IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga bazar Ramadan yang didapati menyewakan tapak bazar kepada pihak lain.
Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mereka yang mengambil kesempatan menyewakan tapak pada kadar lebih tinggi kepada peniaga lain.
Beliau berkata walaupun tiada laporan sebelum ini mengenai kejadian itu, pihaknya akan terus memantau perkara berkenaan.
"Kita telah maklumkan kepada penguat kuasa MBI bahawa kita akan lebih tegas selain meningkatkan pemantauan di semua bazar Ramadan bagi memastikan tiada peniaga yang melanggar peraturan.
"Sekiranya kita dapati ada peniaga yang dapat tapak kemudian sewakan kepada orang lain, kita terus kompaun mereka dan akan disenaraihitamkan oleh MBI," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Cabutan Bertuah Cukai Taksiran 2024 di Dewan Azlan Shah di sini hari ini.
Rumaizi berkata sebanyak 1,128 lesen bazar Ramadan diluluskan MBI membabitkan 24 lokasi di seluruh bandar raya Ipoh tahun ini.
"MBI turut menyelaras lesen di bawah penganjuran persatuan penjaja, koperasi usahawan, ahli jawatankuasa masjid dan surau termasuk agensi swasta.
"Kadar bayaran yang ditetapkan oleh MBI kepada penganjur ialah RM750 meliputi sewa khemah, lesen dan caj pembersihan namun kebanyakan penganjur mengenakan bayaran RM650 sahaja," katanya.
Menurut Rumaizi keunikan bazar Ramadan MBI tahun ini ialah penggunaan konsep mesra alam menerusi aktiviti ekonomi kitaran di semua bazar kendalian pihak berkuasa tempatan itu.
"Kita galakkan penggunaan bungkusan makanan jenis biodegradasi dan bekas makanan bawa sendiri oleh pengunjung bazar termasuk kutipan minyak masak terpakai dari semua peniaga bazar.
"Kita juga turut menjalankan program MySafeFood@Ramadan 2024 iaitu agihan lebihan makanan yang tidak terjual akan dikumpulkan oleh Pemuda Gema Perak daripada peniaga bazar di Taman Cempaka dan Medan Gopeng untuk diagihkan kepada golongan memerlukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024

Rumaizi berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mereka yang mengambil kesempatan menyewakan tapak pada kadar lebih tinggi kepada peniaga lain. - Gambar fail/MBI

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.

Lebih 50,000 meriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Perak
Sambutan bermula dengan perarakan masuk kawalan kehormatan utama dari Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Division dengan iringan pasukan pancaragam KD Pelanduk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ipoh Town Hall bakal jadi pusat unggul aktiviti seni
Ipoh Town Hall, bangunan kolonial British berusia 108 tahun yang terletak di tengah-tengah bandar ini bakal berubah wajah.

Hanya pokok berisiko tinggi ditebang, seimbang kehijauan bandar - Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Ipoh turut menghantar arkitek dari Bahagian Landskap untuk mengikuti kursus berkaitan arborist.

Banjir lumpur Taman Chepor Impian: Penduduk minta penjelasan, ganti rugi
Roslan mendakwa kejadian banjir kilat beserta lumpur yang berulang itu adalah disebabkan projek perumahan baharu di kawasan berdekatan.

4 bazar Ramadan di Ipoh laksana MySave Food, elak makanan terbuang
Menerusi program MySave Food lebihan makanan yang tidak terjual oleh peniaga bazar akan dikutip dan diagih kepada golongan yang memerlukan.

Peniaga bazar Ramadan sewakan tapak akan dikompaun, disenarai hitam - MBI
Majlis Bandaraya Ipoh akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga bazar Ramadan yang didapati menyewakan tapak bazar kepada pihak lain.

MBI senarai hitam penganjur, peniaga sewakan lot bazar Ramadan
Mereka yang terlibat juga akan dikenakan kompaun yang tinggi selain dihalang mengikuti mana-mana penganjuran bazar Ramadan tahun berikutnya.

Tiada pilih bulu, MBI tetap pegang janji pindahkan penjaja Padang Polo
Rumaizi berkata, pihaknya tetap berpegang pada janji untuk menempatkan para penjaja di lokasi baharu iaitu Saji Sejahtera@Polo.

MBI ambil tindakan premis diubah suai tidak ikut spesifikasi
Katanya, tindakan penguatkuasaan dilakukan terhadap pemilik premis yang dipercayai menyewakannya kepada warga asing.