PUTRAJAYA: Sepuluh pengundi berdaftar kawasan Parlimen Gombak gagal mendapat kebenaran untuk merayu daripada Mahkamah Persekutuan bagi mengembalikan semula saman mereka terhadap Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atas dakwaan menipu dan melanggar kewajipan fidusiari.
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed hari ini menolak permohonan pengundi itu bagi membolehkan mereka meneruskan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Dua lagi hakim ialah hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Rhodzariah Bujang.
Dalam keputusan sebulat suara itu, Azahar berkata persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh peguam pengundi tersebut untuk penentuan Mahkamah Persekutuan, tidak memenuhi keperluan Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
Beliau tidak membuat sebarang arahan mengenai kos dengan mengatakan bahawa perkara itu adalah kes kepentingan awam.
Dalam prosiding secara dalam talian, peguam K.Shanmuga yang mewakili pengundi mengemukakan empat persoalan undang-undang, dengan menegaskan bahawa isu yang terlibat sama ada seorang ahli Parlimen yang telah membuat representasi semasa pilihan raya boleh melanggar janji yang telah dibuatnya.
Bagaimanapun, peguam Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid yang mewakili Mohamed Azmin, berhujah bahawa bagi memperoleh kebenaran, pemohon perlu meyakinkan mahkamah bahawa persoalan undang-undang adalah baharu, mempunyai kepentingan awam dan dibangkitkan buat kali pertama seperti dikehendaki di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman.
Pengundi itu mahu saman mereka terhadap Mohamed Azmin dikembalikan dan dihantar semula ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan. Saman itu dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 13 April lepas selepas membenarkan rayuan Mohamed Azmin.
Pada 27 Nov 2020, 10 pengundi itu memfailkan saman terhadap Mohamed Azmin, yang merupakan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, atas dakwaan menipu dan melanggar kewajipan fidusiari menerusi 'Langkah Sheraton' yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada Februari 2020.
Dalam pernyataan tuntutan mereka, pengundi tersebut antara lain memohon pengisytiharan bahawa Mohamed Azmin selaku Ahli Parlimen Gombak, telah melanggar kewajiban fidusiarinya, menipu serta memungkiri representasi yang dibuat kepada mereka dalam pilihan raya umum bagi kawasan berkenaan.
Mereka menuntut ganti rugi teruk dan teladan, kos dan perintah lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Pada 30 Jun tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Mohamed Azmin untuk membatalkan saman itu, mendorong beliau memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan yang kemudian memutuskan untuk memihak kepadanya dan membatalkan saman itu.
Dalam permohonannya, Mohamed Azmin mendakwa saman itu melanggar hak asasinya untuk kebebasan berpersatuan seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 10 Fasal (1) (c) Perlembagaan Persekutuan.
Peguam A.Surendra Ananth dan Yohendra Nadarajan turut mewakili pengundi itu manakala peguam Nurul Najwa Zainuddin juga mewakili Mohamed Azmin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 27 2022
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed hari ini menolak permohonan pengundi itu bagi membolehkan mereka meneruskan rayuan di Mahkamah Persekutuan. - fotoBERNAMA
AWANI Ringkas 2 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 2 Februari 2025
1️⃣ SPRM akan panggil beberapa artis
2️⃣ kerajaan kaji impak DeepSeek kepada Malaysia
3️⃣ Tujuh maut, 19 cedera di Philadelphia
#awaniringkas
1️⃣ SPRM akan panggil beberapa artis
2️⃣ kerajaan kaji impak DeepSeek kepada Malaysia
3️⃣ Tujuh maut, 19 cedera di Philadelphia
#awaniringkas
AWANI Ringkas: SPRM akan panggil beberapa artis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: kenderaan MPV catat kemalangan tertinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri sesi taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana.
Kenderaan pacuan empat roda catat kemalangan tertinggi
Kenderaan pacuan empat roda mencatatkan jumlah paling tinggi terlibat dalam kemalangan sehingga Sabtu, sehari sebelum tempoh Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina 2025 berakhir.
Villa biru hanya menanti 'ditelan' laut
Ombak besar dan angin kuat yang melanda sejak tiga hari lalu menyebabkan pemilik banglo biru di tepi pantai di Kampung Tanjung, dekat sini, kembali resah dengan risiko hakisan.
Hakisan pantai ubah geografi Malaysia
Sepanjang 1,347 daripada 8,840 kilometer atau kira-kira 15 peratus daripada pantai di seluruh negara dikenal pasti mengalami hakisan sejak lebih tiga dekad lalu
Utamakan mangsa di PPS, bantuan tambahan dinilai ikut keperluan
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bantuan harus diutamakan kepada mangsa yang berdaftar di PPS dan bantuan tambahan akan diberikan dalam penilaian seterusnya mengikut keperluan.
OP SKY: SPRM bakal panggil beberapa selebriti, artis tempatan
beberapa selebriti dan artis tempatan dikenal pasti mempromosikan perkhidmatan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky untuk memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak lama lagi.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata berdasarkan siasatan mendapati selebriti dan artis terbabit menerima wang daripada syarikat itu bagi tujuan promosi termasuk menjadi wajah kepada syarikat berkenaan
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata berdasarkan siasatan mendapati selebriti dan artis terbabit menerima wang daripada syarikat itu bagi tujuan promosi termasuk menjadi wajah kepada syarikat berkenaan
Israel serang Tebing Barat sewaktu gencatan senjata di Gaza
Tentera zionis mula menyerang Jenin pada 21 januari lepas, hanya dua hari selepas gencatan senjata di Gaza berkuatkuasa.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.