KULIM: Seorang lelaki yang juga peniaga kuih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kulim, hari ini atas pertuduhan cuba membunuh seorang anggota polis, Sabtu lalu.
Tertuduh, Chua Kai Choon, 45, yang berasal dari Bedong, Sungai Petani bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mirza Mohamad.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad, 31, dengan melanggar anggota polis berkenaan ketika memandu sebuah lori pikap Nissan Frontier jam 9.15 pagi 16 Julai di Jalan Kulim - Serdang, berhampiran Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Perbuatan tertuduh boleh menyebabkan kematian itu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Pavithra manakala tertuduh diwakili peguam Chong Seng Meng dan Tengku Hezrul Anuar Tengku Abdul Samad.
Seng Meng dalam rayuannya memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin kerana anak guamnya hanya bekerja sebagai peniaga kuih di pasar pagi dan terpaksa menanggung isteri warga Thailand, dua anak dan ibu.
Mahkamah bagaimanapun tidak menawarkan sebarang jaminan dengan mengambil kira beberapa faktor termasuk tidak memenuhi kriteria antaranya usia, jantina serta kesihatan tertuduh.
Sementara itu, di Mahkamah Majistret tertuduh turut mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan berasingan ke atasnya masing-masing tiga kes mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, menghalang tugas penjawat awam dan kes dadah.
Bagi pertuduhan pertama mengikut APJ 1987, tertuduh pada pukul 9.15 pagi 16 Julai di Jalan Kulim-Serdang berhampiran pejabat LHDN didakwa mengikut Seksyen 44(1A) APJ 1987 kerana memandu lori pikap Nissan Frontier di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh pada tarikh, waktu dan lokasi yang sama didakwa mengikut Seksyen 42(1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalanraya yang lain.
Bagi pertuduhan ketiga pula, Chua pada tarikh, waktu dan lokasi sama didakwa mengikut Seksyen 6(1) APJ 1987 kerana mengubahsuai struktur serta peralatan pada kenderaannya.
Tertuduh, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Noor Fazlina Musa.
Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, Noor Fazlina menetapkan jaminan berjumlah RM5,000 dengan seorang penjamin.
Bagi pertuduhan menghalang penjawat awam, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan kesalahan itu terhadap Koperal Muhamad Syafiq pada 16 Julai pukul 9.15 pagi di Jalan Serdang-Kulim.
Tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memasukkan dadah dalam tubuhnya di tandas Balai Polis Kulim pada 16 Julai pukul 3.05 petang.
Bagi dua pertuduhan itu mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin masing-masing RM2,500 dan RM2,000 dengan seorang penjamin.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Arthini manakala tertuduh diwakili peguam yang sama.
Mahkamah menetapkan 16 Ogos depan sebagai sebutan semula kes.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Jul 21 2022

Tertuduh, Chua Kai Choon membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan cuba membunuh seorang anggota polis dalam kejadian pada Sabtu lalu. - Gambar Astro AWANI
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

Dirempuh lembu: Peniaga kuih meninggal dunia selepas tiga hari bertarung nyawa
Seorang peniaga kuih yang mengalami kecederaan parah pada kepala selepas motosikal dinaikinya dirempuh seekor anak lembu di Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesed

Peniaga kuih didakwa cuba bunuh anggota polis
Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Koperal Muhamad Khairul dengan melanggar anggota polis berkenaan.

Penjual kuih derita angkara minyak panas
Sepanjang menjalani proses pemulihan peniaga kuih berusia 54 tahun itu tidur berlapik tilam yang dibasahi air bisa dari kulitnya.

Buruh mengaku salah jirus air kencing dalam bekas kuih peniaga
Mohd Hafizi Mohd Sabri, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.