Penguasaan bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik amat penting bagi memastikan negara tidak ketinggalan dalam bidang sains terkini.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata jika bahasa tersebut tidak dikuasai sepenuhnya, negara juga tidak dapat membangun dengan pesat, terutama dari segi ekonomi.
"Pada masa kini, bahasa Inggeris menjadi bahasa antarabangsa yang penting dan kebanyakan ilmunya datang kepada kita dalam bahasa Inggeris," katanya ketika berucap pada majlis makan malam Tiga Dekad Alumni Sekolah Menengah Sains Muar (SAMURA) di sini, Sabtu.
Dr Mahathir berkata beliau "bukan tidak ada perasaan kebangsaan atau menyisihkan bahasa Melayu tetapi ini adalah hakikat yang harus kita terima bahawa untuk menguasai kedua-dua subjek penting tersebut, kita haruslah menguasai bahasa Inggeris."
Beliau juga berkata penguasaan yang baik dalam bahasa antarabangsa itu juga penting dalam menjamin pekerjaan yang baik.
Pada majlis itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbankan RHB Datuk Khairussaleh Ramli, bekas pelajar sekolah itu pilih sebagai Ikon Tiga Dekad SAMURA.
Bernama
Sun Nov 22 2015
Beliau juga berkata penguasaan yang baik dalam bahasa antarabangsa itu juga penting dalam menjamin pekerjaan yang baik. - Gambar Fail
Apakah langkah kerajaan menangani krisis demografik? - Mohd Shahar
Ahli Parlimen Paya Besar berkongsi kebimbangan akan datang wujud krisis demografik disebabkan kesihatan mental wanita yang semakin merosot dan wujud golongan yang menyokong child-free.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Soon Huat-Shevon berlatih di ABM
Beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie akan menyertai kem latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
EPL: Asensio, Disasi ikut langkah Rashford ke Aston Villa
Aston Villa membawa masuk pemain tengah Paris Saint-Germain, Marco Asensio dan pertahanan Chelsea, Axel Disasi secara pinjaman.
Isu Harith Iskander, Cecilia: Polis akan hantar kertas siasatan ke DPP secepat mungkin - KPN
Kertas siasatan membabitkan pelawak Harith Iskander dan Cecilia Yap Song berhubung kes menghina Islam akan dihantar ke pihak pendakwa raya secepat mungkin.
Zambry sahkan terima surat peletakan jawatan Naib Canselor UKM
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Mohd Ekhwan Toriman.
Guru didakwa lakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki
Seorang guru didakwa lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua pelajar lelakinya pada tahun 2023.
Zayn Rayyan: 25 Feb dengar hujah notis usul batal pertuduhan
Mahkamah Tinggi menetapkan 25 Feb ini bagi mendengar hujahan berhubung notis usul difailkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin untuk membatalkan pertuduhan.
Agong terima menghadap Panglima Angkatan Tentera
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar di Istana Negara hari ini.
Thaipusam: Penumpang komuter Lembah Klang nikmati tambang percuma dua hari
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari sempena Thaipusam bermula 10 Feb.
Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.
PM Anwar mahu KPM beri penekanan penguasaan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris
Perdana Menteri mahu KPM memberikan penekanan terhadap penguasaan tiga subjek utama pendidikan iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Ramai warga Malaysia lupa bahasa ibunda, cenderung berbahasa Inggeris - Warga Jerman
Michael Luebke gusar dengan segelintir masyarakat Malaysia yang dilihat kurang menjunjung budaya dan identiti mereka.
Kamus Braille dwibahasa, bantu OKU penglihatan pelajari bahasa
Kamus Braille dwibahasa yang pertama di negara itu, bakal memberi manfaat kepada golongan OKU penglihatan dan guru-guru yang mengajarnya.
Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Pendirian ini adalah mengikut Perlembagaan Sarawak yang mana kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.
Tok Pa lancar kelas tuisyen bahasa Inggeris untuk anak-anak Jeli
Sebagai permulaan, seramai 180 orang pelajar sekolah rendah membabitkan 21 buah sekolah dari Tanah Merah dan Jeli akan mengikuti kelas tambahan bermula esok.
Memahami proses pemilihan pinjaman bahasa - DBP
Terdapat sebuah jawatankuasa di DBP yang bertanggungjawab dalam mencari setiap istilah atau perkataan baharu dalam bahasa Melayu.
Keperibadian Tan Sri Arshad jadikan Melayu sedia kuasai bahasa Inggeris - Sultan Perak
Titah baginda, ia termasuk kaedah pengajaran yang dapat memberikan nilai tambah dan membantu penguasaan ilmu.
Empat tahun tewas akibat gugup, Mohd Arfaizal akhirnya muncul juara pidato
Pegawai di Jabatan Operasi Kredit Bank Muamalat Malaysia Bhd itu mengakui musuh utamanya sepanjang penyertaan dalam pidato adalah gugup pentas.
NUTP tidak setuju guru Bahasa Inggeris duduki MUET
Sehubungan itu pihaknya merayu campur tangan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan memperbetulkan keadaan yang disifatkan semakin menekan dan membebankan guru-guru Bahasa Inggeris dalam negara.
Pelaksanaan 'PPSMI baharu' dikhuatiri wujudkan dualisme pemikiran
Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr. Mohd Ali Hassan khuatir akan wujud dua kelompok yang berbeza daya fikir mengikut bahasa.