PUTRAJAYA:Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penghakiman dua bekas hakim kanan, yang pelantikan mereka sebagai hakim tambahan telah dicabar kerana didakwa melanggar perlembagaan, adalah dilindungi ‘doktrin de facto.’
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel lima hakim berkata meskipun jika mahkamah menerima hujah bahawa pelantikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif dan bekas Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin adalah tidak sah, namun penghakiman mereka akan kekal berdasarkan doktrin de facto.
Beliau berkata doktrin de facto adalah bertujuan memelihara integriti keputusan kehakiman dan melindungi keputusan hakim daripada serangan kolateral.
"Jika tidak, litigan yang gagal akan menggunakan isu ini untuk menyerang kekurangan kuasa seseorang hakim sebagai alasan untuk membuat litigasi semula atau mengubah keputusan kes mereka atas alasan individu yang mendengar kes mereka bukanlah hakim," katanya dalam penghakiman setebal 46 muka surat yang dikeluarkan pada Isnin.
Tengku Maimun berkata tindakan sedemikian sudah tentu akan menjejaskan prestij dan integriti sistem kehakiman serta menjerumuskannya ke lembah kehinaan.
Tengku Maimun berkata meskipun pelantikan seseorang hakim tidak dibuat secara de jure, semua keputusannya sama ada dari segi kehakiman atau pentadbiran adalah dilindungi.
Beliau berkata bahaya yang ingin dielak oleh doktrin de facto ialah kekecohan dan kekeliruan yang mungkin timbul selepas pelantikan pembuat keputusan didapati tidak sah selain kesan yang mungkin ditinggalkan terhadap pentadbiran keadilan.
Dalam keputusan sebulat suara bagi menolak tujuh usul semakan berhubung isu itu dengan kos, Tengku Maimun berkata poin khusus yang dibangkitkan termasuk dakwaan berlaku kegagalan kourum, pelanggaran keadilan semula jadi atau ketidakadilan umum adalah tidak mempunyai merit.
"Kami berpandangan bahawa pemohon tidak berhak secara kolateral mencabar kesahihan pelantikan kedua-dua hakim melalui kesemua usul semakan ini," katanya.
Turut bersidang Datuk Zabariah Yusof, Datuk Hasnah Mohammed Hashim, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Rhodzariah Bujang.
Panel itu mendengar kesemua usul pada 19 Ogos lepas, yang difailkan pemohon yang meminta agar keputusan tidak memihak kepada mereka diketepikan dan rayuan kes terbabit didengar semula.
Antara pemohon ialah waris mangsa penerbangan MH370 ke Beijing yang hilang pada 2014. Pada November 2017, Ketua Hakim Negara ketika itu, Md Raus yang mengetuai panel lima hakim, mendengar rayuan keluarga mangsa untuk memasukkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines Bhd dan Tentera Udara Diraja Malaysia sebagai pihak dalam saman mereka.
Pihak lain termasuk Yakin Tenggara Sdn Bhd, Datuk Lim Sue Beng, Tan Boon Lee dan Yong Tshu Khin serta Annie Quah Lay Nah.
Mereka mendakwa nasihat yang diberikan pendahulu Md Raus iaitu Tun Arifin Zakaria kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik kedua-dua hakim sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan adalah tidak sah kerana nasihat sedemikian hanya boleh diberikan oleh Ketua Hakim Negara ketika beliau menyandang jawatan itu.
Mereka juga mendakwa Md Raus tidak berhak menyenaraikan panel Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan itu dan bersidang mendengar kesemua kes tersebut.
Pada 7 Julai 2017, kerajaan mengumumkan bahawa Md Raus akan kekal menyandang jawatan beliau selama tiga tahun lagi mulai 4 Ogos 2017 manakala Zulkefli selama dua tahun mulai 28 Sept 2017.
Mereka sepatutnya bersara wajib pada tahun itu selepas mencecah usia 66 tahun.
Md Raus dan Zulkefli mengemukakan surat peletakan jawatan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong pada 7 Jun 2018 dan Yang di-Pertuan Agong telah memberikan perkenan baginda pada 8 Jun 2018.
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata mahkamah tidak bersetuju dengan hujah pemohon bahawa doktrin itu hanya terpakai kepada pegawai bawahan dan pengantara kehakiman serta tidak boleh diguna pakai bagi hakim mahkamah atasan.
"Kami berpendapat bahawa doktrin de facto adalah terpakai bagi pelantikan berperlembagaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 01 2020

Tengku Maimun berkata, meskipun pelantikan seseorang hakim tidak dibuat secara de jure, semua keputusannya sama ada dari segi kehakiman atau pentadbiran adalah dilindungi. - Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Penghakiman dua bekas hakim kanan dilindungi doktrin de facto - Mahkamah Persekutuan
Tengku Maimun berkata doktrin de facto adalah bertujuan memelihara integriti keputusan kehakiman dan melindungi keputusan hakim daripada serangan kolateral.