KEMAMAN: Seorang peniaga kedai makan dari Kemaman menjumpai ketulan pepejal seberat lima kilogram yang dipercayai muntah ikan paus atau ambergris.
Menurut Aida Zurina Long, 41, objek itu ditemui ketika memancing bersama keluarga berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Marang.
Jelasnya, dia cuba mendapatkan maklumat lanjut mengenai muntah ikan paus di internet untuk mendapatkan kesahihanya.
"Selepas balik rumah, kami melakukan pencarian dalam talian. Keesokan hari apabila ayah saya pergi balik, ia masih ada di situ.
"Ayah saya cuba lakukan ujian seperti yang dinyatakan dalam talian itu. Memang terdapat ciri-ciri muntahan ikan paus.
"Ia ada keluarkan bau dan meleleh lebih kurang seperti lilin," katanya.
Muntah ikan paus dikatakan bernilai tinggi dalam industri pembuatan minyak wangi dan pernah ditemukan oleh seorang nelayan di Pantai Niyom, Surat Thani, Thailand Februari lalu.
Nur Fazlizai Ali
Tue Dec 14 2021
![Peniaga jumpa ketulan pepejal dipercayai muntah ikan paus Peniaga jumpa ketulan pepejal dipercayai muntah ikan paus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639522004_muntahpaus.jpg)
Muntah ikan paus dikatakan bernilai tinggi dalam industri pembuatan minyak wangi. - Astro AWANI
![Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739373668_AzamBaki.jpg)
Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya.
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
![KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012 KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739453860_tbSaifuddinNasution.jpg)
KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan satu memorandum Jemaah Menteri susulan keputusan kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).
![BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030 BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732100394_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).
PTPK sasar RM 450 juta kutipan pinjaman balik
Kementerian Sumber Manusia memperuntukan dana pinjaman rm 500 juta buat perbadanan tabung pembangunan kemahiran (ptpk) dijangka manfaatkan seramai 20,000 peminjam
MyGAS 2025 fokus atasi cabaran pembiayaan gas asli
Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2025) edisi keempat membuka pentas perbincangan mengenai cabaran pembiayaan industri gas sambil memastikan usaha peralihan tenaga bersih mampu dicapai.
Ancaman gajah: Penduduk hidup dalam kebimbangan
Penduduk beberapa kampung di Hulu Terengganu hidup dalam kebimbangan susulan serangan gajah yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
![Peniaga jumpa ketulan pepejal dipercayai muntah ikan paus Peniaga jumpa ketulan pepejal dipercayai muntah ikan paus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639522004_muntahpaus.jpg)
Peniaga jumpa ketulan pepejal dipercayai muntah ikan paus
Seorang peniaga kedai makan dari Kemaman menjumpai ketulan pepejal seberat lima kilogram yang dipercayai muntah ikan paus atau ambergris.