Pengusaha kantin dan dewan makan sekolah digesa agar bersifat lebih bertanggungjawab dan prihatin dalam menyediakan makanan untuk murid-murid yang makan di premis mereka.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, ada tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan pengusaha yang berjaya memperoleh tender dan tidak hanya bermatlamat untuk 'mencari makan' (meraih keuntungan) semata-mata.
Tegasnya, mereka perlu menggalas keyakinan yang diletakkan oleh ibu bapa yang mengharapkan anak mereka diberi makanan yang bersih, selamat dan sihat.
"Mereka perlu melihat murid-murid sekolah ini sepertimana anak-anak mereka sendiri.
"Kalau anak sendiri, kita akan mengambil segala langkah untuk memastikan makanan yang diperoleh itu selamat," katanya dalam majlis Anugerah Kantin Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Kebangsaan 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, hari ini.
Selain menyediakan makanan yang bersih dan selamat, aspek kesihatan juga perlu diambil kira dalam memastikan hidangan mengandungi nutrisi yang mencukupi serta tidak menyumbang kepada penyakit seperti obesiti dan seumpamanya.
Setakat 37 minggu bagi tahun 2016, 153 episod keracunan makanan telah dilaporkan di sekolah-sekolah seluruh negara, melibatkan lebih 6,000 orang murid.
Ia turut menyaksikan 64 arahan penutupan sementara dengan 332 notis dikeluarkan kepada premis yang melanggar garis panduan penyediaan makanan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.
Jelas Dr Subramaniam, jika setiap pengusaha memahami harapan ibu bapa serta tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan kepada mereka, tidak mustahil kes keracunan makanan di sekolah dapat dikurangkan malah tidak lagi berlaku.
Pelbagai usaha telah diwujudkan oleh kementerian dan pihak berkaitan, dari kempen-kempen kesedaran sehinggalah undang-undang bagi menggalakkan pengendalian makanan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Beliau berharap dengan majlis anugerah seumpama yang dihadirinya itu, ia dapat memberi galakan kepada pengusaha dan pentadbiran sekolah untuk berganding bahu dalam mewujudkan persekitaran pemakanan yang bersih, selamat dan sihat untuk murid-murid sekolah.
"Saya kadang-kadang mimpi ada satu tahun saya dapat umumkan tiada kes keracunan berlaku.
"Mungkin ketika waktu saya atau waktu akan datang, saya berharap masanya akan tiba," ujarnya.
Dalam majlis tersebut, Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Kuala Lumpur dinobat sebagai juara keseluruhan kantin sekolah rendah terbaik dengan membawa pulang hadiah wang bernilai RM1,500.
Israr Khalid
Tue Oct 18 2016
![Pengusaha kantin perlu anggap murid sekolah seperti anak sendiri - Subramaniam Pengusaha kantin perlu anggap murid sekolah seperti anak sendiri - Subramaniam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/41476794119_DSSSubramaniam.jpg)
Datuk Seri Dr S. Subramaniam (tengah) menyerahkan Garis Panduan Kebersihan dan Keselamatan Kantin kepada Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk P. Kamalanathan. - Foto BERNAMA
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714357801_PalestinesPresiden.jpg)
Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Sabtu menegaskan penolakannya terhadap sebarang usaha untuk memindahkan rakyat Palestin dari tanah air mereka.
!['Ini ikan tenggiri?'- Asyraf Wajdi terjah dewan makan MRSM 'Ini ikan tenggiri?'- Asyraf Wajdi terjah dewan makan MRSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725621571_tbMRSM.jpg)
'Ini ikan tenggiri?'- Asyraf Wajdi terjah dewan makan MRSM
Menu makan malam yang ditetapkan dalam piawaian Majlis Amanah Rakyat (Mara) didakwa tidak diikuti oleh pengusaha dewan selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak.
![Keracunan makanan: Dewan makan MRSM Taiping sudah diarah tutup - Exco Perak Keracunan makanan: Dewan makan MRSM Taiping sudah diarah tutup - Exco Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725619931_ASivanesan.jpg)
Keracunan makanan: Dewan makan MRSM Taiping sudah diarah tutup - Exco Perak
Jabatan Kesihatan Perak telah mengarahkan dewan makan MRSM Taiping ditutup susulan kejadian keracunan makanan yang melibatkan pelajar maktab berkenaan pada 30 dan 31 Ogos lalu.
![Curi peti sejuk naik motosikal, seorang lelaki ditahan, 2 larikan diri Curi peti sejuk naik motosikal, seorang lelaki ditahan, 2 larikan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705564164_TBcuripetisejuk.jpg)
Curi peti sejuk naik motosikal, seorang lelaki ditahan, 2 larikan diri
Cubaan tiga lelaki melarikan peti sejuk dari sebuah dewan makan dengan menaiki dua motosikal gagal di Sungai Petani.
![120 pelajar SMAKJ Kluang keracunan makanan selepas sarapan mi goreng 120 pelajar SMAKJ Kluang keracunan makanan selepas sarapan mi goreng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61445338909_SakitPerut.jpg)
120 pelajar SMAKJ Kluang keracunan makanan selepas sarapan mi goreng
Kesemua pelajar itu bagaimanapun berada dalam keadaan stabil dan hanya dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.
![Gajah sesat cari makanan di dewan makan SMK Telupid Gajah sesat cari makanan di dewan makan SMK Telupid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41519886528_Gajah.jpg)
Gajah sesat cari makanan di dewan makan SMK Telupid
Pengawal keselamatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telupid di sini gempar apabila seekor gajah menyelinap masuk ke dewan makan asrama sekolah terbabit.
![Pengusaha kantin perlu anggap murid sekolah seperti anak sendiri - Subramaniam Pengusaha kantin perlu anggap murid sekolah seperti anak sendiri - Subramaniam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/41476794119_DSSSubramaniam.jpg)
Pengusaha kantin perlu anggap murid sekolah seperti anak sendiri - Subramaniam
Pengusaha kantin sekolah digesa agar bersifat lebih bertanggungjawab dan prihatin dalam menyediakan makanan untuk murid-murid.