SUBANG: Penghantaran pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-11 ke Lubnan, bukan bermaksud Malaysia akan terlibat dalam konflik Palestin dan Israel.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penghantaran pasukan tersebut, adalah bagi menggantikan pasukan Malbatt 850 siri ke 10, yang sudah berada di Lubnan sejak setahun yang lepas.
Mohamad berkata, Malbatt 850-11 merupakan sebahagian daripada misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL), dan akan ditempatkan di dua penempatan tetap iaitu Kem Ma’rakah serta Kem Tibnin.
Selain itu beliau berkata, pasukan terbabit akan melaksanakan tugas-tugas operasi yang diberikan oleh UNIFIL khususnya di kawasan tanggungjawab yang ditetapkan
“(Ketika ini Kerajaan Malaysia) masih lagi mengekalkan keputusan supaya pasukan pengaman PBB dalam UNIFIL di Lubnan mesti dikekalkan selagi belum ada perubahan (dalam keputusan PBB).
"Maka Malaysia akan turut serta hantar, dan ini merupakan pasukan pengganti (kepada Malbatt 850-10). Jangan kata kita hantar ke Palestin pula, sekarang ni macam-macam pandangan ada.
“Ini kita ganti pasukan sedia ada di Lubnan. Jadi kebetulannya pasukan kita yang ada setahun di sana memang nak balik, dijadualkan untuk balik. Jadi kita buat dan terus hantar (pengganti), sehingga PBB atau UNIFIL membuat keputusan yang berlainan,” katanya lagi.
Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Beret PBB, Penyerahan Bendera Malaysia, dan Penghantaran Kumpulan Pertama Malbatt 850-11 ke Lubnan, di Pangkalan Udara Subang, pada Khamis.
Malbatt 850-11 berkekuatan seramai 854 anggota terdiri dari 82 pegawai dan 772 anggota lain-lain pangkat, termasuk tiga pegawai dan 27 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) , serta seorang pegawai awam kewangan dari Kementerian Pertahanan.
Dalam pada itu Mohamad meminta pasukan negara supaya berhati-hati memandangkan kawasan tanggungjawab mereka hanya 20 kilometer dari sempadan pergolakan antara Israel dan Palestin.
"Sekiranya konflik Israel-Palestin ini berpanjangan, apa jua kemungkinan boleh berlaku. Sebagai tentera, mereka kena bersiap sedia dengan apa saja kemungkinan yang akan berlaku, untuk kita hadapi apa-apa saja.
“Nasihat saya, kita punya anggota kena berhati-hati, walaupun sempadan (kawasan pergolakan) jauh sikit, tidaklah jauh sangat hanya 20 kilometer saja bezanya… tetapi apa saja boleh berlaku. Dan kita tetap di bawah PBB. Apa jua arahan, apa jua tindakan, dan apa jua keputusan PBB itu yang akan kita ikut,” katanya lagi.
Terdahulu dalam ucapannya, Mohamad berkata, Kerajaan Malaysia sentiasa komited untuk meneruskan penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam misi pengaman di Lubnan dan di mana-mana misi pengaman antarabangsa.
Beliau menegaskan, penghantaran Malbatt 850-11 itu juga membuktikan ATM sentiasa bersedia untuk mengatur gerak pasukan bagi memenuhi keperluan pertahanan dari semasa ke semasa.
Selain itu Mohamad turut menzahirkan penghargaan kepada ahli keluarga pasukan terbabit di atas pengorbanan mereka, dan sentiasa mendoakan keselamatan anggota yang terlibat.
“Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada ahli keluarga pegawai dan anggota Malbatt yang bersama sama dengan kita hari ini, dan terus merestui dan doa untuk suami, isteri, anak atau saudara-mara untuk melaksanakan misi UNIFIL di Lubnan.
“Kebajikan dan keselamatan setiap pegawai dan anggota akan dipantau oleh markas Angkatan bersama. Mari kita doakan agar kontinjen 850-11 dipermudahkan dalam urusan, diberikan kesihatan baik, selamat dalam melaksanakan misi, dan sentiasa dirahmati Allah,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Thu Nov 02 2023

Malbatt 850-11 akan ditempatkan di Kem Marakah serta Kem Tibnin di Lubnan. - Gambar/ Shahir Omar/Astro AWANI
MINDEF tambah baik langkah atasi kejadian buli di Maktab Tentera Diraja
Kementerian Pertahanan dan ATM tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk kesalahan disiplin termasuk perbuatan buli.

15 mangsa penipuan pekerjaan dari Myanmar selamat tiba di Malaysia - Kementerian Luar
Lima belas rakyat Malaysia termasuk tiga wanita yang menjadi mangsa sindiket job scam atau penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar selamat tiba di tanah air, pada Isnin.
Isu buli: Keyakinan terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata perkara itu dilihat berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.
Bantuan RM150 pada 100,000 murid tingkatan 6 - Menteri Pendidikan
Menteri Pendidikan berkata Kerajaan MADANI komited dalam memastikan bantuan persekolahan sebanyak RM150 tanpa mengira pendapatan Ibu bapa diperluaskan kepada kira-kira 100,000 murid tingkatan 6.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Suri rumah didakwa bunuh suami
Seorang suri rumah didakwa atas pertuduhan membunuh suaminya dengan menikam mangsa di sebuah pangsapuri di Kajang.
286 isu dibangkit dalam LKAN disiasat pihak berkuasa
Sebanyak 286 isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) disiasat pihak berkuasa setakat hari ini termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Saya juga ingin merakamkan ucapan selamat kembali ke sekolah” - Menteri Pendidikan
Menteri Pendidikan merakamkan ucapan kepada guru dan pelajar yang kembali ke sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2025.
“Semoga kita dapat merealisasikan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara, negara sejahtera”katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Semoga kita dapat merealisasikan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara, negara sejahtera”katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menghasut berkaitan kenyataannya mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah berhubung penubuhan kerajaan perpaduan, dua tahun lalu. #AWANInews

Organisasi media disaran sediakan pelan transformasi AI - Fahmi
Setiap organisasi media di negara ini disaran menyediakan pelan transformasi kecerdasan buatan (AI) dalam operasi masing-masing.
AWANI Ringkas: SPRM siasat 138 isu LKAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kumpulan keempat kontinjen MALBATT 850-12 berlepas ke Lubnan hari ini
Kumpulan keempat Batalion Malaysia 850-12 (MALBATT 850-12) bagi misi pengaman dan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan berlepas dari Pangkalan Udara Subang hari ini.

Anggota MALBATT di Lubnan berada di kawasan selamat - Menteri
Kementerian Pertahanan mengesahkan enam anggota Batalion Malaysia (MALBATT) yang terlibat dalam insiden letupan di Lubnan hanya mengalami cedera ringan.

Mindef pantau secara harian situasi anggota MALBATT di Lubnan - Adly
Kementerian Pertahanan (Mindef) sentiasa memantau situasi terkini melibatkan pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas melaksanakan misi pengaman MALBATT di Lubnan.

Tentera Israel musnahkan pagar, struktur milik UNIFIL di Lubnan
Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) memaklumkan pada Jumaat bahawa tentera Israel memusnahkan sebahagian pagar dan struktur konkrit di satu daripada posnya.

Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah - ATM
ATM berkata, Pasukan UNIFIL sedang menyiasat serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi MALBATT 850-12.

Kerajaan ada rancangan sandaran jika MALBATT terpaksa berundur
Katanya, buat masa ini komitmen negara masih berterusan seperti negara-negara lain yang menghantar anggota tentera mereka ke Lubnan.

Penugasan MALBATT di selatan Lubnan diteruskan - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled berkata penghantaran pasukan ke-12 MALBATT itu merupakan persefahaman negara dengan PBB bagi penugasan di Lubnan.

Kerajaan sentiasa pantau keselamatan pasukan MALBATT di Lubnan - PM Anwar
Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Azri Mat Yacob sentiasa memaklumkan setiap perkembangan pasukan pengaman tersebut.

Malaysia tak henti hantar anggota, MALBATT 850-12 ke Lubnan 6 November
Penghantaran dan penugasan Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) di selatan Lubnan bagi misi pengaman akan diteruskan.

Serangan di Lubnan: Tiada kemalangan jiwa, kerosakan aset di bawah pasukan MALBATT
Pengiliran atur gerak terbaharu pasukan MALBATT 850-11 adalah dari 14 November 2023 hingga 14 November 2024 melibatkan seramai 653 anggota dan pegawai.