Angka korban akibat gempa bumi dan tsunami di bandar Palu kini melebihi 400 orang.
Usaha mencari dan menyelamat mangsa diteruskan selepas lapangan terbang kini mula dibuka untuk tujuan menyelamat dan menghantar barangan bantuan.
Namun, ada satu nama yang menjadi bualan dan ingatan di seluruh Nusantara, Anthonius Gunawan Agung.
Anak muda berusia 21 tahun telah terkorban ketika gegaran melanda yang mengakibatkan sebahagian menara kawalan trafik udara runtuh.
Ketika kejadian, Agung yang bertugas sebagai pegawai kawalan trafik udara di Lapangan Terbang Al Jufri, Palu, baru sahaja menyelesaikan tugasnya melepaskan pesawat Batik Air dengan nombor penerbangan ID 6231.
BACA: Angka kematian susulan tsunami di Indonesia terus meningkat
Terdahulu, Agung dikatakan berkeras untuk terus berada di menara kawalan trafik setinggi empat tingkat bagi memberi panduan kepada juruterbang ke landasan yang betul dan berlepas dengan selamat biarpun gegaran sedang berlaku.
Menurut juruterbang menerusi akaun Instagram @icoze_ricochet , tindakan Agung dianggap sebagai hero yang sanggup berkorban menyelamatkan ratusan nyawa.
"Batik 6231 runway 33 clear for take off," itu ayat terakhir Agung kepada juruterbang sebelum terjun keluar yang menyebabkannya patah kaki dan bahu.
"Saya membalasnya dengan mengucapkan terima kasih sehingga pesawat boleh berlepas dengan selamat," tulisnya.
Bagi netizen, tindakan itu membuktikan Agung melakukan kerjanya dengan penuh komitmen dan tanggungjawab.
Hilal Azmi
Sun Sep 30 2018
Anthonius Gunawan Agung terus dikenang di seluruh dunia. - Foto Twitter/@AirNav_Official
AWANI Ringkas: Kawalan sempadan Malaysia-Thailand diperkukuh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kes tembak: Seorang maut, empat cedera di Morib
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Aktiviti pengambilan untung yang berterusan untuk hari kedua berturut-turut mengasak Bursa Malaysia untuk ditutup rendah hari ini.
AWANI 7:45 [24/1/2025] – Diskaun tol 50 peratus| Penganjur himpunan belum penuhi syarat| Guna logo halal tanpa kelulusan| Apa solusi untuk dunia?
Laporan berita padat dan ringkas AWANI:745 bersama Irfan Faruqi
1. Anwar tiada masalah himpunan benci rasuah, tapi hairan sasar pentadbirannya
2. Diskaun tol dua hari sempena Tahun Baharu Cina
3. Harith Iskander dipanggil beri keterangan kes hina Islam terkait isu ham
4. Forum Ekonomi Dunia labuh tirai, apa solusi hadapi konflik dunia?
1. Anwar tiada masalah himpunan benci rasuah, tapi hairan sasar pentadbirannya
2. Diskaun tol dua hari sempena Tahun Baharu Cina
3. Harith Iskander dipanggil beri keterangan kes hina Islam terkait isu ham
4. Forum Ekonomi Dunia labuh tirai, apa solusi hadapi konflik dunia?
IOFS hantar konvoi bantuan pertama ke Gaza tangani krisis makanan
IOFS telah menghantar konvoi bantuan pertama menerusi "Program Tepung untuk Kemanusiaan" ke Gaza pada Isnin (20 Jan), membekalkan 200 tan tepung gandum untuk menangani kekurangan makanan kritikal.
Dialog Anak Muda: Sediakan modal insan kalis masa depan, bukan perkenal subjek baharu – Ketua Putera MIC
Ketua Putera MIC Kebangsaan dan mantan Ahli Parlimen Belia Malaysia, Dr. Shatesh Kumar Sangar berkata pembangunan modal insan yang bersedia untuk berdepan dengan cabaran masa depan adalah lebih mustahak daripada memperkenalkan subjek baharu dalam sistem pendidikan. Jelasnya, belia perlu mempunyai kelebihan beradaptasi dengan pantas mengikut trend industri semasa. #DialogAnakMuda
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 24 Januari 2025
1️⃣ Kes tembak: Seorang maut, empat cedera di Morib
2️⃣ Tindakan tegas jika gagal penilaian deep - KPPA
3️⃣ Empat nama tebusan diserahkan pada Jumaat
#awaniringkas
1️⃣ Kes tembak: Seorang maut, empat cedera di Morib
2️⃣ Tindakan tegas jika gagal penilaian deep - KPPA
3️⃣ Empat nama tebusan diserahkan pada Jumaat
#awaniringkas
KDN jadi pemudah cara perhimpunan antirasuah esok - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bertindak sebagai pemudah cara untuk memastikan kelancaran perhimpunan antirasuah yang dijadualkan berlangsung esok di Kuala Lumpur.
Trump 'berlembut' isu tarif China, ringgit cecah paras tertinggi bagi hampir tiga bulan
Ringgit mencecah paras tertinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh hampir tiga bulan pada akhir urus niaga Jumaat.
KKM pantau limau mandarin
Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan pemantauan khas ke atas limau mandarin yang diimport sempena musim perayaan di kesemua 70 pintu masuk negara bermula November lepas.
Pengorbanan Agung jadi inspirasi dunia
Nama Anthonius Gunawan Agung terus jadi bualan dan inspirasi seluruh Nusantara.