berusia 40-an masih diburu.

PIACCF bantu bela nasib pegawai agensi antirasuah yang teraniaya
Pengenalan yayasan ini menjadikan Malaysia antara negara paling hadapan dalam usaha memerangi rasuah.

"Bila saya tengok benda tu rasa macam nak nangis" - Transkrip perbualan dipercayai antara Dzulkifli Ahmad dan Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad bersama-sama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib arah saya pecat Gani Patail - Ali Hamsa
Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa berkata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dipecat.

Muhyiddin dipecat kerana persoal 1MDB - Ali Hamsa
Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail juga dipecat dari jawatannya pada Julai 2015 disebabkan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak telah hilang keyakinan terhadapnya.

Najib Razak awal 3 minit, sekali lagi berdepan penyiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi berdepan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.