BUKIT GANTANG: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad menegaskan sebarang tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana kumpulan ajaran sesat adalah tertakluk di bawah bidang kuasa penuh jabatan agama Islam di peringkat negeri.
Beliau berkata ini kerana masih terdapat masyarakat yang terkeliru dan berpendapat bahawa perkara itu adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Dalam perkara ini (ajaran sesat), kuasa Jakim adalah sebagai penyelaras, jika ada aduan kita akan maklumkan kepada jabatan agama Islam negeri untuk diambil tindakan.
"Selain itu, melalui kerja-kerja penyelarasan ini juga langkah yang dibuat oleh Jakim melibatkan penekanan dalam teks khutbah selain forum-forum perdana yang disebar luas khusus bagi menangani masalah ajaran sesat ini," katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media selepas menghadiri Program Jualan Bantu Rakyat Parlimen Bukit Gantang di Kampung Sungai Tinggi Trong, hari ini.
Beliau berkata pihaknya turut menasihatkan kepada mana-mana individu Muslim yang ingin mendalami ilmu agama supaya mencari guru berlandaskan syariat agar tidak berlaku pemesongan daripada sudut akidah.
"Jangan berguru dengan orang yang kita sendiri pun tidak tahu latar belakangnya. Ada yang ikut mengaji di tempat tersembunyi, bercampur gaul lelaki dan perempuan tanpa menjaga langsung batas pergaulan. Perkara ini saya fikir perlu diteliti agar tidak berlaku perkara yang terlarang," katanya.
Mengulas mengenai program itu, Idris berkata ia dilaksanakan bertujuan membantu meringankan beban masyarakat setempat bagi mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga yang lebih murah daripada pasaran.
Beliau berkata antara barangan keperluan yang dijual adalah seperti beras, gula, tepung, susu, telur, bawang dan sebagainya.
"Program ini kali ketiga kita laksanakan di kawasan ini dan pemotongan harga sebanyak 15 peratus kita berikan kepada masyarakat setempat yang berminat untuk mendapatkan barangan keperluan harian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 21 2022

Idris berkata, masih terdapat masyarakat yang terkeliru dan berpendapat bahawa perkara itu adalah di bawah tanggungjawab Jakim. - Gambar fail
Kabinet Arab Saudi sokong resolusi pembinaan semula Gaza
Agensi Berita Arab Saudi melaporkan bahawa dalam mesyuarat Kabinet di Riyadh pada Selasa, Kabinet menegaskan penolakan sidang kemuncak itu terhadap pemindahan paksa penduduk Palestin serta gesaannya untuk menamatkan krisis kemanusiaan akibat konflik yang berterusan.
Serangan dron Rusia membunuh seorang individu
Rakaman video yang dikeluarkan perkhidmatan kecemasan tempatan menunjukkan pasukan bomba sedang memadamkan api di kawasan perumahan.
AS bantah rancangan pembinaan semula Gaza oleh pemimpin Arab
Malah, White House mendakwa cadangan semasa pembinaan Gaza, tidak mengambil kira realiti bahawa wilayah tersebut kini tidak boleh didiami.

Wanita Jepun berusia 108 tahun diiktiraf tukang gunting rambut wanita tertua di dunia
Seorang wanita berusia 108 tahun dari timur Jepun secara rasmi diiktiraf pada Rabu oleh Guinness World Records sebagai tukang gunting rambut wanita tertua di dunia.
Queensland siap sedia hadapi taufan pertama dalam tempoh 51 tahun
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berkata kerajaan sedang menyediakan 250,000 beg pasir kepada kerajaan Queensland, selain 80,000 yang telah dihantar oleh tentera.
Colek sajian moreh di Masjid Raudah Sakinah
Penyediaan moreh bukannya suatu kemestian sebaliknya amalan itu bertujuan memupuk semangat maufakat selain membuat amal kebajikan sesama umat Islam.
Pelajar cemerlang B40 terima biasiswa perubatan
Seorang pelajar cemerlang kumpulan berpendapatan rendah terharu selepas menerima biasiswa penuh daripada Universiti Perdana.
PRK Ayer Kuning: PH berperanan sebagai pendukung, pastikan kemenangan BN
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan menyeluruh berhubung kematian individu terbabit masih dikendalikan oleh pihak berkuasa, ketika ini.
Pakatan Harapan (PH) Perak akan memainkan peranan sebagai pendukung kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti.
Pakatan Harapan (PH) Perak akan memainkan peranan sebagai pendukung kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti.
Saya hanya dedahkan perkara sebenar dalam 1MDB - Che Lodin
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin memberitahu Mahkamah Tinggi pada Rabu tujuan beliau memberi keterangan kerana mahu dedah perkara sebenar berlaku dalam syarikat pelaburan strategik negara itu.
Amzar tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim mengambil keputusan menghentikan pertikaian peribadi mereka di prosiding Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Terengganu.

Ezam Mohd Nor, Mazlan Ismail sah sertai Pas
Idris berkata, kedua-dua figura itu merupakan sahabat lama dan sentiasa berhubung walaupun berbeza perjuangan dalam arena politik.

Cetakan senaskhah al-Quran bukan RM500 - Menteri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata kos cetakan senaskhah al-Quran bagi operasi mencetak sejuta al-Quran, cuma RM38 dan bukannya RM500.

'Serah peruntukan Ahli Parlimen pembangkang kepada JKM, baitulmal' - Idris Ahmad
Idris Ahmad mencadangkan peruntukan wakil rakyat pembangkang bagi tujuan membantu rakyat di kawasan masing-masing diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan baitulmal.

Zahid bimbang prestasi PRK Johor berulang seperti PRN - Idris
Kenyataan Ahmad Zahid seolah-olah bimbang bahawa keputusan PRK di Johor akan memperlihatkan prestasi sama seperti PRN di enam negeri.

Jika tunggang agama, mengapa ramai sertai Pas - Idris Ahmad
Katanya, pihak yang memperalatkan agama ialah mereka yang meletakkan sesuatu perkara halal sebagai haram dan begitu juga sebaliknya.

Pertemuan Hadi-Tun M: Pas nafi mahu tinggalkan Bersatu - Idris
Pas menafikan dakwaan pertemuan yang berlangsung antara Presiden Pas dengan Dr Mahathir sebagai langkah untuk meninggalkan Bersatu.

'Rundingan kerusi PN hampir 50 peratus selesai' - Idris
Rundingan pembahagian kerusi dalam kalangan komponen Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri sudah berjalan hampir 50 peratus.

'Syed Saddiq janji akan kahwin sebelum PRU16' - Idris Ahmad
Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal menamatkan zaman bujang sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

PRU15: Gelombang anak muda kini memihak kepada PN - Idris Ahmad
Ia terlihat selepas terbubarnya Parlimen dan mereka di negeri-negeri ditadbir Pas khususnya, menunjukkan sokongan kepada PN.

PRU15: Dr Noor Azmi gugur calon PN, Wan Saiful sah ke Tasek Gelugor
Penyandang Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali digugurkan daripada senarai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).