SEREMBAN: Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) meminta kerajaan mempertimbangkan supaya pemeriksaan bas sekolah di pusat pemeriksaan kenderaan berkomputer (Puspakom) dilaksanakan setahun sekali.
Presidennya Mohd Rofik Mohd Yusoff berkata, ia bagi memudahkan pengusaha bas sekolah menghadirkan diri bagi pemeriksaan Puspakom memandangkan sistem tempahan dalam talian yang sedia ada memerlukan janji temu dan agak merumitkan.
"Dahulu bas sekolah boleh potong giliran menunggu dan buat pemeriksaan sebab nak ambil pelajar sekolah. Sistem yang diubah Puspakom sekarang ini dilihat menyusahkan pengusaha bas, ini kerana sistem tempahan janji temu atas talian ini kadang kala terhad.
"Jadi apabila kenderaan masuk pemeriksaan, gagal dan keluar, mereka harus menunggu bagi kekosongan tempahan semula untuk pemeriksaan...ini sekali gus menyebabkan ramai pengusaha sudah putus asa kerana terlalu banyak masalah dihadapi bagi meneruskan perkhidmatan bas sekolah," katanya kepada Bernama selepas Mesyuarat Agong Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Negeri Sembilan (PPBSNS) Ke-20 di sini hari ini.
Justeru, Mohd Rofik yang juga Pengerusi PPBSNS berkata satu penyelesaian drastik perlu dilakukan pihak berkaitan bagi menangani perkara itu sekali gus membantu mengurangkan beban pemandu bas yang bergantung kepada pekerjaan tersebut bagi meneruskan kehidupan.
Dalam pada itu, Mohd Rofik turut meminta kerajaan membenarkan permit bas sekolah diperbaharui dalam tempoh lima tahun seperti yang dilaksanakan sebelum ini berbanding maksimum hanya dua tahun pada masa ini.
Menurutnya ia bagi melancarkan urusan pemandu bas lebih-lebih sesi persekolahan sudah dibuka dan negara juga akan melalui peralihan fasa ke endemik kelak dengan semua sektor ekonomi sudah mula dilaksanakan tanpa sekatan.
Beliau turut berharap sesi persekolahan yang bermula esok tidak akan ditangguhkan lagi supaya pengusaha bas sekolah boleh 'bernafas' semula demi kelangsungan hidup.
"Pengusaha bas sekarang ini dalam dilema sama ada sekolah akan terus dibuka atau kembali kepada pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), kalau PdPR dijalankan, ia akan menjadi masalah kepada kami kerana tambang bas dibayar tidak penuh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 20 2022

Cadangan itu bagi memudahkan pengusaha bas sekolah menghadirkan diri bagi pemeriksaan Puspakom memandangkan sistem tempahan dalam talian yang sedia ada memerlukan janji temu dan agak merumitkan. - Gambar fail

Proses pemetaan sempadan Selangor, Kuala Lumpur selesai
Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sempadan bagi Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai dilaksanakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 31 Okt tahun lepas.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam.
[TERKINI] KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid.

Hujan renyai iringi pengebumian jenazah Mohamad Fahmi Hafiz
Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Jamek Permatang Binjai jam 2.45 petang selepas solat Jumaat yang dihadiri kira-kira 150 jemaah.

Ramsay dedah ratusan patung 'kucing bertuah' dicuri dari restoran baharu
Gordon Ramsay mendedahkan ratusan patung kecil 'kucing bertuah' dicuri dari restoran baharunya di London.

Cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes mencabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.

Prosiding tertutup isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta bermula 24 Feb - PAC
Laporan akan dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada Jun ini.

NASA kurangkan risiko impak asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Pasukan pertahanan planet NASA akan terus memantau asteroid itu untuk meningkatkan ramalan trajektori asteroid.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan. #AWANInews
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas. #AWANInews

MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini.

Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.

Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.

Lelaki tersepit, 15 pelajar sekolah terselamat nahas lori dan bas sekolah
Seramai 15 pelajar terselamat dalam kemalangan membabitkan bas sekolah dinaiki mereka dengan sebuah lori di Kampung Nasib, Jalan Sungai Siput- Kuala Kangsar, dekat sini hari ini.

Pengusaha bas sekolah boleh rayu bantuan subsidi diesel - PM
Pengusaha bas sekolah dan syarikat yang tidak menerima subsidi susulan penyasaran subsidi diesel masih boleh merayu dan sekiranya layak, permohonan mereka akan dipertimbang.

Kenaikan tambang bas sekolah, MOT terima maklum balas daripada pelbagai pihak
MOT menerima maklum balas daripada pelbagai pihak berhubung cadangan kenaikan kadar tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan penggal baharu pada Mac.

Van sekolah kemalangan, 5 murid luka terkena serpihan kaca
Seramai lima daripada 10 murid mengalami luka apabila van sekolah dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di simpang tiga Jalan Nusari Bayu 1, di sini pada Selasa.

Bas sekolah, pengangkutan awam dikecualikan subsidi bersasar diesel - Ahmad Maslan
Subsidi bersasar bagi diesel yang akan dilaksanakan kelak, tidak akan dikenakan kepada bas sekolah dan pengangkutan awam untuk mengelak berlaku kenaikan tambang.

Pengusaha bas sekolah mohon pemeriksaan Puspakom setahun sekali
Sistem tempahan dalam talian yang sedia ada memerlukan janji temu dan agak merumitkan.

Lanjutan had usia bas sekolah perlu utamakan faktor keselamatan menyeluruh
Laporan MIROS mengenai kajian sama ada perkara itu boleh dilaksanakan akan mengambil kira faktor itu.