TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu! Berkhidmat sepenuh upaya untuk tujuan kebaikan dan kebajikan memang ada yang menghargainya!
Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng bakal menerima anugerah ‘Points of Light’ oleh Ratu Elizabeth II di atas usahanya membantu golongan yang kurang berkemampuan.
Berita gembira itu dikongsi oleh Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang menerusi kemas kini di laman Facebooknya pada Ahad.
Katanya, dia menerima makluman berhubung anugerah tersebut menerusi e-mel dan menyifatkan ia sebagai satu penghargaan yang bermakna serta kejutan buatnya.
Lelaki berasal dari Kampung Bukit Cermai, Batu Pahat, Johor itu menambah, anugerah tersebut akan diberikan pada 12 Jun ini.
"Sebenarnya penghargaan tersebut adalah untuk anda semua. Tanpa anda, kita tidak dapat membantu orang.
"Saya dengan rendah diri memaklumkan penghargaan itu bukan untuk saya sendiri tetapi ia adalah hak anda semua dan rakyat Malaysia yang telah 'gila' menderma, membantu dan memberikan sokongan kepada semua inisiatif kita," demikian tulisnya dalam entri tersebut.
Difahamkan, anugerah tersebut diberikan setiap minggu kepada individu dari negara Komanwel sebagai pengiktirafan dan penghargaan atas usaha serta sumbangan mereka terhadap masyarakat.
Chee Heng sebelum ini mencuri tumpuan masyarakat kerana sifat pemurah dan prihatinnya membantu masyarakat termasuk menyediakan perkhidmatan van jenazah, ambulans dan teksi 10 sen secara percuma.
Menurut laman web pointsoflight.gov.uk, aktivis berusia 58 tahun itu menjadi rakyat Malaysia keempat yang menerima penghormatan itu sejak ia diperkenalkan pada 2018.
Turut menerima anugerah tersebut sebelum ini ialah Doktor 'Teddy Bear', Dr Madhusudhan Shanmugam; Pengasas gerakan 'Zero Waste Malaysia', Khor Sue Yee dan Aurora Tin; serta penyelidik penyu air tawar, Dr Chen Pelf Nyok.
Hasimi Muhamad
Mon May 24 2021

Berita gembira itu dikongsi oleh Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang menerusi kemas kini di laman Facebooknya pada Ahad.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PRU15: Uncle Kentang mahu ubah minda rakyat terhadap 'calon tanpa beban politik'
Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang bersedia dengan kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana bersaing dengan pihak lawan yang hebat dalam politik.

PRU15: Uncle Kentang umum bertanding calon bebas di Puchong
Aktivis Masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan Uncle Kentang menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Puchong pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Rezeki dikongsi bersama, Uncle Kentang lancar kedai makanan dan barangan RM1
Pengasas Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia, Kuan Cheng Heng atau lebih popular dengan gelaran Uncle Kentang hari ini melancarkan Kedai dan Kafe Anda di Stesen LRT Taman Perindustrian Puchong.

Dakwa hina B40: Uncle Kentang cari pelajar diherdik pensyarah, mahu bantu belikan komputer
Jelas Uncle Kentang, beliau akan membuat tabung pendanaan awam (crowdfunding) untuk membeli komputer buat pelajar berkenaan.

'Uncle Kentang' harap anugerah Komanwel cetus inspirasi lebih ramai terlibat aktiviti amal
Aktivis sosial Kuan Chee Heng berharap Anugerah Komanwel Points of Light yang diterimanya akan membuka jalan dan mencetus inspirasi agar lebih ramai terlibat dengan aktiviti kebajikan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 13 Jun 2021.

Anggap orang susah itu adik-beradik kita - Uncle Kentang kongsi prinsip perjuangan
Perjuangan murni beliau dilakukan bukan hanya untuk meringankan beban golongan susah, tetapi juga sebagai bekalan diri selepas pulang ke kampung abadi.

'Penghargaan ini untuk semua'! - Uncle Kentang antara lima rakyat Malaysia terima anugerah Ratu Elizabeth II
Pemuda berasal dari Kampung Bukit Cermai, Batu Pahat, Johor itu menambah anugerah tersebut akan diberikan pada 12 Jun ini.

Prasarana, Uncle Kentang berganding hulur bantuan sempena Tahun Baru Cina
Bantuan berupa beras dan gula itu disampaikan kepada 45 keluarga dalam satu majlis serba ringkas di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Perindustrian Puchong.

Khidmat cuci luka, inisiatif terbaharu 'Uncle Kentang'
Ilham untuk mewujudkan perkhidmatan mencuci luka itu lahir lantaran melihat penderitaan yang dihadapi mereka yang meminta bantuan perkhidmatan ambulans sebelum ini.