KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon popular 70-an Hail Amir menyifatkan pengurniaan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) kepadanya yang membawa gelaran Datuk, merupakan satu pengiktirafan terindah sepanjang lebih 50 tahun menghambakan diri dalam dunia seni tanah air.
Beliau yang popular dengan lagu "Wajah Kesayangan Hamba" itu berkata kurniaan tersebut adalah satu penghargaan dan ingin berkongsi kegembiraan dengan peminat setianya selama ini.
"Saya rasa amat terharu dengan penganugerahan ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang masih mengingati dan meminati insan bernama Hail Amir ini," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Karier seni Hail bermula sebagai penari kebudayaan di Badan Budaya di bawah Kementerian Belia dan Sukan pada awal 70-an.
Beliau kemudian ditawarkan watak utama dalam filem pertamanya "Jiwa Remaja" di samping Uji Rashid dan Datuk Yusof Haslam. Antara filem lain yang dilakonkannya ialah "Menanti Hari Esok", "Ribut Barat" dan "Anita Dunia Ajaib".
Bakat beliau dalam bidang seni suara pula dikesan oleh komposer terkenal Datuk Ahmad Nawab sehingga lahirnya lagu popular "Wajah Kesayangan Hamba".
Bapa kepada empat cahaya mata berasal dari Pulau Pinang itu kini masih aktif memenuhi undangan nyanyian.
Sepanjang penglibatan dalam dunia seni, Hail telah menghasilkan 12 album selain turut terkenal dengan nyanyian bersama rakan duetnya, Uji Rashid.
Antara lagu popular pasangan duet itu ialah "Menunggu Nasi Minyak", "Antara Matamu dan Mataku", "Asmara Bergelora" dan "Seloka Hari Raya".
Pada istiadat di Istana Negara pagi tadi, Hail bersama 58 individu lain menerima darjah kebesaran PMW yang membawa gelaran "Datuk" sempena Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2022.
Turut menerima PNW ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad, atlet lompat jauh paralimpik negara Abdul Latif Romly dan bekas atlet terjun negara Leong Mun Yee.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 08 2022

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) membawa gelaran Datuk kepada penyanyi tersohor tanah air Datuk Abdul Hail Amir. - Foto BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

“Sempat nyanyi Encik Hail jangan marah… dia senyum”- Uji Rashid
Uji Rashid anggap Hail Amir bukan sekadar sahabat, tetapi juga sudah seperti abang sendiri.

Jenazah Hail Amir selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Datuk Hail Amir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana di sini, pada jam 11 pagi tadi.

Tarmimi pasti merindui gurauan Hail Amir
Allahyarham Hail Amir yang dikenali sejak zaman bujang seorang yang disayangi ramai sahabat, kongsi Ahmad Tarmimi.

“Arwah Hail Amir mesra orangnya, mudah berkawan” - Chuari Selamat
Suatu hal yang istimewa mengenai Hail Amir ialah beliau tidak pernah sesekali lupa menghargai komposer dan penulis lirik, kata Chuari.

Pertemuan bersama Hail di HKL detik terakhir - Salwa
Salwa berkata walaupun hadir pada bukan waktu melawat, beliau bersyukur urusan untuk melawat Hail telah dipermudah.

Malaysia kehilangan seorang lagi permata seni - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Datuk Hail Amir yang meninggal dunia hari ini.

PM ucap takziah kepada keluarga Hail Amir
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga penyanyi dan pelakon veteran Datuk Hail Amir yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Pengiktirafan terindah sepanjang lebih 50 tahun dalam dunia seni - Hail Amir
Datuk Hail Amir berkata kurniaan tersebut adalah satu penghargaan dan ingin berkongsi kegembiraan dengan peminat setianya selama ini.

Susut 30kg sejak hidap penyakit jantung, Hail Amir beransur sihat
Penyanyi veteran, Hail Amir mengalami penurunan berat badan sebanyak 30 kilogram selepas menghadapi masalah jantung sejak tahun lalu.