KUANTAN:Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) kini mengambil pendekatan holistik dalam membantu masyarakat terutama golongan B40 yang menghadapi tekanan kewangan akibat COVID-19 dengan memberi kebenaran berniaga di mana-mana lokasi yang sesuai.
Menurut Yang Dipertua MPK Datuk Hamdan Hussin, kebenaran berniaga itu diberi dengan syarat lokasi perniagaan sesuai dan tidak menghalang lalu lintas, tidak menimbulkan gangguan kepada penduduk selain kebersihan sentiasa dijaga.
Jelasnya, pihak MPK telah mengeluarkan sebanyak 1,210 permit harian yang memberi kemudahan kepada seramai 103 orang peniaga sejak pendekatan yang telah dilaksanakan pada Julai 2020 lepas.
"Mereka kehilangan pendapatan harian, terpaksa menyara kehidupan dalam keadaan susah. Melihatkan kepada perkara ini, kami mempermudahkan supaya mereka terus dapat menyara keluarga, menjana pendapatan, mencari pendapatan harian.
"Jadi apabila kami melaksanankan pendekatan ini, golongan yang terjejas disebabkan pandemik, yang kehilangan pendapatan sebab COVID-19, mereka dapat kembali berniaga dengan lebih mudah.
"Ini, selain dapat memulihkan ekonomi pendapatan mereka, kuasa membeli mereka juga semakin baik," katanya.
Menurut Hamdan, dengan kaedah itu, pihak penguatkuasa MPK akan bertemu peniaga di lokasi mereka berniaga dan memberi nasihat tentang kebersihan serta memastikan perniagaan tidak menghalang lalu lintas sebelum diberi pilihan lesen harian, mingguan atau bulanan, tanpa perlu memohon di kaunter MPK.
Dalam pada itu, peniaga makanan, Zainuddin Samseman, 38 tahun, berkata, kaedah yang dilakukan MPK itu sangat berkesan dalam membantu masyarakat mencari pendapatan tanpa perlu rasa takut akan dikenakan tindakan saman.
"Cara MPK ni memang memberi manfaat yang bagus, di mana kita yang terjejas PKP ini dapat berniaga dengan tidak risau di mana kita boleh berniaga dan tidak perlu mengalih semua barang-barang kami.
"Biasa kena saman, takut kena angkut, sekarang Alhamdullilah, ia mengeluarkan permit, jadi kita boleh berniaga dengan senang hati," ujarnya.
Sementara itu, bekas pekerja keselamatan yang kini berniaga pakaian, Khairul Azizan Razali, 41 tahun, berpendapat, pendekatan itu membantu menampung kehidupan yang terhimpit akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan meringankan beban kewangan keluarga.
"Bagi saya, ia membantu pada saat tidak ada pekerjaan. Pada musim COVID-19 ini, payah kerja. Jadi kita pun meniaga secara halal. Cara MPK ini bagus. Memang cukup memudahkan," jelasnya.
Astro Awani
Wed Nov 11 2020
Peniaga berpendapat kaedah diambil MPK sangat berkesan dalam membantu masyarakat mencari pendapatan tanpa perlu rasa takut akan dikenakan tindakan saman. - Astro AWANI
Messi sasar Piala Dunia 2026, kata jurulatih Argentina, Lionel Scaloni
Messi dan rakan-rakannya sedar masih ada masa yang munasabah dan mereka semua bersemangat untuk bermain di Piala Dunia.
Kelab bola sepak belanja RM37.7 bilion untuk pemindahan antarabangsa pada 2024 - Kajian FIFA
Jumlah ini merupakan perbelanjaan kedua tertinggi selepas rekod tahun 2023, apabila kelab membelanjakan AS$9.63 bilion (RM42.2 bilion).
Mangsa banjir di Sarawak hampiri 10,000 orang
Sehingga 7 pagi tadi, jumlah PPS aktif terus meningkat kepada 57 dengan mangsa banjir kini mencecah 9,780 orang daripada 2,767 keluarga.
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Polis selamatkan remaja perempuan dilarikan lelaki warga China di Kuantan
Polis Johor menahan seorang lelaki warga China dan berjaya menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dipercayai dilarikannya, di Kuantan, Pahang, semalam.
JKDM tumpas sindiket seludup rokok bernilai lebih RM1.7 juta
Jabatan Kastam Pahang menumpaskan sindiket penyeludupan rokok bernilai lebih RM1.7 juta menerusi operasi berasingan di Pahang dan Melaka.
Pegawai agensi kerajaan negeri antara ditahan SPRM lindungi kegiatan punggah keluar hasil galian
Seorang pegawai agensi kerajaan negeri antara tiga individu ditahan dalam serbuan oleh SPRM kerana disyaki terbabit rasuah bagi melindungi kegiatan memunggah keluar hasil galian.
Lima individu termasuk kerabat diraja Pahang didakwa cederakan lelaki
Lima individu, termasuk seorang kerabat diraja Pahang, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki pada Jun lalu.
Mangsa teruja turun cari kepah sebelum hilang - Rakan
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang di muara Sungai Balok, Kuantan pada Sabtu ketika sedang mencari kepah.
Dua penuntut Polisas maut motosikal hilang kawalan
Siasatan awal polis mendapati kedua-dua mangsa berusia 20 tahun itu dari arah Kuantan menghala ke arah Taman Dato Rashid.
Isteri maut, suami sesak nafas kereta terjunam dalam sungai
Seorang wanita maut manakala suaminya mengalami sesak nafas selepas kereta dinaiki hilang kawalan dan terbabas ke dalam sungai.
Penunggang maut dalam nahas lima kenderaan di LPT1
Muhammad Al-Faries Faiz yang beralamat di Kampung Sungai Rambai, Sega, Raub mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 bermula hari ini
Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu bakal menampilkan 578 atlet terdiri daripada 17 pasukan dalam negara dan lapan negara luar.
Gerai, kereta rosak akibat ribut di Kuantan
Beberapa premis perniagaan dan kereta rosak dalam kejadian ribut di tempat tumpuan orang ramai di Pantai Kempadang petang tadi.