KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta untuk berhati-hati dalam langkah pengurangan jumlah subsidi yang dibelanjakan, kerana ia dikhuatiri akan mengakibatkan kesan terhadap kadar inflasi secara mendadak, kata Penganalisis Ekonomi, Prof Barjoyai Bardai.
Beliau berkata, sekiranya tindakan itu dilakukan, berkemungkinan besar ia akan meningkatkan kadar inflasi sehingga 11 peratus, berbanding 3 peratus pada masa kini.
Barjoyai berkata, antara langkah terbaik yang boleh difikirkan ialah menyelaraskan semula pemberian subsidi bagi barangan tertentu, dan pastikan ia benar-benar pergi ke golongan bersasar.
“Kalau dikurangkan, kita akan lihat kadar inflasi kita meningkat terus sehingga lebih kurang 11 peratus, daripada kurang daripada tiga peratus pada masa sekarang. Ini akan menurunkan pendapatan benar semua pekerja, dan akan menyebabkan kesan yang semakin serius.
“Jadi kita mungkin tangguhkan dulu tentang (pengurangan) subsidi barangan, tapi boleh fikirkan tentang bagaimana selaraskan semula subsidi minyak misalnya, bagaimana kita belanjakan RM35 bilion untuk petrol dan diesel, kalau boleh sasarkan kepada kumpulan memerlukan, supaya tidak akan jejaskan inflasi,” katanya kepada Astro AWANI.
Barjoyai berkata, pemberian subsidi harus diteruskan untuk barangan seperti minyak masak, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan, supaya ia terus bertindak sebagai pelindung kepada kesan inflasi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim awal hari ini memberi tempoh dua minggu untuk kementerian berkaitan menyiapkan kertas kerja berhubung pelbagai isu berkaitan subsidi untuk rakyat.
Menurutnya, kesan subsidi kepada rakyat perlu diperhalusi dan menurut beliau, ia perlu diberikan secara bersasar kerana subsidi diberikan sekarang turut dinikmati golongan kaya dan industri.
Bercakap kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) 2022 di sini pada Ahad, Anwar memberi jaminan subsidi masih akan diberikan kepada rakyat namun beliau mahu ia lebih bersasar.
Dalam pada itu Barjoyai berkata, beliau melihat banyak pendebatan dan perbincangan sama ada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) perlu dikembalikan, sebagai salah satu cara meningkatkan pendapatan kerajaan.
Katanya lagi, beliau lebih cenderung untuk melihat usaha kerajaan menyelaraskan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) supaya ia menghampiri bentuk GST.
Bagi meningkatkan pendapatan kerajaan, Barjoyai berkata, langkah mewujudkan skim nombor pengenalan dan e-invois seperti dalam Bajet 2023 membolehkan aktiviti pembayaran cukai yang lebih berkesan.
Firdaus Azil
Sun Nov 27 2022
![Pengurangan subsidi: Jika tidak hati-hati, inflasi mungkin meningkat ke 11 peratus - Penganalisis Ekonomi Pengurangan subsidi: Jika tidak hati-hati, inflasi mungkin meningkat ke 11 peratus - Penganalisis Ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61659178231_TBMINYAK.jpg)
Antara langkah terbaik adalah selaraskan semula pemberian subsidi bagi barangan tertentu, dan pastikan ia benar-benar pergi ke golongan bersasar. - Gambar fail
![Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup mulai Ahad - Polis Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup mulai Ahad - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706151609_thaipusam.jpg)
Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup mulai Ahad - Polis
Lebih 20 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula pada Ahad ini bagi memberi laluan kepada perarakan pedati bersempena dengan sambutan Thaipusam.
It's About YOUth: Creating a greener future with art
Can art inspire a greener future? Andrew Woon from Faber-Castell Malaysia and young artist Chan Ellen explore the transformative power of art in fostering environmental awareness among youth.
![Liputan 5G di Sarawak capai 63.8 peratus kawasan berpenduduk - Pengurus Besar SMA Liputan 5G di Sarawak capai 63.8 peratus kawasan berpenduduk - Pengurus Besar SMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681888525_malaysia.jpg)
Liputan 5G di Sarawak capai 63.8 peratus kawasan berpenduduk - Pengurus Besar SMA
Tahun lepas juga menyaksikan SMA memperkukuh keselamatan siber untuk agensi kerajaan negeri menerusi Program CyberSarawak.
![Setiausaha Agung ASEAN tegaskan komitmen perkukuh hubungan media pada sesi libat urus Setiausaha Agung ASEAN tegaskan komitmen perkukuh hubungan media pada sesi libat urus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738926925_TBASEAN.jpg)
Setiausaha Agung ASEAN tegaskan komitmen perkukuh hubungan media pada sesi libat urus
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menegaskan komitmennya untuk memperkukuh hubungan dengan komuniti media.
![Polis sahkan terima laporan penemuan bangkai kucing Polis sahkan terima laporan penemuan bangkai kucing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738937858_BangkaiKucingTong.jpg)
Polis sahkan terima laporan penemuan bangkai kucing
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad mengesahkan pihaknya ada menerima laporan.
![MBPP bersihkan 4,440 kg sampah di sebuah rumah MBPP bersihkan 4,440 kg sampah di sebuah rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738922573_RumahSampah.jpg)
MBPP bersihkan 4,440 kg sampah di sebuah rumah
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengutip dan membersihkan 4,440 kilogram (kg) sampah sarap yang berpotensi menjadi pusat pembiakan serangga pembawa penyakit, di sebuah rumah di daerah Barat Daya.
![Hakim Persekutuan AS sekat sementara rancangan Trump kurangkan pekerja kerajaan pusat Hakim Persekutuan AS sekat sementara rancangan Trump kurangkan pekerja kerajaan pusat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738936941_TBWhiteHousejpg.jpg)
Hakim Persekutuan AS sekat sementara rancangan Trump kurangkan pekerja kerajaan pusat
Keputusan itu dibuat beberapa jam sebelum tarikh akhir pada tengah malam untuk pekerja memilih program peletakan jawatan yang ditangguhkan.
AWANI Tonight: Jakim’s advice not policy, needs govt approval - Cabinet
Jakim may advise Muslims on safeguarding their faith but this does not equate to official policy, says the government. Any policies must also receive Cabinet approval before implementation.
Consider This: Yayasan Tunku Abdul Rahman — Reimagining Scholarships
Many people think scholarships are just about money. But the Tunku Abdul Rahman Foundation (Yayasan TAR) is proving that education support can be much more than financial aid. By redefining what it means to qualify for a scholarship, YTAR now prioritizes equity and representation—giving opportunities to those who need them most. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Ida Thein, CEO of Yayasan Tunku Abdul Rahman & Co-Founder of Closing The Gap Malaysia, and Kuhaneetha Bai, 2022 AHAM-Tunku Scholar.
AWANI Tonight: Philippines’ VP Sara Duterte to fight impeachment
Philippines’ VP Sara Duterte says her legal team will fight her impeachment case, as her feud with President Ferdinand Marcos Jr. intensifies.
![Nilai kerajaan bukan hanya berasaskan kenaikan harga barang - Dr Hilmi Yahaya Nilai kerajaan bukan hanya berasaskan kenaikan harga barang - Dr Hilmi Yahaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/51374555760_295x200.jpg)
Nilai kerajaan bukan hanya berasaskan kenaikan harga barang - Dr Hilmi Yahaya
Langkah yang diambil oleh kerajaan termasuk pengurangan subsidi secara berperingkat akan diguna antaranya untuk pembangunan sektor kesihatan.
![Pengusaha pengangkutan awam akan dibantu - Hishammuddin Pengusaha pengangkutan awam akan dibantu - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/61378681852_295x200.jpg)
Pengusaha pengangkutan awam akan dibantu - Hishammuddin
Perkara itu akan dilakukan menerusi pertemuan yang diadakan antara kementerian dan pengendali syarikat bas di negara ini.