PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak menahan seorang lelaki dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap kanak-kanak dalam tiga kejadian berasingan.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Asmadi Abdul Aziz berkata, dalam kejadian pada Isnin jam 6 petang, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dilaporkan telah diganggu oleh seorang lelaki tidak dikenali dalam lif perumahan di Presint 5, dekat sini.
Beliau berkata, lelaki tersebut yang memakai topi keledar telah mengeluarkan kemaluannya dan menunjukkan kepada mangsa.
"Empat laporan polis telah dibuat berhubung kejadian sama berlaku di kawasan perumahan tersebut.
"Jumlah keseluruhan mangsa yang terlibat dalam kejadian terbabit adalah sebanyak lima orang," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Ekoran kejadian itu, Asmadi berkata, pihaknya telah membuat satu tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 32 tahun di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada Selasa jam 4.30 petang.
Kata beliau, siasatan awal mendapati suspek bekerja sebagai penghantar barang, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
Menurutnya, suspek tidak mempunyai rekod lampau, namun mengaku terlibat dalam kesemua tiga kes yang disiasat.
Beliau berkata, ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas suspek adalah negatif.
Tambah beliau, permohonan reman telah dibuat pada Rabu dan diluluskan selama empat hari sehingga Sabtu bagi siasatan lanjut.
"Kawad cam terhadap suspek daripada lima orang mangsa akan dibuat pada Khamis," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Nov 29 2023

Polis Daerah Putrajaya telah membuat satu tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 32 tahun di pekarangan IPD Putrajaya pada Selasa jam 4.30 petang. - Gambar hiasan

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Penghantar barang didakwa tipu urusan jual beli kenderaan lelong JPJ
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kampung Sungai Serdang, Kapar, dekat Kuala Selangor antara 11 Sept dan 3 Okt 2024.

Penghantar barang rugi RM63,826 akibat 'love scam'
Akibat termakan pujuk rayu seorang wanita yang dikenali hanya dalam tempoh 20 hari, seorang penghantar barang terpaksa berputih mata selepas kerugian sebanyak RM63,826 kerana diperdaya 'love scam'.

Penghantar barang mengaku tidak bersalah jadi keldai akaun
Muhammad Harizi Abu Bakar, 28, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Chia Huey Ting pada Khamis.

Pukul isteri dengan batang penyapu sawang, penghantar barang dipenjara lima tahun
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara daripada tarikh tangkap pada 21 Ogos lepas.

Penghantar barang didakwa bunuh pemandu teksi
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Mohd Latif Idris, 51 tahun.

Penghantar barang larikan iPhone X diberkas
Lelaki itu berpura-pura menjadi pelanggan sebelum mencuri telefon bimbit berkenaan pada jam 3.30 petang 27 Mac lalu.

Penghantar barang didakwa edar syabu 112.48kg
Seorang penghantar barang didakwa atas kesalahan mengedar dadah jenis syabu seberat 112.48 kilogram, 9 Dis lepas.

Kes dadah: Mahkamah tolak rayuan bekas penghantar barang, hukuman 20 sebatan kekal
Seorang bekas penghantar barang gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan supaya hukuman 10 sebatan yang dijatuhkan ke atasnya bagi dua kesalahan memiliki dadah berjalan serentak.

Takut kena saman tiada cermin sisi, polis parah dirempuh penghantar barang
Penghantar barangan yang melanggar anggota polis ketika cuba meloloskan diri dipercayai bertindak demikian kerana motosikal yang ditunggang tidak mempunyai cermin sisi.

Penghantar barang ditahan buat aksi tak senonoh terhadap kanak-kanak
Pada Isnin jam 6 petang, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dilaporkan telah diganggu lelaki tidak dikenali dalam lif.