ISKANDAR PUTERI: Pengusaha industri kraf tangan di Johor perlu kreatif dalam merancang strategi pemasaran produk khususnya dengan memanfaatkan medium dalam talian.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya negeri K. Raven Kumar berkata pengusaha mempunyai peluang untuk memajukan perniagaan mereka menerusi pembelian dalam talian yang kini menjadi pilihan ramai seiring teknologi.
"Pengusaha perlu lebih berusaha dan kreatif untuk pasarkan produk seperti di platform-platform media sosial yang ada.
"Kebanyakan pembeli, walau hanya barang keperluan harian rumah pun beli dalam talian. Jadi dengan ini, pasaran dalam talian ini tidak akan tertumpu kepada satu kawasan sahaja, ramai boleh mendapat akses untuk membeli produk," katanya kepada Bernama selepas program walkabout Festival Kraf Kebangsaan (FKK) 2024, di Sunway Big Box Retail Park, di sini semalam.
Turut hadir Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor Noor Azima Mohd Alwi.
Raven Kumar dalam pada itu berkata industri kraf tangan Johor juga dilihat semakin meraih sambutan terutama dalam kalangan golongan muda.
"Kita lihat produk kraf tangan semakin menjadi fesyen (trendy) dan menarik minat orang ramai sebab pengusaha semakin kreatif membuat produk. Penglibatan golongan muda dalam industri ini juga sedikit sebanyak membantu meningkatkan lagi industri kraf tangan," katanya.
FKK 2024 di Johor bermula semalam di Sunway Big Box Retail Park dan dijadualkan berlangsung hingga 1 April ini.
Seramai 16 usahawan kraf tangan menyertai festival itu yang disertai pengusaha dari Johor, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan.
Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan seperti Jualan Kraf, Pameran Produk Kraf dan My Craftshoppe serta pertandingan seperti ukiran kayu kreatif dan mewarna batik.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2024

Raven Kumar (empat, kanan) beramah mesra bersama peniaga ketika melawat sebuah gerai di Festival Kraf Kebangsaan di Iskandar Puteri semalam. --fotoBERNAMA
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Pengusaha kraf Johor perlu kreatif pasar produk dalam talian - Exco
Pengusaha mempunyai peluang untuk memajukan perniagaan mereka menerusi pembelian dalam talian yang kini menjadi pilihan ramai seiring teknologi.

Penstrukturan semula Exco Johor tidak jejas segala perancangan termasuk belanjawan
Penstrukturan semula portfolio Exco negeri Johor tidak akan menjejaskan segala perancangan termasuk yang telah dibentang dalam Belanjawan 2024.

Johor seru lebih banyak syarikat terap ESG, cegah pencemaran
Syarikat perlu main peranan, memandangkan pelbagai usaha dan inisiatif kerajaan melibatkan perbelanjaan, bagi menjaga kelestarian alam.

Johor hasrat buka pusat proses visa China
K Raven Kumar berkata, pihaknya kini sedang berbincang dengan pihak kedutaan China berkenaan usaha itu.

Johor cadang tarik lebih banyak penerbangan antarabangsa tingkat potensi pelancongan
Terminal tambahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai juga sudah siap sedia menerima tambahan pelancong domestik dan antarabangsa.

Johor sasar lapan juta pelancong tahun ini
K Raven Kumar yakin sasaran itu berjaya dicapai berikutan pembukaan semula industri pelancongan di seluruh dunia ketika ini.

Johor sasar lima juta pelancong asing tahun depan
Sektor pelancongan Johor dijangka terus berkembang dengan sasaran lima juta pelancong asing berkunjung ke negeri itu tahun depan.

Johor rancang perkenal majlis rumah terbuka Bangsa Johor
Penganjuran itu dilihat dapat menjadikan masyarakat berasa lebih dekat dengan aset di bawah YWJ termasuk muzium.

JAS Johor siasat buih putih di Sungai Skudai, tidak jejas LRA
Pencemaran buih putih yang dikesan di Sungai Skudai tidak menjejaskan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Ismail.

Pemuda MIC tegas tidak benarkan sekolah vernakular dimansuh
Pergerakan Pemuda MIC menegaskan tidak akan membenarkan mana-mana pihak untuk memansuhkan sekolah vernakular khususnya Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil di negara ini.