KUALA LUMPUR: Penglibatan badan korporat dalam program sastera peringkat institusi pendidikan berupaya membantu pembangunan bakat generasi muda dalam bidang berkenaan, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.
Beliau berkata puisi boleh membantu pelajar mencintai bahasa sebagaimana yang diperlihatkan menerusi Sayembara Penulisan dan Deklamasi Puisi Merdeka Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Kebangsaan 2022.
Justeru, Radzi merakamkan penghargaan kepada Kumpulan UMW selaku penaja sayembara yang julung kali diadakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) dan DBP.
"Kementerian akan menimbangkan untuk meluaskan program ini ke peringkat daerah dan negeri supaya lebih ramai pelajar berpeluang menyertainya," katanya pada majlis penutupan sayembara berkenaan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini pada Rabu.
Sementara itu, Pengerusi Kumpulan UMW Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata UMW berharap penglibatan dalam program itu akan dapat menyuburkan semangat cintakan negara, memelihara seni puisi dan melahirkan insan berbudaya, selain mempunyai kekuatan dalaman serta jati diri.
Dalam pada itu, puisi tulisan Aisyah Noor Balqis Muhammad Asri dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tasik, Cheras muncul johan kategori pelajar tingkatan tiga hingga tingkatan lima, manakala puisi karya Nur Zara Sofia Zakaria dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tasik menjuarai kategori tahun empat hingga tingkatan dua.
Bagi deklamasi puisi pula, Muhammad Rejab Mamor dari Maahad Tahfiz Al-Quran dan Akademik Bakip, Ipoh, Perak muncul juara kategori tingkatan tiga hingga tingkatan lima, sementara Putri Kaleisha Qistina Kamaruddin dari SK Lok Yuk Inanam, Kota Kinabalu, Sabah menjadi juara ketegori tahun empat hingga tingkatan dua
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 21 2022

Radzi berkata puisi boleh membantu pelajar mencintai bahasa sebagaimana yang diperlihatkan menerusi Sayembara Penulisan dan Deklamasi Puisi Merdeka Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Kebangsaan 2022. - Gambar fail/BERNAMA

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Penglibatan korporat dalam program sastera bantu bangunkan bakat generasi muda - Radzi
Penglibatan badan korporat dalam program sastera peringkat institusi pendidikan berupaya membantu pembangunan bakat generasi muda dalam bidang berkenaan.