Sebuah pusat jagaan anak yatim persendirian di Bachok di Kelantan yang beroperasi secara haram didakwa mengabaikan 36 penghuninya, sehingga ada yang mendakwa mereka dibiar kelaparan, terabai dan dianiaya.
Difahamkan, penghuni pusat jagaan itu yang berusia antara tujuh hingga 18 tahun terdiri dari anak-anak yang kehilangan ibu bapa, menjadi mangsa perceraian, miskin, kurang upaya dan penghidap HIV.
Pusat jagaan itu dikatakan beroperasi menggunakan dana amanah seorang dermawan yang sudah meninggal dunia dan kini diuruskan pula oleh seorang individu bergelar ustaz.
Anak-anak ini cuba mencari perlindungan di pusat itu, namun wujud dakwaan ada dalam kalangan mereka yang menjadi mangsa penderaan fizikal sehingga ada yang memilih untuk melarikan diri.
Menurut seorang penghuni, mereka diberi makan tiga kali sehari bermula dengan sarapan sama ada dengan mee goreng atau sekadar minuman milo.
Ini disusuli makan tengah hari pula iaitu sekitar 2.30 petang dengan menu biasa sama ada nasi dengan semangkuk sup atau tomyam sementara menanti makan malam pada jam 9.30 malam.
Minum petang atau minum malam dikatakan tidak pernah disediakan sehingga mereka terpaksa menahan lapar.
“Makan tiga kali sehari iaitu pagi, petang dan malam bersama air manis sekali. Tidak boleh (minta) sebab ustaz garang, kena pukul, pulas telinga dan tampar,” kata salah seorang anak yatim.
Kata mereka lagi, pernah berlaku dimana pelajar terpaksa memecah setor makanan kerana kelaparan di sebelah malam sekali gus mencetuskan persoalan apakah nasib anak-anak yang memerlukan penjagaan rapi ini.
Pusat ini dikatakan mempunyai dua petugas untuk mengajar Al-Quran dan menguruskan makan minum, namun itu juga dikatakan terabai.
Pendedahan penghuni pusat jagaan itu dibuat sewaktu kunjungan wakil Majlis Belia Kelantan bagi meraikan hari lahir lapan penghuni pusat berkenaan baru-baru ini.
Sementara itu Jabatan Kebajikan Masyarakat ketika dihubungi mengesahkan bahawa pusat jagaan anak yatim berkenaan belum berdaftar dengan jabatan berkenaan walaupun sudah beroperasi selama 10 tahun.
Pusat berkenaan juga sudah beberapa kali dinasihatkan untuk melengkapkan permohonan pendaftaran.
Jabatan Kebajikan Daerah bagaimanapun berkata mereka tidak mengetahui sebarang salah laku di pusat berkenaan sebagaimana yang didakwa.
Muhafandi Muhamad
Thu Mar 02 2017

Difahamkan, penghuni pusat jagaan itu yang berusia antara tujuh hingga 18 tahun terdiri dari anak-anak yang kehilangan ibu bapa, menjadi mangsa perceraian, miskin, kurang upaya dan pengidap HIV. - Foto Astro AWANI

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama
Seorang datuk lemas ketika menyelamatkan dua cucu yang dihanyutkan ombak di Pantai Irama di sini, pada Sabtu.

Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok
Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang tadi.

Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.

Polis rampas tiga jenis burung bernilai RM40,000
Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas tiga jenis burung yang disimpan tanpa kebenaran bernilai hampir RM40,000 di Kampung Dusun Durian, Tawang, Bachok hari ini.

Buruh mengaku salah rompak gelang emas guna pencakar tanah
Seorang buruh mengaku bersalah atas pertuduhan merompak seutas gelang emas milik seorang wanita di Bachok dengan bersenjatakan besi pencakar tanah.

Lelaki ditemukan lemas di Bachok
Seorang lelaki berusia 47 tahun ditemukan lemas di dalam sungai dekat Padang Melintang, hari ini.

Guru bahasa Arab maut dalam kemalangan di Bachok
Seorang guru bahasa Arab wanita maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kampung Kubang Telaga, Bachok, pada kira-kira 2 petang tadi.

Tiga nelayan Kuala Kemasin dikhuatiri hilang
Tiga nelayan yang keluar memukat ikan di Kuala Kemasin di Bachok, dikhuatiri hilang sejak 3 pagi semalam dipercayai selepas berlakunya ribut dan kabus tebal.

Lima sekeluarga ditahan kerana miliki pistol, dadah
Lima sekeluarga termasuk dua pelajar sekolah ditahan kerana memiliki dadah dan sepucuk pistol dalam serbuan di Kampung Takang, Tawang, Bachok.

Dulu ligat di padang, kini mentor perternakan lembu sado
Tiga tahun lalu, Mohd Zulkifli Ali tanpa sebarang ilmu khusus mula menternak tujuh ekor lembu baka Kedah-Kelantan (lembu KK).