KUALA NERUS: Kurikulum Pendidikan Islam di Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) seluruh negara akan dimantapkan lagi dengan modul pembelajaran Hadis 40 Imam al-Nawawi yang dijangka bermula Jun ini.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata buat permulaan pelaksanaan itu bakal membabitkan sebanyak 4,145 daripada 10,840 Tabika Kemas di seluruh negara sebelum diperluas ke semua tabika secara berperingkat pada tahun depan.
"Sebanyak 4,145 tabika ini melibatkan lebih kurang 80,000 murid. Inisiatif untuk membudayakan dan merakyatkan Hadis 40 Imam al-Nawawi ini merupakan hasrat Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), jadi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di bawah Menterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) berhasrat memulakannya di peringkat prasekolah," katanya kepada pemberita.
Terdahulu, beliau mewakili Ahmad Zahid pada Majlis Pelancaran Buku Hadis 40 Imam al-Nawawi di Dewan al-Muktafi Billah Shah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini hari ini.
Beliau berkata modul pembelajaran Hadis 40 Imam al-Nawawi juga seiring dengan inisiatif Program Tabika Pra Tahfiz yang telah dilaksanakan KKDW bermula tahun ini.
"Pada Jun ini guru-guru Kemas yang terlibat dengan program Tabika Pra Tahfiz akan menjalani kursus dan latihan...jadi modul pembelajaran Hadis 40 Imam al-Nawawi ini boleh disekalikan dalam program latihan itu," katanya.
Asyraf Wajdi berkata buku yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Kemas dan UniSZA itu berupaya membentuk peribadi, sahsiah dan akhlak dalam diri individu seawal usia kanak-kanak.
"Kalau kita tengok buku Hadis 40 Imam al-Nawawi ini sangat senang difahami kerana ia ringkas dan mudah. Ia bukan soal hafal tetapi untuk dihayati sebagai amalan dalam kehidupan. Saya yakin modul ini boleh dibuat dalam pelbagai bentuk seperti permainan dan nyanyian untuk menarik minat murid prasekolah," katanya.
Asyraf Wajdi turut berhasrat melaksanakan modul pembelajaran Hadis 40 Imam al-Nawawi di lebih 300 institusi pendidikan Mara termasuk Maktab Rendah Sains Mara; GiatMara dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara.
"Esok ada mesyuarat Majlis Mara dan saya akan mencadangkan Majlis Mara untuk terus laksanakan perkara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024

Asyraf Wajdi (tiga, kiri) meneliti buku Hadis 40 Imam Al- Nawawi pada majlis pelancaran buku itu di UniSZa hari ini. - Gambar/ Bernama
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.
Fokus angkat martabat negara, bukan jatuhkan sesiapa - PM
Kata Anwar, peluang bulan Ramadan yang bakal tiba perlu digunakan dengan majlis ilmu untuk memperkasa individu dan masyarakat, dan bukannya diisi dengan tohmahan dan fitnah untuk menjatuhkan mana-mana pihak.
SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan dengan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.
Waspada Akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Menurut Royal Press Office, akaun-akaun palsu tersebut sering digunakan oleh “scammers” untuk tujuan penipuan di laman Facebook dan platform media sosial lain.

Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan untuk mengurangkan pinjaman tidak berbayar (NPL) yang ditanggung agensi itu di bawah paras 30 peratus tahun ini.

Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun
Tempoh lantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) disambung dua tahun lagi berkuat kuasa 1 Mac ini.

Kes saman Dzulkefly terhadap Asyraf Wajdi selesai secara baik
Kes saman difailkan Dr Dzulkefly terhadap Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berhubung hantaran dalam aplikasi X yang didakwa memfitnah Menteri Kesihatan itu selesai secara baik.

Semakan tawaran kemasukan MRSM 2025 diumum Isnin - Pengerusi MARA
Semakan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi 2025 akan diumumkan pada Isnin ini.

Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.

Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.

Mara sasarkan jualan usahawan RM100 juta di MIHAS Dubai
Mara menyasarkan untuk meraih potensi jualan mencecah RM100 juta melalui penyertaan 17 usahawan Program Gate to Global (GTG) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Dubai.

'You touch you go!' - Asyraf Wajdi ingatkan jangan sorok kes buli di MRSM, IPMa
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pengetua terbabit, jika terdapat kes buli yang 'disorokkan'.

Ramli Mohd Nor jadi Orang Asli pertama angkat sumpah ahli MKT UMNO
Jelas beliau, Ramli menjadi Orang Asli pertama yang dilantik sebagai ahli MKT UMNO.

Jangan angkuh, bongkak dengan kemenangan di DUN Mahkota - MKT UMNO
MKT juga berpandangan kemenangan di DUN Mahkota memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menerima baik model kerjasama Kerajaan Perpaduan.