Penguatkuasaan yang lebih bersepadu dan efisien oleh polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah penting dalam mengekang kemalangan jalan raya melibatkan kanak-kanak yang menggunakan basikal lajak yang sehingga kini telah meragut beberapa nyawa kanak-kanak terlibat.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata penguatkuasaan penting bagi memastikan penggunaan basikal lajak itu tidak dilakukan di kawasan yang sesak dengan lalu lintas.
"Selain itu, saya berpendapat bahawa semua pihak mempunyai tanggungjawab dalam menangani isu ini, di mana ibu bapa terutamanya hendaklah sentiasa memantau pergerakan dan aktiviti anak masing-masing.
"Dari segi undang-undang, memang tiada peraturan untuk menghukum ibu bapa yang tidak memantau aktiviti anak-anak mereka... kita belum sampai ke tahap itu.
"Meskipun tiada undang-undang sedemikian tetapi ia merupakan tanggungjawab ibu bapa untuk menjaga dan memantau anak-anak mereka," katanya kepada pemberita pada seminar 'Keselamatan Jalan Raya Asia Pasifik 2019' di sini pada Selasa.
Loke berkata demikian mengulas video yang tular di media sosial baru-baru ini menunjukkan sekumpulan kanak-kanak bermain basikal lajak di jalan raya.
Perbuatan yang dipercayai berlaku di Ampang itu dirakam oleh pemandu teksi yang kebetulan melalui jalan berkenaan.
BACA: Padah beraksi ala Superman, geng basikal lajak Kajang ditahan
BACA: Nahas 8 remaja berbasikal: Jurujual dibebas, dilepas tuduhan memandu melulu
Sementara itu, Loke berkata kerajaan juga bercadang mewujudkan lebih banyak laluan khas khusus untuk motosikal pada masa akan datang serta mempertingkatkan reka bentuknya bagi memastikan keselamatan penunggang motosikal.
"Kerajaan akan berbincang dengan Miros (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia) dan JKJR (Jabatan Keselamatan Jalan Raya) kerana ia melibatkan dua jabatan ini terutama dalam isu penyelenggaraan selain ingin mendapatkan pandangan mengenai strategi terbaik yang boleh dilakukan dalam usaha mewujudkan laluan khas motosikal," katanya.
BACA: JKJR berhasrat tingkatkan kualiti laluan khas motosikal
BACA: Miros cadang laluan khas untuk motosikal
Loke berkata pembinaan laluan motosikal itu juga adalah antara perkara yang akan dikemukakan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).
Seminar yang berlangsung selama dua hari itu menghimpunkan pakar-pakar keselamatan jalan raya bagi membincangkan langkah-langkah innovatif menangani kemalangan jalan raya sehingga meragut nyawa masyarakat global melibatkan umur lima hingga 29 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 29 2019

Semua pihak bertanggungjawab dalam menangani isu basikal lajak, di mana ibu bapa terutamanya hendaklah sentiasa memantau pergerakan dan aktiviti anak masing-masing. - Gambar hiasan

Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Singapura berdepan cabaran ekonomi global yang kompleks, tetapi kerajaan bertekad untuk terus menyokong rakyat.

Paus Francis alami dua ‘kegagalan pernafasan akut’, sudah sedar dan sedang berehat - Vatican
Awal pagi Isnin, Paus Francis menjalani dua prosedur bronkoskopi dan doktor telah mengeluarkan lendir yang terkumpul.

MNKT lulus garis panduan perancangan bandar rendah karbon
Garis panduan itu akan menjadi dokumen penting dalam perancangan bandar serta membantu aspirasi negara mencapai status GHG Sifar Bersih menjelang 2050.
Lebih 35,000 kes penipuan direkod tahun lepas, rugi RM1.6 bilion
Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion.
Perlu ada 30 peratus wakil wanita di peringkat DUN, Parlimen
Sementara itu, pengarah negara bagi Westminster Foundation for Democracy (WFD) di Malaysia, Ooi Kok Hin berpendapat perwakilan wanita dalam politik memerlukan inisiatif yang lebih konkrit dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Negara memerlukan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam politik bagi memastikan suara serta kepentingan mereka diwakili secara lebih menyeluruh dalam proses pentadbiran dan pembuatan dasar.

Trump kritik Zelenskyy keluar ‘kenyataan terburuk’ mengenai perang Ukraine
"Ini adalah kenyataan terburuk yang boleh dibuat oleh Zelenskyy dan Amerika tidak akan bertolak ansur dengannya lebih lama lagi!"
Menang Oscar, Pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", sebuah dokumentari yang menggambarkan kehidupan di sebuah perkampungan Tebing Barat di bawah pendudukan tentera Israel dan memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Dokumentari Terbaik ke-97 pada Ahad, menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Seorang maut, beberapa individu cedera dirempuh kereta
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa orang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di bandar Mannheim pada Isnin.
Trump akan maklum mengenai perbincangan galian Ukraine
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan memberikan maklumat terkini mengenai perjanjian galian Ukraine pada Selasa.

Penguatkuasaan lebih bersepadu oleh polis, JPJ kekang kemalangan basikal lajak
Penguatkuasaan penting bagi memastikan penggunaan basikal lajak tidak dilakukan di kawasan yang sesak dengan lalu lintas.