"UDA sudah memberi notis pengosongan sejak 2013 dan memberi makluman dari bulan ke bulan, namun tidak diendah peniaga sendiri."
Itu penjelasan Pengerusi UDA Holdings Bhd (UDA), Datuk Johari Abdul Ghani yang menyifatkan penyewa di Plaza Bukit Bintang terlalu mementingkan diri sehingga sanggup mengenepikan pembangunan di kawasan mereka.
"Kita tidak halau, tetapi kerajaan sudah maklumkan mahu membangunkan tapak itu menjadi stesen Transit Aliran Massa (MRT) sejak lebih setahun yang lalu.
"Kita sudah beri notis sejak 2013, kita sudah maklum dari bulan ke bulan dan memaklumkan tidak akan memberi sebarang sambungan sewaan tapak dan peniaga ini sendiri sudah tahu," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Johari mengulas kenyataan Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga BB Plaza KL, Hassan Saad yang memberitahu, kemelut penyewaan premis di Plaza Bukit Bintang disifatkan semakin serius bila UDA dikatakan mungkir janji apabila meminta peniaga mengosongkan tapak perniagaan mereka sebelum penghujung tahun ini.
Kata Hassan, hak mereka untuk bertemu dan berbincang dengan pengurusan tertinggi UDA selama ini juga terus dinafikan.
Mengulas lanjut, kata Johari, UDA tidak pernah berniat untuk menganiaya peniaga dan menyifatkan 85 peratus daripada tapak perniagaan mereka di seluruh negara dipunyai bumiputera sebagai bukti tidak menindas.
"Kawasan itu sendiri (Plaza BB) sudah mencatat kemerosotan jualan dan keuntungan sejak pembangunan MRT bermula, orang ramai juga sudah kurang mengunjungi lokasi berkenaan.
"Kita tidak menindas bumiputera, saya sendiri akan pastikan pengurusan tidak melakukan seperti apa yang didakwa peniaga," ujarnya.
Tambahnya, UDA juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk menempatkan peniaga berkenaan di Pudu Sentral atau Kompleks Pertama.
"Mereka boleh memohon dan tapak akan diberi jika ada kekosongan.
"UDA tidak pernah ada sebarang perjanjian berhubung tapak sewaan peniaga di Plaza BB berkenaan.
"Lagipun pembangunan semula lokasi itu akan menjanjikan tiga atau empat kali ganda tapak kepada peniaga apabila siap nanti," jelasnya.
Ketika ditanya apakah UDA tidak pernah mengadakan perbincangan dengan pihak penyewa di Plaza BB, ini kata Johari: "Kita panggil mereka mesyuarat, tetapi ahli jawatan kuasa mereka yang tidak mahu datang. Ada sewa tertunggak dan tidak mahu bayar.
"Malahan ada yang hadir pada mesyuarat bukan mewakili penyewa di sana. Bagaimana perbincangan susulan hendak dibuat?" katanya.
Sementara itu, dalam satu kenyataan, UDA memaklumkan akan membina semula BB Plaza bersama Tradewinds selaras dengan kemajuan bandar dan ekonomi.
Kata kenyataan itu, pembangunan persekitaran BB Plaza di masa kini sedang mengalami evolusi yang drastik sehingga mentransformasi lanskap kawasan persekitaran menjadi kawasan yang ultra-moden sesuai dengan gaya hidup.
Jelas kenyataan itu, pembangunan semula ini juga selaras dengan bangunan pencakar langit di sekitar BB Plaza termasuklah bangunan-bangunan mewah dan pusat membeli-belah seperti The Pavillion, Lot 10, Sungei Wang Plaza, dan Berjaya Times Square.
Wan Syamsul Amly
Thu Oct 16 2014
JOHARI: Peniaga BB Plaza jangan penting diri sendiri - Gambar fail
AWANI Ringkas: Industri getah perlu lakukan revolusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 23 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 Januari 2025
1️⃣ Industri getah perlu lakukan revolusi
2️⃣ Ibu bapa jadi sasaran along
3️⃣ Prabowo puji kabinetnya
#awaniringkas
1️⃣ Industri getah perlu lakukan revolusi
2️⃣ Ibu bapa jadi sasaran along
3️⃣ Prabowo puji kabinetnya
#awaniringkas
EU tolak dakwaan Presiden Trump mengenai defisit perdagangan AS
Suruhanjaya Eropah menolak dakwaan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang menyatakan bahawa Amerika Syarikat mengalami defisit perdagangan sebanyak US$350 bilion dengan Kesatuan Eropah.
Malaysia teliti perkembangan dasar baharu Trump - Mohamad
Kabinet akan membincangkan perkembangan terkini berkaitan dasar baharu pentadbiran Trump termasuk cadangan tarif import yang akan dikenakan terhadap beberapa negara.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Ketua Jabatan Polisi dan Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Balqais Yusoff berkata berdasarkan simulasi, seseorang pekerja dengan gaji minimum RM1,700 juga boleh mencapai simpanan RM1 juta menjelang usia persaraan.
Siar perlawanan EPL secara haram, kafe pool didenda RM175,000
Dalam keputusan bertarikh 7 Januari, mahkamah memihak kepada Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd., anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad, dengan menganugerahkan ganti rugi statutori berjumlah RM175,000.
Pengurus projek mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pengurus projek sebuah anak syarikat konsesi lebuh raya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tiga pertuduhan menerima rasuah RM50,000.
Dialog Tiga Penjuru: Kita akan hilang kerja
92 juta pekerjaan di serata dunia bakal lenyap menjelang 2030, bagaimana pula Malaysia?
170 juta pekerjaan baharu juga dijangka wujud, adakah kemahiran sedia ada relevan?
Menarik bakat terbaik, adaptasi sektor pekerjaan perlu penuhi perubahan personalisasi, komuniti, dan pembelajaran?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
170 juta pekerjaan baharu juga dijangka wujud, adakah kemahiran sedia ada relevan?
Menarik bakat terbaik, adaptasi sektor pekerjaan perlu penuhi perubahan personalisasi, komuniti, dan pembelajaran?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Davoscast 14 minit bersama PM
Sebagai pengerusi ASEAN pada tahun ini, Malaysia mencatatkan permulaan yang kukuh dengan menyampaikan suara bersama blok dianggotai 10 negara itu mengenai cabaran, potensi dan kebebasannya dalam membuat keputusan pada Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
AWANI Sabah+: Inisiatif rumah mesra SMJ
Inisiatif Rumah Mesra SMJ yang diterajui kerajaan negeri Sabah membuktikan ikrar membasmi kemiskinan selain memberi akses kepada perumahan mampu milik.
'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
MTEM bantah SME Bank bergabung dengan Bank Pembangunan, EXIM Bank
MTEM menegaskan, cadangan penggabungan tersebut atau penggabungan GLIC pada masa hadapan hendaklah melalui proses libat-urus yang komprehensif.
UMNO ikrar pastikan UiTM kekal untuk Melayu, Bumiputera - Zambry
UMNO berikrar untuk terus memastikan UiTM kekal sebagai institusi pengajian tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.
Rafizi lancar PuTERA35, angkat martabat bumiputera
PuTERA35 disokong oleh tiga teras, 12 pemacu serta 132 ikhtiar yang komprehensif, berani dan berpandangan jauh.
Penempatan matrikulasi cukup, selesaikan isu pelajar cemerlang dinafikan tempat – Bekas KP Pendidikan
Kerajaan perlu menyelesaikan rungutan pelajar cemerlang khususnya dalam kalangan bukan bumiputera yang dinafikan penempatan di pusat matrikulasi.
Jaminan penempatan matrikulasi atasi isu penghijrahan bakat – Teach For Malaysia
Jaminan penempatan di pusat matrikulasi kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira latar bumiputera atau sebaliknya, akan mengatasi isu penghijrahan bakat atau brain drain.
Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.
Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.
Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
PM seru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.
Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi jaminan kuota bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi adalah kekal.