DUBAI: Pengharmonian spektrum antara wilayah dan negara merupakan penggerak penting ekonomi digital yang akan memastikan bahawa infrastruktur dan ketersambungan yang diperlukan disediakan untuk menyokong pelbagai inovasi digital, perkhidmatan dan aktiviti ekonomi.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata penyelarasan (pengharmonian) itu juga akan memacu pertumbuhan ekonomi dalam era digital.
"Peruntukan spektrum yang diselaraskan memudahkan ketersambungan dan keserasian global. Perniagaan yang beroperasi dalam ekonomi digital boleh membangunkan produk dan perkhidmatan yang berfungsi dengan lancar merentasi sempadan, mengembangkan pangkalan pelanggan dan jangkauan pasaran mereka.
"Capaian global ini boleh membawa kepada peningkatan hasil dan pertumbuhan ekonomi," katanya di forum 'Shaping Next-Gen Telecom Policies: Global Spectrum Harmonisation for Mid-band 5G', di sini hari ini.
Fahmi merupakan salah seorang penceramah jemputan bagi forum yang diadakan sempena Pameran Teknologi Maklumat Teluk (GITEX) Global 2023.
Selain itu, beliau berkata ia juga mengurangkan kerumitan dan kos untuk membangunkan dan menggunakan teknologi dan perkhidmatan digital baharu apabila wilayah atau negara yang berbeza menyelaraskan dasar spektrum mereka.
"Ini seterusnya menggalakkan keusahawanan dan inovasi dalam ekonomi digital," katanya.
Setakat ini, hampir 80,000 perniagaan tempatan telah didigitalkan dan kira-kira 20,000 orang telah dilatih secara digital melalui program 'Saya Digital', katanya.
Beliau berkata pelancaran 5G Malaysia telah mencapai liputan 70.2 peratus kawasan berpenduduk (CoPA) setakat 30 September 2023 dan langganan rangkaian 5G kini berjumlah 2.49 juta pengguna yang bersamaan dengan 7.4 peratus daripada kadar penggunaan.
"Kita semakin hampir kepada sasaran 80 peratus yang ditetapkan untuk pelaksanaan rangkaian borong kedua," katanya.
Dalam pada itu, Fahmi turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi Pakistan Dr Umar Saif mengenai potensi kerjasama dalam keselamatan siber antara kedua-dua negara.
Edisi GITEX Global ke-43 dihadiri lebih daripada 6,000 syarikat dari 170 negara, ia berlangsung dari 16 hingga 20 Oktober di Pusat Dagangan Dunia Dubai manakala Expand North Star (ENS) pula akan diadakan dari 15 hingga 18 Oktober di Dubai Harbour.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2023

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil ketika berucap di forum 'Shaping Next-Gen Telecom Policies: Global Spectrum Harmonisation for Mid-band 5G', hari ini. - Foto BERNAMA

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.

Pengharmonian spektrum antara wilayah dan negara, penggerak penting ekonomi digital - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata penyelarasan (pengharmonian) itu juga akan memacu pertumbuhan ekonomi dalam era digital.