KLANG: Seorang pengurus sebuah bank tempatan yang didakwa menyeleweng wang milik pelanggan akan dituduh atas empat pertuduhan di mahkamah, di sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima 47 laporan dengan kerugian mencecah RM14 juta melibatkan suspek sama.
Menurutnya, siasatan dijalankan selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 60 tahun mendakwa wang simpanan berjumlah RM850,000 dikeluarkan tanpa pengetahuannya 14 Januari lalu.
"Mangsa pergi ke bank terbabit pada 2 Disember 2020 dan berurusan dengan suspek berkenaan untuk menyertai satu skim pelaburan yang ditawarkan berjumlah RM130,000 dan memberi kepercayaan kepada suspek untuk menguruskan akaun bank berkenaan.
"Mangsa mengesyaki wang simpanan terbabit telah dikeluarkan oleh pengurus sebuah bank tempatan di daerah Klang tanpa pengetahuan dan kebenarannya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Hoong Fong berkata, sejak menyerahkan buku akaun berkenaan, mangsa tidak mengetahui terdapat transaksi pengeluaran wang miliknya sehingga mangsa pergi ke bank terbabit untuk membuat semakan pada 14 Januari.
Pada 27 Jun, Sinar Harian melaporkan, Polis Selangor menafikan kenyataan dibuat Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang mendakwa tiada tindakan diambil pihak berkuasa berhubung kes penyelewengan membabitkan suspek terbabit.
Polis Selangor dalam satu kenyataan dilapor berkata, siasatan berhubung kes berkenaan turut dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sejurus menerima laporan pada Januari lalu.
Sehubungan itu, Hoong Fong berkata, suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun itu akan dituduh atas empat pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan melibatkan kerugian berjumlah RM164,000.
"Siasatan lanjut masih diteruskan bagi laporan polis berkenaan yang melibatkan pasukan siasatan “task force” JSJK Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 13 2022
![Pengurus bank disyaki seleweng duit pelanggan dituduh hari ini Pengurus bank disyaki seleweng duit pelanggan dituduh hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665313679_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Siasatan dijalankan selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 60 tahun mendakwa wang simpanan berjumlah RM850,000 dikeluarkan tanpa pengetahuannya. - Gambar hiasan
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Kes tipu isteri pelawak: Polis rakam keterangan 12 individu Kes tipu isteri pelawak: Polis rakam keterangan 12 individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734499387_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Kes tipu isteri pelawak: Polis rakam keterangan 12 individu
Polis telah merakam keterangan 12 individu bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak.
![51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta 51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725613165_TBRamliMohamed.jpg)
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
![Tiada kebocoran data MyKad - JPN Tiada kebocoran data MyKad - JPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61672199345_JabatanPendaftaran.jpg)
Tiada kebocoran data MyKad - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada insiden kebocoran data MyKad atau transaksi mencurigakan dikesan dalam sistem jabatan berkenaan.
![Polis belum terima laporan data MyKad dijual di 'dark web' Polis belum terima laporan data MyKad dijual di 'dark web'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673262180_RohaimiMdIsa.jpg)
Polis belum terima laporan data MyKad dijual di 'dark web'
Polis belum menerima sebarang laporan berkaitan dakwaan data kad pengenalan atau MyKad milik rakyat negara ini dijual menerusi 'dark web' atau laman web tertutup.
![Unit Siber Teknikal dan Taktikal JSJK ditubuhkan tangani jenayah siber Unit Siber Teknikal dan Taktikal JSJK ditubuhkan tangani jenayah siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725354419_TanSriRazarudinHu.jpg)
Unit Siber Teknikal dan Taktikal JSJK ditubuhkan tangani jenayah siber
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata 17 perjawatan telah diisi bagi membolehkan unit berkenaan memulakan operasi fasa pertama.
![Kes latihan penerbangan: Polis terima 11 laporan, siasatan terperinci sedang dijalankan Kes latihan penerbangan: Polis terima 11 laporan, siasatan terperinci sedang dijalankan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729901991_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Kes latihan penerbangan: Polis terima 11 laporan, siasatan terperinci sedang dijalankan
Satu daripada laporan itu diterima daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) manakala 10 lagi daripada pelatih yang jadi mangsa.
![Warga emas sasaran berkualiti 'scammer' Warga emas sasaran berkualiti 'scammer'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725613165_TBRamliMohamed.jpg)
Warga emas sasaran berkualiti 'scammer'
Polis menerima 21,535 laporan berkait penipuan dalam talian dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.
![12 rakyat Malaysia ditahan kes pengubahan wang haram guna akaun Singapura 12 rakyat Malaysia ditahan kes pengubahan wang haram guna akaun Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722940302_handcuff.jpg)
12 rakyat Malaysia ditahan kes pengubahan wang haram guna akaun Singapura
Melalui siasatan dan pengumpulan bukti yang berpanjangan, sebuah sel pengubahan wang haram yang beroperasi di Johor, Malaysia telah dikenal pasti.
![18,205 kes komersial dicatatkan, kerugian lebih RM1.5 bilion - Polis 18,205 kes komersial dicatatkan, kerugian lebih RM1.5 bilion - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723548119_TBRamliMohamed.jpg)
18,205 kes komersial dicatatkan, kerugian lebih RM1.5 bilion - Polis
Jumlah kerugian berkaitan kes-kes jenayah komersial termasuk penipuan dalam talian meningkat 31 peratus bagi tempoh 1 Jan hingga 11 Ogos tahun ini.
![10 ditahan, sindiket pelaburan 'Warburg Pincus' tumpas 10 ditahan, sindiket pelaburan 'Warburg Pincus' tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723548119_TBRamliMohamed.jpg)
10 ditahan, sindiket pelaburan 'Warburg Pincus' tumpas
Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan yang beroperasi di platform media sosial dengan menggunakan nama sebuah syarikat pelaburan, Warburg Pincus, membabitkan kerugian lebih RM21 juta.