TAIPING: Seorang penghantar makanan ditahan kerana disyaki mengedar dadah dalam satu sekatan jalan raya di Hentian Rehat dan Rawat Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat sini, Khamis lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Supt Razlam Ab Hamid berkata, lelaki berusia 37 tahun ditahan sepasukan polis peronda lebuh raya pada 9 pagi.
"Suspek menaiki kereta Perodua Alza yang dipinjam melalui anak saudaranya untuk melakukan aktiviti pengedaran tersebut dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Selangor.
"Hasil pemeriksaan dalam kereta itu menemukan satu guni plastik mengandungi 18 ketulan mampat daun kering dadah jenis ganja seberat 18 kilogram bernilai RM54,000 serta merampas wang tunai sejumlah RM2,119," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping, di sini, hari ini.
Razlam berkata, suspek dipercayai mengambil upah mengedar dadah sejak Julai lepas dengan bekalan diperoleh dari Pulau Pinang untuk dibekalkan kepada kira-kira 10,000 penagih untuk pasaran tempatan.
Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah serta tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
Beliau berkata, suspek direman selama seminggu sejak Jumaat lepas bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA
Bernama
Mon Aug 29 2022
![Penghantar makanan ditahan disyaki edar dadah di Taiping Penghantar makanan ditahan disyaki edar dadah di Taiping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61660662293_Handcuffedwomen.jpg)
Seorang penghantar makanan ditahan kerana disyaki mengedar dadah dalam satu sekatan jalan raya di Hentian Rehat dan Rawat Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Taiping, Khamis lepas.
![BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030 BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732100394_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).
PTPK sasar RM 450 juta kutipan pinjaman balik
Kementerian Sumber Manusia memperuntukan dana pinjaman rm 500 juta buat perbadanan tabung pembangunan kemahiran (ptpk) dijangka manfaatkan seramai 20,000 peminjam
MyGAS 2025 fokus atasi cabaran pembiayaan gas asli
Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2025) edisi keempat membuka pentas perbincangan mengenai cabaran pembiayaan industri gas sambil memastikan usaha peralihan tenaga bersih mampu dicapai.
Ancaman gajah: Penduduk hidup dalam kebimbangan
Penduduk beberapa kampung di Hulu Terengganu hidup dalam kebimbangan susulan serangan gajah yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
![Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.
Muhyiddin saran kerajaan wujudkan kertas putih industri padi, beras
Kerajaan disaran mewujudkan kertas putih industri padi dan beras negara bagi memastikan bekalan putih tempatan mencukupi di pasaran.
Wanita maut bersama empat anak, hamil lima bulan
Wanita yang maut dalam kebakaran bersama empat lagi anaknya di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin, sedang hamil lima bulan.
![1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi 1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729756465_TanSriAzamBaki.jpg)
1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.
Dialog Tiga Penjuru: CPI: Kita boleh jadi top ‘25’
Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2024 Malaysia kekal dengan skor 50 pada kedudukan ke-57.
Sejauh mana skor CPI 2024 beri kesan kepada sasaran Kerajaan untuk mencapai tangga ke-25 CPI menjelang 2033?
Apakah isu-isu utama yang harus diberi perhatian dengan segera untuk pastikan skor CPI kembali meningkat?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Sejauh mana skor CPI 2024 beri kesan kepada sasaran Kerajaan untuk mencapai tangga ke-25 CPI menjelang 2033?
Apakah isu-isu utama yang harus diberi perhatian dengan segera untuk pastikan skor CPI kembali meningkat?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
![KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024 KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698383331_KWAP.jpg)
KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merekodkan pendapatan bersih tertinggi, mencecah rekod sebanyak RM12.9 bilion pada 2024 dengan pulangan keseluruhan 12.0 peratus.
![Penghantar makanan didenda RM1,800 miliki senapang tiruan Penghantar makanan didenda RM1,800 miliki senapang tiruan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736768572_TBAIRKETUM.jpg)
Penghantar makanan didenda RM1,800 miliki senapang tiruan
Seorang penghantar makanan didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah memiliki dua laras senapang tiruan yang dibeli secara dalam talian, minggu lepas.
![Polis bongkar sindiket jual 'biskut ganja' RM50, empat termasuk tiga beranak ditahan Polis bongkar sindiket jual 'biskut ganja' RM50, empat termasuk tiga beranak ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81735899395_ketuapolisselangor.jpg)
Polis bongkar sindiket jual 'biskut ganja' RM50, empat termasuk tiga beranak ditahan
Polis membongkar aktiviti pengedaran 'biskut ganja' yang dijual serendah RM50 untuk satu bekas dengan penahanan empat individu termasuk tiga beranak di sekitar Lembah Klang, Selasa lalu.
![Penghantar makanan maut dirempuh kereta di lampu isyarat merah Penghantar makanan maut dirempuh kereta di lampu isyarat merah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733487398_kemalangan.jpg)
Penghantar makanan maut dirempuh kereta di lampu isyarat merah
Seorang penghantar makanan maut dirempuh sebuah kereta ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Mas, Puchong pada Jumaat.
![Penghantar makanan didakwa rempuh anggota polis ketika pemeriksaan Penghantar makanan didakwa rempuh anggota polis ketika pemeriksaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
Penghantar makanan didakwa rempuh anggota polis ketika pemeriksaan
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merempuh dan melanggar seorang anggota polis berpangkat koperal, minggu lepas.
![Penghantar makanan maut langgar kotak kuasa TNB Penghantar makanan maut langgar kotak kuasa TNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71727751170_penghantarmakananm.jpg)
Penghantar makanan maut langgar kotak kuasa TNB
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.
![Mahkamah tolak rayuan bekas penghantar makanan rogol kanak-kanak Mahkamah tolak rayuan bekas penghantar makanan rogol kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719314788_TBgavel.jpg)
Mahkamah tolak rayuan bekas penghantar makanan rogol kanak-kanak
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan terhadap seorang bekas penghantar barang yang merogol seorang murid darjah enam di sebuah hotel bajet, empat tahun lepas.
![Kereta terbabas dalam kolam takungan najis selepas cubaan larikan diri Kereta terbabas dalam kolam takungan najis selepas cubaan larikan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721036764_tbterbabaskolamta.jpg)
Kereta terbabas dalam kolam takungan najis selepas cubaan larikan diri
Penghantar makanan berusia 19 tahun itu cedera di dahi dan pipi, serta calar di tangan dan kaki.
![Penghantar makanan maut motosikal bertembung kereta Penghantar makanan maut motosikal bertembung kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719049677_TBkemalangan.jpg)
Penghantar makanan maut motosikal bertembung kereta
Mangsa, Muhammad Hasmadi Jamil, 24, maut di tempat kejadian apabila parah di kepala dan badan.
![Penghantar makanan, kanak-kanak dua tahun maut nahas jalan raya Penghantar makanan, kanak-kanak dua tahun maut nahas jalan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713603613_ACCIDENTBABYMATI.jpg)
Penghantar makanan, kanak-kanak dua tahun maut nahas jalan raya
Seorang wanita dan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di Kilometer 10.2 Jalan Batu Caves, di sini menghala ke Selayang, malam Jumaat.
![Penghantar makanan naik kuda hantar pesanan pelanggan Penghantar makanan naik kuda hantar pesanan pelanggan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712966155_kuda.jpg)
Penghantar makanan naik kuda hantar pesanan pelanggan
Kejadian jarang berlaku itu menyebabkan orang ramai berpusu-pusu merakam gelagat lelaki tersebut.