KUALA LUMPUR: Pengunjung Good Vibes Festival 2023 meluahkan rasa jelik terhadap tindakan biadab vokalis kumpulan The 1975, Matty Healy yang menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan ketika persembahan mereka di festival itu, malam tadi.
Tidak kurang yang berkongsi di media sosial menyatakan rasa terkejut dengan tindakan biadab vokalis kumpulan rock alternatif dari United Kingdom itu, malah yang mengatakan tindakan itu telah menukar mood festival daripada 'good vibes' kepada 'bad vibes'.
Susulan kejadian, Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing Dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL) hari ini menyenaraihitamkan kumpulan itu daripada membuat sebarang persembahan di negara ini.
Seorang pengunjung festival berkenaan Iskandar Zulkarnain, 30, ketika dihubungi Bernama menyuarakan pandangan bahawa mana-mana artis luar negara perlu menghormati peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat persembahan di negara berkenaan.
"Dia (Healy) kena hormat nilai-nilai di negara ini. Perkara berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) ini sememangnya sudah ditekankan tidak boleh oleh kerajaan.
"Sepatutnya mereka (The 1975) buat kajian dahulu sebelum menerima tawaran untuk membuat persembahan di sini.
"Sekarang ini bila jadi kes macam malam tadi, kita selaku penggemar konsert takut akan menyebabkan kugiran-kugiran lain dari luar negara takut untuk datang membuat persembahan di Malaysia," katanya.
Terdahulu Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengadakan pertemuan dengan penganjur festival, Future Sound Asia hari ini, dan mengarahkan supaya penganjuran festival itu yang masih berbaki sehingga esok dibatalkan serta-merta.
Fahmi dalam kenyataan berkata pendirian Kerajaan Perpaduan adalah jelas dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mencabar, memperlekeh serta melanggar undang-undang Malaysia.
Yakin penganjur telah meletakkan garis panduan sewajarnya kepada artis jemputan, seorang lagi pengunjung, Puteri Shahirah, 24, bagaimanapun tidak menyalahkan penganjur, namun berpendapat vokalis itu sendiri yang bermasalah kerana tidak menghormati budaya ketimuran yang menjadi pegangan masyarakat di negara ini.
Sebelum ini, dalam konsert di Finsbury Park di London beberapa bulan lepas, Healy pernah membuat gempar apabila meratah daging mentah di atas pentas sebagai gimik dalam persembahannya.
Sementara itu Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi di dalam siaran langsung di media sosial TikToknya berkata orang ramai tidak seharusnya menyalahkan kerajaan terhadap insiden itu.
"Menteri tak salah. Kita takkan boleh tahu melainkan ada orang melaporkan. Jadi bila ada orang membuat laporan baru kerajaan boleh ambil tindakan," katanya.
Bagi mengelak insiden yang sama berulang di masa hadapan, beliau atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan melantik dari kalangan penggiat seni untuk berada di dalam JK-PUSPAL.
"Saya merayu kalau boleh letak satu wakil dari persatuan seni dalam jawatankuasa PUSPAL untuk nilai sama ada artis dari luar layak membuat persembahan atau penggambaran di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023
Tidak kurang yang berkongsi di media sosial menyatakan rasa terkejut dengan tindakan biadab vokalis kumpulan rock alternatif dari United Kingdom itu. -Facebook Good Vibes Festival
Tiga suspek rempuhan masih diburu, identiti dikenal pasti
Tiga individu berkenaan dikenali sebagai M Devindran berusia 25; M Ranjith, berusia 19 tahun; dan M Lavindran berusia 27 tahun.
Taiwan larang penggunaan Deepseek
Taiwan melarang pekerja sektor awam dan kemudahan infrastruktur utama daripada menggunakan enjin kecerdasan buatan (AI), Deepseek dengan dakwaan produk China itu boleh mengancam keselamatan negara.
Trudeau ancam tindakan segera terhadap cadangan tarif AS
"Tiada siapa - di kedua-dua belah sempadan - yang mahu melihat tarif Amerika ke atas barangan Kanada."
Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.
Tiga lagi tebusan warga Israel dibebaskan Hamas
Perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Hamas-Israel diteruskan dengan pembebasan tiga warga Israel pada Sabtu.
Nahas Philadelphia: Enam orang disahkan berada dalam pesawat
Enam individu berada di dalam pesawat kecil yang terhempas di Philadelphia, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), selepas pada mulanya melaporkan hanya dua orang berada di dalam pesawat, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Hamas serahkan dua tebusan Israel kepada wakil ICRC - Laporan
Hamas membebaskan dua tebusan Israel, Ofer Calderon dan Yarden Bibas, dengan menyerahkan mereka kepada wakil Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).
PAUiTM dan Boustead Hotels & Resorts tandatangani Nota Kerjasama, perkukuh jaringan strategik
Persekutuan Alumni UiTM Malaysia dan Boustead Hotels & Resorts secara rasmi menandatangani Nota Kerjasama bagi memperkukuh jaringan strategik.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid
Kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025.
AWANI Ringkas: Jumlah PPS di Sarawak bertambah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 Januari 2025.
Polis tahan tiga individu terlibat jual dadah ketika konsert di Bandar Sunway
Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan menjual dadah pada konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway baru-baru ini.
'Prom Nite' Melly Goeslaw 31 Mei depan
Pada konsert itu nanti, beliau akan menampilkan sesuatu yang baharu serta istimewa dan pastinya tidak pernah dibawa sebelum ini.
Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK
Beliau berkata proses saringan air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah tidak boleh dilakukan sembarangan serta mengambil masa.
Konsert: Cadangan saringan air kencing libatkan individu timbulkan syak sahaja
Cadangan pelaksanaan ujian air kencing sebelum memasuki konsert di Selangor hanya melibatkan individu yang menimbulkan syak sahaja.
Selangor syor saringan air kencing dijadikan SOP sebelum memasuki konsert
Datuk Ng Suee Lim berkata syor itu antara perkara yang bakal dibincangkan dan diperincikan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Rabu ini.
Pinkfish: Penggantungan semua konsert tindakan ekstrem, kurang faham - ALIFE
Penggantungan penganjuran semua konsert secara menyeluruh susulan insiden di acara Pinkfish Countdown disifatkan sebagai tindakan ekstrem.
Penutup 2024, Afgan buktikan kehebatan di konsert solo skala besar di Malaysia
Konsert 'Afgan Live in Penang' yang berlangsung di Setia Spice Arena pasti meninggalkan kenangan indah yang akan terus tersemat di hati peminat.
Konsert jelajah Imaji memukau, Aina Abdul 'merasuk' penonton
Memulakan persembahan dengan lagu Imaji dan Kejam, kelunakan suara Aina tidak mengambil masa lama untuk 'merasuk' kira-kira 1,500 penonton.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.