KEPALA BATAS: Dua lelaki termasuk seorang penghantar makanan (p-hailing) diberkas polis dalam serbuan di sebuah restoran di Raja Uda, Butterworth Rabu lepas.
Dalam serbuan jam 5.30 petang tu, pelbagai jenis dadah hampir tujuh kilogram dengan nilai RM104,879 berjaya dirampas Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah SPU.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, suspek berusia 22 dan 25 tahun itu ditangkap ketika sedang berbual di hadapan restoran berkenaan .
Pemeriksaan lanjut menemui 88 bungkus dadah heroin seberat 4,995 gram bernilai RM66,933, ganja seberat 1,009 gram bernilai RM2,522 dan 984 gram dadah jenis syabu bernilai RM35,424 yang disimpan di dalam sebuah kereta di belakang restoran berkenaan.
Mohd Radzi berkata, siasatan awal mendapati kedua- dua suspek tidak mempunyai hubungan keluarga itu mula bergiat aktif mengedar dadah sejak Disember lalu.
"Hasil risikan mendapati aktiviti pengedaran dadah oleh sindiket Ini telah bergiat aktif sejak Disember tahun ini. Kesemua dadah ini untuk pasaran tempatan, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh seramai 34,940 orang penagih dadah atau 34,950 kali penggunaan," katanya.
Mohd Radzi berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Jumaat.
Jelasnya, kesemua dadah itu dipercayai diperoleh dari pembekal di bahagian George Town dan dijual untuk pasaran tempatan.
Mohd Radzi berkata, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut berhubung modus operandi yang digunakan suspek untuk mengedar dadah.
Selain dadah, polis turut merampas kereta jenis Toyota Vios yang dilaporkan hilang di Johor Bahru dua tahun lalu. Ujian air kencing ke atas kedua-dua suspek itu negatif dadah namun semakan mendapati kedua-duanya mempunyai rekod jenayah lampau termasuk berkaitan kesalahan dadah.
Kedua -dua suspek direman selama enam hari bermula 5 Januari hingga 10 Januari bagi membantu siasatan.
Kes di siasat di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati akan dikenakan sebatan tidak lebih 15 sebatan.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Jan 06 2023

Mohd Radzi ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Jumaat. - Foto Astro AWANI

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Penghantar makanan didenda RM1,800 miliki senapang tiruan
Seorang penghantar makanan didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah memiliki dua laras senapang tiruan yang dibeli secara dalam talian, minggu lepas.

Polis bongkar sindiket jual 'biskut ganja' RM50, empat termasuk tiga beranak ditahan
Polis membongkar aktiviti pengedaran 'biskut ganja' yang dijual serendah RM50 untuk satu bekas dengan penahanan empat individu termasuk tiga beranak di sekitar Lembah Klang, Selasa lalu.

Penghantar makanan maut dirempuh kereta di lampu isyarat merah
Seorang penghantar makanan maut dirempuh sebuah kereta ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Mas, Puchong pada Jumaat.

Penghantar makanan didakwa rempuh anggota polis ketika pemeriksaan
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merempuh dan melanggar seorang anggota polis berpangkat koperal, minggu lepas.

Penghantar makanan maut langgar kotak kuasa TNB
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Mahkamah tolak rayuan bekas penghantar makanan rogol kanak-kanak
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan terhadap seorang bekas penghantar barang yang merogol seorang murid darjah enam di sebuah hotel bajet, empat tahun lepas.

Kereta terbabas dalam kolam takungan najis selepas cubaan larikan diri
Penghantar makanan berusia 19 tahun itu cedera di dahi dan pipi, serta calar di tangan dan kaki.

Penghantar makanan maut motosikal bertembung kereta
Mangsa, Muhammad Hasmadi Jamil, 24, maut di tempat kejadian apabila parah di kepala dan badan.

Penghantar makanan, kanak-kanak dua tahun maut nahas jalan raya
Seorang wanita dan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di Kilometer 10.2 Jalan Batu Caves, di sini menghala ke Selayang, malam Jumaat.

Penghantar makanan naik kuda hantar pesanan pelanggan
Kejadian jarang berlaku itu menyebabkan orang ramai berpusu-pusu merakam gelagat lelaki tersebut.