KUCHING:Kerajaan negeri dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan memperhalusi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) melibatkan penguatkuasaan di rumah panjang.
Menurut Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, pihaknya akan bermesyuarat esok bagi memutuskan beberapa perkara sebagai langkah efektif dalam menangani penularan wabak COVID-19 di rumah-rumah panjang.
Ujarnya, kerahan anggota penguat kuasa melibatkan kawasan itu akan ditambah. Ini kerana penugasan tiga ke empat anggota ketika ini disifatkan tidak mencukupi.
"Jadi kita lihat dari segi penguatkuasaan pegawai dari Polis Diraja Malaysia (PDRM, anggota RELA, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini hanya terdiri dari tiga ke empat anggota. Cuma jumlah ini yang menjaga sebuah rumah panjang.
"Kita merasakan ia tidak mencukupi. Jadi pada esok (Jumaat) kita akan bermesyuarat bagi menggariskan penguatkuasaan yang lebih efektif dan berkesan," ujarnya dalam sidang media JPBN Sarawak pada Khamis.
Jelas beliau lagi, tindakan proaktif ini diambil susulan peningkatan kes di kawasan rumah panjang sejak kebelakangan ini.
Justeru, beliau dalam masa yang sama mahu penduduk memberikan kerjasama yang sewajarnya selaras dengan arahan dikeluarkan oleh JPBN Sarawak.
"Jadi nasihat saya kepada anda yang berada di rumah panjang, terutama yang telah dikenakan sekatan pergerakan, jangan keluar. Tidak perlu keluar membeli makanan kerana sudah ada program yang diatur untuk menghantar makanan kepada anda.
"Di rumah panjang, jangan berkumpul. Anda (penduduk) sepatutnya berada di rumah masing-masing. Kalau terdapat satu individu yang positif, ia boleh berjangkit," pesan beliau.
Maklumnya melalui sidang media yang sama, Sarawak pada hari ini mencatat penambahan 270 kes positif COVID-19. Daerah Sibu kekal mencatat angka tertinggi iaitu 79 kes diikuti Beluru dengan 74 kes.
Manakala, di 23 kes dicatatkan di Bintulu, (17) Miri, (15) Sri Aman, (12) Matu, (10) Selangau, (6) Julau, lima masing-masing di Kanowit dan Lundu.
Sementara bakinya, empat kes dicatatkan di Bau dan Kapit. Dalat dan Meradong tiga kes, Kuching, Sarikei, Song, Tatau dua kes dan selebihnya satu di Sebauh dan Lawas.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mahu ketua masyarakat di rumah-rumah panjang memainkan peranan dalam memastikan penduduk sentiasa berdisiplin terutama ketika menjalankan rutin harian.
"Susulan peningkatan kes di daerah Beluru, kita berharap penduduk akan memberikan kerjasama. Kita memahami budaya (di rumah panjang).
"Tetapi ketika ini yang menjadi keutamaan adalah untuk terus berdisiplin, kerana wabak ini boleh menular," tegasnya.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah bersetuju menambah aset bagi kegunaan pihak penguat kuasa.
Ini termasuk dengan membekalkan dron dan kenderaan bagi memudahkan operasi penguatkuasa dalam menangani COVID-19.
"Kerajaan negeri bersetuju membantu dari sudut pertambahan aset termasuk dron dan kenderaan supaya mereka dapat berhubung dengan cepat mengenai masalah yang berpunca dari wabak tersebut," kata beliau dalam majlis berasingan iaitu pada taklimat pengurusan Bencana Bahagian Miri pada Khamis.
Astro Awani
Thu Feb 04 2021

Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak memantau ketat perkembangan COVID-19 melibatkan kawasan rumah panjang di negeri itu dan akan menambah baik tahap pengurusannya sebagai langkah menangani virus COVID-19. -Gambar Hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Penguatkuasaan di rumah panjang di Sarawak akan diperhalusi, esok - Uggah
Pihak JPBN Sarawak akan bermesyuarat esok bagi memutuskan beberapa perkara susulan peningkatan kes melibatkan kawasan rumah panjang.