Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengingatkan peniaga supaya tidak mengeksploitasi harga tong air dengan mengaut keuntungan berlebihan, ketika berlaku gangguan bekalan air membabitkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya tidak akan berkompromi berhubung perkara itu, walaupun tong air tersebut tidak tertakluk dalam senarai barangan harga terkawal.
"Kita akan ambil tindakan undang-undang ke atas peniaga yang menaikkan harga tong air secara melampau walaupun tong air tidak termasuk dalam barang kawalan.
"Dan sekiranya kita mengesan ada peniaga yang menaikkan harga barang ini, penguatkuasa kita akan turun dan melakukan pemeriksaan ke atas premis perniagaan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Bizfair peringkat Selangor dan Kuala Lumpur di sini, pada Selasa.
Turut hadir, Pengerusi SSM yang juga merangkap Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Muez Abd Aziz.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution turut menyeru orang ramai supaya tampil memberikan maklumat kepada kementerian itu sekiranya terdapat peniaga yang didapati menaikkan harga tong air tersebut.
"Bermula Isnin, penguatkuasa KPDNHEP Selangor telah memeriksa 73 premis menjual tong air di sekitar negeri ini, dan setakat ini tidak berlaku kenaikan harga. Pasukan penguatkuasa Selangor akan meneruskan operasi pemantauan harga tong air sehingga gangguan bekalan air selesai," katanya.
Bermula Rabu sehingga 27 April, berlaku gangguan bekalan air disebabkan kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2), melibatkan enam wilayah iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Selangor.
Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata pihaknya bersedia menambah peruntukan untuk diagihkan kepada usahawan di bawah program SSM Bizgrant.
"Sejak program ini diperkenalkan pada 2018, SSM telah menyediakan RM10 juta dalam bentuk geran untuk diagihkan kepada 3,000 usahawan terpilih seluruh negara, bagi membantu mengembangkan perniagaan mereka.
"Saya mahu SSM menjejaki usahawan yang telah diberi bantuan ini untuk melihat perkembangan perniagaan mereka, dan sekiranya usahawan ini berjaya kita bersedia menambah peruntukan itu untuk membantu usahawan lain," katanya.
Sementara itu di Kuala Lumpur, Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan, Azeem Nazuri berkata para peniaga dikehendaki meletakkan tanda harga pada tong air yang dijual agar tidak mengelirukan pengguna.
"Setakat ini tiada notis dikeluarkan kerana rata-rata peniaga mematuhi peraturan dengan meletakkan tanda harga dan tidak menaikkan harga tong air," katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi pemeriksaan di sebuah kilang tong plastik di sini pada Selasa.
Azeem berkata pihaknya akan menjalankan operasi pemeriksaan setiap hari sehingga 28 April ini bagi mengelak penindasan harga daripada berlaku.
"Sasaran kami adalah di sekitar kawasan yang mengalami gangguan bekalan air dan kedai di kawasan perumahan atau pangsapuri dengan kepadatan penduduk yang tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2019

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Azeem Nazuri (kanan) memeriksa saiz dan harga tong air ketika operasi mengejut di sebuah kilang tong plastik di Kepong. - Foto BERNAMA
Hakim Jepun dipilih sebagai presiden baharu ICJ
Hakim Jepun, Yuji Iwasawa dipilih sebagai presiden baharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi tempoh 2025 sehingga 5 Februari 2027.
Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan
Peningkatan produktiviti boleh dicapai menerusi program menambah kemahiran seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan kewujudan pusat kecemerlangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menurut Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan, sebagai sebuah negara yang majmuk, masyarakat perlu memupuk semangat saling menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa.
[TERKINI] Syarikat lori tayar tercabut sebabkan tujuh maut didakwa lebih muatan
Sebuah syarikat logistik yang terbabit dalam nahas maut mengorbankan tujuh individu hujung Disember lalu didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah atas pertuduhan membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Dua sahabat mengaku salah rompak berkumpulan guna senjata, cederakan dua lelaki
Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak secara berkumpulan menggunakan senjata dan mencederakan dua lelaki di Bachok, pada 30 Jan.

Sukan olahraga hilang 'sentuhan' Harun Rasheed
KOM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menghargai jasa beliau kepada sukan tanah air.

Berpuasa tidak halang Nurul Izzah tampil aksi cemerlang di Turkiye
Ratu berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berjanji akan menampilkan aksi cemerlang meskipun beraksi ketika berpuasa di Kejohanan Piala Negara-Negara di Konya, Turkiye.

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.
AWANI Ringkas: Cuaca panas tahap satu di tiga kawasan di utara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.

KPDN Perlis rekod 198 kes penyeludupan barangan kawalan, subsidi sejak Januari
Ia membabitkan rampasan bernilai RM1.22 juta direkodkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis sejak Januari lepas hingga semalam.

Polis Marin rekod lebih 1,000 kes seludup barang kawalan di seluruh negara
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan 1,336 kes penyeludupan barang kawalan bagi tempoh 2022 hingga September lepas di seluruh negara.

KPDN, Polis Marin rampas lebih 300 liter petrol disorok dalam reban ayam
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor merampas 375 liter petrol dalam serbuan di Kampung Geting, semalam.

Aktiviti penipuan penjualan minyak masak dalam talian masih berlaku - KPDN
Aktiviti penipuan penjualan minyak masak paket secara dalam talian didapati masih lagi berlaku berdasarkan pemantauan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Bekas pemandu lori didakwa miliki diesel tanpa lesen sah
Bekas pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan memiliki barangan kawalan berjadual iaitu 3,503 liter diesel tanpa lesen sah, tahun lalu.

Peniaga didenda RM300,000 simpan diesel tanpa lesen
Seorang peniaga peralatan ikan didenda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah menyimpan barang kawalan diesel tanpa lesen sebanyak 96,542 liter tahun lepas.

Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.

KPDN Sarawak tetapkan 18 barangan harga terkawal sempena Aidilfitri
KPDN Sarawak telah menetapkan sejumlah 18 barangan diwartakan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang berkuat kuasa hari ini.

Jangan sorok gula semasa Tahun Baharu Cina - KPDN Kedah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah memberi amaran kepada peniaga di negeri itu supaya tidak menyorok bekalan gula semasa perayaan Tahun Baharu Cina.