PENGUATKUASAAN tegas perlu diambil oleh semua agensi yang berkaitan bagi melindungi alam sekitar dalam negara kita. Ini susulan pendedahan pelbagai isu yang berkaitan dengan beberapa insiden pencemaran yang berlaku di dalam negara kita semenjak kebelakangan ini seperti seperti pencemaran bahan kimia yang berlaku di Pasir Gudang, Johor sehingga menjejaskan kesihatan para penduduk di sana khususnya pelajar sekolah serta pencemaran yang berterusan berlaku di kawasan tanah tinggi seperti di kawasan tanah tinggi Cameron Highland, Pahang sehingga mencemarkan keadaan sungai di sana.
Isu pencemaran alam sekitar ini tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak kerana kesan negatif yang berpanjangan yang boleh dibawa melaluinya seperti kesan buruk terhadap tahap kesihatan manusia sekeliling, kesan buruk terhadap haiwan-haiwan, kesan buruk terhadap keadaan tanah, kesan buruk terhadap udara, kesan buruk terhadap kualiti air dan lain-lain lagi. Sekiranya kegiatan pencemaran tidak dibendung dari sekarang, pencemaran yang berlaku ini boleh juga menjejaskan reputasi negara kita di mata masyarakat antarabangsa. Adalah penting supaya proses penguatkuasaan terhadap undang–undang sedia ada diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah melakukan sebarang aktiviti yang boleh menjerumus kepada proses pencemaran sama ada pencemaran tanah, pencemaran udara ataupun pencemaran air.
Antara undang-undang perlindungan alam sekitar yang paling penting yang perlu digunakan bagi melindungi alam sekitar dalam negara kita serta yang perlu digunakan secara tegas bagi membawa yang pihak-pihak didapati bertanggungjawab melakukan sebarang kegiatan yang boleh membawa kepada pencemaran ialah melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127]. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] merupakan suatu akta berhubung dengan mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan membaiki alam sekeliling dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya. Ia telah dikuatkuasakan pada 15 April 1975 dan sejak itu ia telah mengalami beberapa proses pindaan.
Proses penguatkuasaan akan diambil oleh agensi yang berkaitan khususnya oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC). Fungsi utama Jabatan Alam Sekitar (JAS) adalah untuk mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan memperbaiki alam sekeliling, selaras dengan maksud Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [127] dan peraturan-peraturan yang ada di bawahnya. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] memperuntukkan lima perkara yang menjadi tumpuan utama iaitu pencemaran udara, pencemaran bunyi bising, pencemaran air, pencemaran tanah serta kawalan buangan terjadual. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] juga menetapkan syarat-syarat atau kadar, bilangan, jumlah serta kekerapan pelepasan bahan-bahan cemar sebelum sesuatu lesen dikeluarkan. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] juga menetapkan syarat untuk mendapat kebenaran pihak berkuasa yang berkaitan sebelum sesuatu aktiviti dilakukan.
Mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127], mana-mana orang terlibat secara langsung dengan sebarang aktiviti yang mencemarkan persekitaran yang berlawanan dengan segala peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] ini, jika disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan dengan hukuman yang keras. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] juga melibatkan konsep tanggungan pendudukan dan tanggungan beralih. Melalui kedua-dua proses tanggungan ini terdapat kemungkinan pihak yang terlibat secara tidak langsung terhadap proses pencemaran juga boleh dipertanggungjawabkan bersama terhadap kegiatan pencemaran yang berlaku.
Selain memiliki satu bentuk peruntukan undang-undang, proses penguatkuasaan juga memainkan peranan yang cukup penting. Tanpa adanya proses penguatkuasaan yang mantap, sebarang jenis peruntukan undang-undang yang telah disediakan akan menjadi sia-sia belaka. Proses penilaian perlu dilakukan terhadap semua agensi penguatkuasaan yang berkaitan bagi memastikan segala fungsi dan tugas hakiki mereka dalam melindungi alam sekitar dalam negara kita telah dilaksanakan dengan baik. Memandangkan keadaan muka bumi negara kita yang luas, pihak kerajaan perlu memastikan agensi penguatkuasaan yang berkaitan memiliki jumlah pegawai penguatkuasa yang mencukupi bagi memudahkan mereka menjalankan segala fungsi dan peranan mereka sebagai sebuah agensi penguatkuasa yang lebih berkesan. Pihak agensi penguatkuasa yang terlibat perlu juga memastikan mereka memiliki pegawai penguatkuasa yang benar-benar mahir dalam membendung masalah pencemaran yang boleh berlaku dalam negara kita.
Setiap kerajaan negeri perlu mengetepikan segala perbezaan politik yang ada pada mereka serta perlu menjalinkan kerjasama erat dengan kerajaan pusat bagi memastikan sebarang jenis pencemaran tidak berlaku pada skala yang serius dalam negara kita. Semua pihak harus memberi keutamaan kepada kebajikan serta kesihatan rakyat dalam usaha untuk membendung pencemaran. Pendidikan berterusan harus diberikan kepada semua pihak mengenai kepentingan untuk menjaga alam sekitar. Kerjasama semua pihak adalah penting dalam memastikan alam sekitar dalam negara kita berada dalam keadaan yang baik serta tidak membawa bahaya kepada mana-mana pihak.
* Dr Muzaffar Syah Mallow, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
** Pandangan yang diutarakan dalam artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak berkaitan dengan Astro AWANI.
Muzaffar Syah Mallow
Wed Mar 13 2019
![Penguatkuasaan tegas perlu diambil lindungi alam sekitar Penguatkuasaan tegas perlu diambil lindungi alam sekitar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/71552360549_sungai.jpg)
Penting supaya proses penguatkuasaan terhadap undang-undang sedia ada diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah melakukan sebarang aktiviti yang boleh menjerumus kepada proses pencemaran. - Gambar hiasan
![Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739954467_TBKRITIKALGULAKENYAL.jpg)
Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.
![Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024 Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.
![Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739950800_indonesia.jpg)
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.
![Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734388703_Prabowo.jpg)
Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tingghi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.
![Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728964477_HafizulHawari.jpg)
Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.
![Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739952443_ZalihabintiMustafa.jpg)
Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
![Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739268563_PaperStraw.jpg)
Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump "mengisytiharkan perang" terhadap straw kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Sabah perkasa industri pelancongan melalui pemeliharaan warisan budaya, alam sekitar Sabah perkasa industri pelancongan melalui pemeliharaan warisan budaya, alam sekitar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719157425_TBhajijiNoor.jpg)
Sabah perkasa industri pelancongan melalui pemeliharaan warisan budaya, alam sekitar
Kerajaan Sabah akan mempergiatkan usaha menambah baik pemeliharaan warisan budaya dan pengurusan alam sekitar bagi memacu dan memperkasakan industri pelancongan di negeri ini.
![Malaysia akan suaikan diri kepada perubahan global - Nik Nazmi Malaysia akan suaikan diri kepada perubahan global - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737459192_TBNikNazmi.jpg)
Malaysia akan suaikan diri kepada perubahan global - Nik Nazmi
Keutamaan Malaysia adalah untuk memupuk kerjasama multinasional khususnya dalam berkaitan iklim dan kemampanan alam sekitar.
![Cadangan hentikan penggunaan asbestos sepenuhnya sedang diperhalus - Nik Nazmi Cadangan hentikan penggunaan asbestos sepenuhnya sedang diperhalus - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736595415_NikNazmiNikAhmad.jpg)
Cadangan hentikan penggunaan asbestos sepenuhnya sedang diperhalus - Nik Nazmi
Ketika ini Jabatan Alam Sekitar sedang menerbitkan kajian berhubung penggunaan asbestos dan kesannya kepada alam sekitar dan kesihatan.
![Masa terbaik bakat mahir teknologi pulang ke Malaysia - Chang Masa terbaik bakat mahir teknologi pulang ke Malaysia - Chang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736432117_ChangLihKang.jpg)
Masa terbaik bakat mahir teknologi pulang ke Malaysia - Chang
Peluang hasil peralihan negara ke arah industri yang bernilai lebih tinggi menjadikan kini masa terbaik untuk bakat teknologi pulang.
![Sarawak tidak anggap lombong REE sebagai industri utama negeri Sarawak tidak anggap lombong REE sebagai industri utama negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735562573_TBJOHARITUN.jpg)
Sarawak tidak anggap lombong REE sebagai industri utama negeri
Industri perlombongan REE boleh beri kesan negatif kepada alam sekitar, sekali gus bertentangan dengan matlamat kerajaan negeri.
![190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017 190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734268215_RajaSharuddinRashi.jpg)
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
![Peranan minyak sawit seperti wira, kata ahli akademik AS Peranan minyak sawit seperti wira, kata ahli akademik AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678119207_TBisirung.jpg)
Peranan minyak sawit seperti wira, kata ahli akademik AS
Kemajuan yang beterusan dalam amalan kemampanan membolehkan minyak sawit memberi sumbangan bermakna kepada matlamat kesihatan global.
![Tomyan Kung Thailand tersenarai dalam Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO Tomyan Kung Thailand tersenarai dalam Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41616556245_TomYamKung.jpg)
Tomyan Kung Thailand tersenarai dalam Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO
Hidangan terkenal Thailand, Tomyam Kung kini tersenarai dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan oleh UNESCO.
![Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732268027_plastikjepun.jpg)
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.