SEREMBAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan mengingatkan orang ramai terutama peniaga di bazar Ramadan supaya tidak menghalang laluan utama dan jalan raya kerana ia akan mengganggu tempoh masa bertindak bomba ke lokasi sekiranya berlaku kecemasan.
Pengarahnya, Hamdan Ali berkata, mereka juga diingatkan untuk tidak membuka gerai di kawasan berdekatan dengan pili bomba bagi memudahkan dan mempercepatkan tugas anggota bomba ketika berlaku kebakaran.
"Bazar-bazar ini kebanyakannya ada dibuka di tepi jalan dan di situ juga ada pili bomba, pili bomba itu merupakan senjata kita iaitu air, jadi kalau pili bomba tiada atau dihalang, kita sukar nak jalankan kegiatan (pemadaman).
"Kadang-kadang masa respons kita okey, dah dekat tapi ada benda yang menghalang, ini melambatkan kita untuk sampai ke lokasi kejadian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perbarisan Tahunan 2022 JBPM Negeri Sembilan di sini hari ini.
Beliau berkata jumlah panggilan kebakaran diterima JBPM negeri menunjukkan pengurangan ketika fasa awal Perintah Kawalan Pergerakan pada 2020 iaitu sebanyak 1,763 kes berbanding 1,920 pada tahun lepas.
"Setakat semalam pula kita terima 439 panggilan membabitkan kebakaran. Jadi saya nasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada terutama ketika Ramadan kerana orang memasak banyak daripada biasa, kalau kita perhati punca kebakaran kebanyakannya adalah disebabkan keletihan dan kecuaian," katanya.
Sementara itu, Hamdan berkata terdapat 21 balai bomba di negeri ini dengan dua daripadanya baru dibina tahun lepas iaitu di Rembau dan Palong 6 serta satu dinaik taraf di Seremban dan dijangka beroperasi sepenuhnya tahun ini.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya sentiasa melakukan pemantauan dan penilaian risiko terutama di 'hotspot' tanah runtuh seperti penempatan penduduk yang berhampiran tanah cerun atau tebingan sungai bagi memastikan keselamatan penduduk yang berada di lokasi tersebut.
Bagaimanapun, beliau berkata tiada laporan tanah runtuh diterima pihaknya setakat ini.
"Hanya berlaku rekahan dan tanah runtuh kecil sahaja, namun kita sentiasa bersiap siaga lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini memungkinkan sebarang kejadian boleh berlaku," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 31 2022
![Peniaga bazar Ramadan diingatkan tidak halang laluan bomba Peniaga bazar Ramadan diingatkan tidak halang laluan bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648722651_pilibombamalaysia.jpg)
Peniaga juga diingatkan untuk tidak membuka gerai di kawasan berdekatan dengan pili bomba bagi memudahkan tugas ketika berlaku kebakaran.- Foto: YouTube S.H. Channel
![UTM sedia menerajui pembangunan AI negara UTM sedia menerajui pembangunan AI negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41619931419_UTM.jpg)
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
![FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642351694_KelapaMentah.jpg)
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
!['Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha 'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737583420_TBzaliha.jpg)
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Kadar sewa bazar Ramadan Putrajaya diturunkan - PM Anwar Kadar sewa bazar Ramadan Putrajaya diturunkan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51680777710_AnwarIbrahim.jpg)
Kadar sewa bazar Ramadan Putrajaya diturunkan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penurunan kadar sewa lot bazar Ramadan dari RM1,000 kepada RM850 kepada penjaja dan peniaga kecil di bawah Perbadanan Putrajaya.
![Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran sedarkan rakyat bahaya pembaziran makanan Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran sedarkan rakyat bahaya pembaziran makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649287909_TBBAZAR.jpg)
Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran sedarkan rakyat bahaya pembaziran makanan
Memberi kesedaran mengenai keburukan pembaziran makanan yang mengundang kepada pencemaran alam sekitar.
![Bazar Ramadan Kampong Gelam kembali di Singapura, sambut kemeriahan Ramadan Bazar Ramadan Kampong Gelam kembali di Singapura, sambut kemeriahan Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679715127_TBbazarramadan.jpg)
Bazar Ramadan Kampong Gelam kembali di Singapura, sambut kemeriahan Ramadan
Acara yang bertemakan Raikan Cahaya Ramadan mula beroperasi pada 15 Mac lalu sehingga 16 April.
![Tanpa tunai di Bazar Ramadan MBPJ, sedia kawasan khas p-hailing - Datuk Bandar Tanpa tunai di Bazar Ramadan MBPJ, sedia kawasan khas p-hailing - Datuk Bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679482193_TBDATUKBANDARPJ.jpg)
Tanpa tunai di Bazar Ramadan MBPJ, sedia kawasan khas p-hailing - Datuk Bandar
Selain beribadah di bulan yang mulia, bazar Ramadan juga antara yang ditunggu-tunggu umat Islam di negara ini.
![Bazar Ramadan, Aidilfitri 2022 rekod nilai jualan RM2.4 bilion - DOSM Bazar Ramadan, Aidilfitri 2022 rekod nilai jualan RM2.4 bilion - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649034427_BazarRamadan.jpg)
Bazar Ramadan, Aidilfitri 2022 rekod nilai jualan RM2.4 bilion - DOSM
Bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini merekodkan nilai jualan sebanyak RM2.4 bilion dan mewujudkan 156,361 peluang pekerjaan.
![Kuih limas 'inti' gumpalan rambut: Premis dan rumah penjual diperiksa Kuih limas 'inti' gumpalan rambut: Premis dan rumah penjual diperiksa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650002571_rambut.jpg)
Kuih limas 'inti' gumpalan rambut: Premis dan rumah penjual diperiksa
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada Khamis telah menjalankan pemeriksaan premis makanan susulan kejadian tular segumpal rambut ditemui di dalam kuih limas.
![PM berkunjung ke Bazar Ramadan Putrajaya PM berkunjung ke Bazar Ramadan Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649113908_DatukSeriIsmailSa.jpg)
PM berkunjung ke Bazar Ramadan Putrajaya
Aspek pematuhan SOP perlu dijadikan amalan bagi membolehkan proses pengesanan dilakukan KKM.
![Hari pertama, Bazar Ramadan Kelana Jaya diserbu ribuan pengunjung Hari pertama, Bazar Ramadan Kelana Jaya diserbu ribuan pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71648988826_TBBAZAR.jpg)
Hari pertama, Bazar Ramadan Kelana Jaya diserbu ribuan pengunjung
Hari ini, kemeriahan turut dirasai di bazar-bazar ramadan yang menjadi tumpuan masyarakat apabila ramai meluangkan masa untuk mencari pelbagai juadah berbuka puasa.
![Festival Ramadan Putrajaya 2022 sasar 500,000 pengunjung Festival Ramadan Putrajaya 2022 sasar 500,000 pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647330678_NikShukriNikSoh.jpg)
Festival Ramadan Putrajaya 2022 sasar 500,000 pengunjung
Sebanyak 500,000 pengunjung disasarkan dalam penganjuran Festival Ramadan Putrajaya 2022 (FRP 2022) yang bakal diadakan pada 31 Mac sehingga 2 Mei depan.
![Bazar Ramadan akan dibenar operasi tahun ini - PM Bazar Ramadan akan dibenar operasi tahun ini - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644734579_bazar.jpg)
Bazar Ramadan akan dibenar operasi tahun ini - PM
Prosedur operasi standard (SOP) bazar tersebut akan diperhalusi dan diumumkan apabila sampai masanya nanti.