Polis menahan seorang pengusaha kafe siber dari Selangor dan merampas lebih lima kilogram dadah jenis syabu bernilai RM350,000 di balai ketibaan Lapangan Terbang Tawau, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata suspek berusia 46 tahun itu ditahan berdasarkan maklumat hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah dan polis Tawau, pada pukul 10.45 pagi.
Katanya, suspek, yang baru tiba dari Kuala Lumpur itu, dibawa ke Balai Polis Lapangan Terbang Tawau untuk diperiksa.
Selepas pemeriksaan, polis menemukan dadah jenis syabu seberat 5.071kg dalam dua kotak yang disembunyikan di dalam bagasi pakaian yang dibawanya, katanya pada sidang media di sini hari ini.
Katanya, suspek berkenaan memiliki dua rekod jenayah lampau pada tahun 2012.
Fadil berkata suspek yang turut positif dadah jenis Methamphetamine ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 15 (1)(a) akta yang sama.
Beliau percaya ada sindiket dadah tempatan yang menunggu ketibaan suspek.
Dalam perkembangan lain, katanya, mangsa terakhir tragedi bot karam di perairan Batu Payung, dekat sini, 7 Feb lepas, Joko Rahaman, 35, dipercayai selamat dan berada di Sungai Nyamuk, Indonesia.
Ini berdasarkan siasatan terhadap juragan dan pembantu juragan bot karam itu, katanya.
Dalam kejadian 6 petang itu, 10 mangsa meninggal dunia dan empat terselamat.
Bot laju dinaiki 15 warga Indonesia termasuk juragan, karam dipercayai dipukul ombak besar ketika dalam perjalanan dari jeti Tinagat Batu Payung ke Sungai Nyamuk.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 18 2017
ACP Fadil Marsus berkata, suspek berusia 46 tahun itu memiliki dua rekod jenayah lampau pada tahun 2012. - Gambar fail
Trump tandatangan perintah eksekutif jadikan Amerika pusat AI dunia
Pendekatan baharu Trump untuk menjadikan Amerika sebagai peneraju global dalam inovasi teknologi sambil menghapuskan dasar era Biden.
Lima hari hanyut di lautan, tiga nelayan kelaparan, air hujan penghilang dahaga
Asrulhisham bersama anak dan seorang lagi awak-awak diselamatkan oleh dua nelayan Aceh selepas lima hari bersabung nyawa di lautan.
Trump berhasrat bertemu Putin dengan "segera"
"Dari apa yang saya dengar, Putin ingin bertemu dengan saya. Kami akan bertemu secepat mungkin. Saya akan bertemu segera."
Polis rakam keterangan pelawak berhubung isu jenaka "ham"
Keterangan daripada pelawak berumur 54 tahun itu dirakam Rabu lepas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Januari 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa.
Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai.
Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa.
Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai.
Lelaki maut, motosikal terbakar dalam nahas dengan MPV di Lebuhraya PLUS
Motosikal ditunggang mangsa berusia 47 tahun itu musnah terbakar 90 peratus.
'Tunai janji hapus sistem tol dulu, bukan mansuh tol percuma sempena perayaan'
Kerajaan diminta cari jalan atau inisiatif untuk ringankan beban rakyat yang berdepan situasi kos sara hidup tinggi dan kenaikan harga barang.
Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Pas desak kerajaan kaji semula pelaksanaan semakan cukai eksais bagi OMV
Katanya, pelaksanaan yang dijadual bermula tahun depan itu pastinya memberi kesan besar kepada pengguna dan industri automotif di Malaysia.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh dijangka menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
'Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas
Polis membongkar makmal pemprosesan dadah jenis kokain bernilai RM8 juta di Jalan Klang Lama dan Segambut susulan penahanan seorang lelaki warga Hong Kong.
Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK
Beliau berkata proses saringan air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah tidak boleh dilakukan sembarangan serta mengambil masa.
'Magic mushroom' sah ganja sintetik - AADK
AADK telah membuat 50 kajian kes melibatkan kumpulan penagih yang mendakwa menggunakan 'magic mushroom' dan mendapati ia sebenarnya adalah dadah sintetik.
Lelaki punyai 19 rekod lampau ditahan, rampas dadah lebih RM11,000
Suspek berusia 50 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik yang menjalankan operasi hasil maklumat dan risikan.
Polis kesan aktiviti jual pil ekstasi di premis konsert Pinkfish
Enam percakapan saksi telah dirakam, selain beberapa pihak lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan, termasuk penganjur konsert dan rakan mangsa.
Berhibur di Danok, balik Malaysia 'sangkut' ujian air kencing
Penuntut lelaki itu ditahan ketika melintasi sekatan di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam, malam tadi.
'Jual tanah, rumah biaya kos guaman RM1.3 juta' - Keluarga penyanyi wanita ditahan di Thailand
Mereka tidak mampu membayar jumlah diminta peguam di Thailand yang dikatakan ingin menawarkan khidmat guaman kepada penyanyi wanita terbabit.
Kes ganja: Reman pelawak dilanjut empat hari, rujuk pejabat pendakwaan
Lanjutan sehingga Sabtu itu dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan di Mahkamah Majistret Teluk Datok di Banting.
Sokong, jangan hakimi mereka yang pulih daripada ketagihan, penyalahgunaan dadah - KP AADK
Ini bagi memastikan mereka tidak kembali terjerumus ke dalam kancah penagihan dan penyalahgunaan dadah.