ALOR SETAR: Seramai 30 peniaga di Medan Pasar Besar di sini membantah kadar sewa tapak niaga baharu yang didakwa 'naik mencanak' dan menuntut penjelasan segera daripada pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) mengenai perkara tersebut.
Peniaga mendakwa kadar sewa dinaikkan daripada RM90 kepada RM550, dijangka berkuat kuasa 1 Februari ini, dan menyifatkan ia sebagai tidak masuk akal kerana boleh menyebabkan mereka 'gulung tikar' memandangkan kebanyakannya adalah peniaga kecil daripada golongan B40.
Peniaga minuman, Shahi Zabiad Mohd Sharif, 35, berkata masalah timbul selepas medan selera itu diswastakan kepada sebuah syarikat yang telah menjalankan kerja-kerja menaik taraf dan menguruskannya sejak tiga bulan lepas.
"MBAS tidak maklumkan tentang penswastaan itu, tiba-tiba wakil syarikat swasta datang beritahu syarat dan kadar sewa baharu dinaikkan daripada RM90 kepada RM550 sebulan dan juga kena bayar deposit RM2,000 untuk mula berniaga semula pada 1 Februari depan.
"Kami terkejutlah, saya rasa inilah rekod sewa tertinggi di Alor Setar. Di mana kami nak cari duit sedangkan kami jual kopi, jual nasi lemak saja, harapan kami agar diturunkan pada kadar munasabah," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Shahi Zabiad berkata dia juga kecewa dengan sikap pihak berkenaan yang mendakwa akan menyingkirkan peniaga yang gagal melunaskan sewa bulanan secara konsisten dan akan memasukkan peniaga baharu.
"Kita dah pi ke MBAS pagi tadi dan pihak MBAS kata Datuk Bandar ada mesyuarat. Kita akan bertemu semula untuk minta pencerahan mengenai penswastaan itu dan sewa yang tinggi... minta MBAS tolong campur tangan dalam isu ini," katanya.
Zahira Shokut Ali, 45, pula berkata kenaikan itu tidak patut berlaku kerana tiada perubahan pada tapak niaga, kelengkapan dan kemudahan lain di premis mereka.
"Kami berniagapun tak okey sangat la ni. Isnin sampai Khamis tak ada orang, Jumaat sampai Ahad saja ada ramai orang... ada peniaga ibu tunggal, anak banyak sekolah, anak nak pi universiti, nak pakai duit banyak. Bulan puasa nanti kami cuti sebulan tak berniaga, kami nak bayar sewa macam mana," katanya yang juga menjalankan perniagaan menjual air.
Sementara itu, Yang Dipertua Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia negeri Kedah Baharudin Mohd Ali berkata pihaknya telah menghantar surat bantahan penswastaan medan selera pasar berkenaan kepada pihak MBAS untuk tindakan lanjut.
"Kita harap MBAS dapat mencari jalan penyelesaian terbaik kepada peniaga yang telah lama berniaga di situ. Kita harap ada satu pertemuan dengan semua peniaga dalam tempoh terdekat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2024
![Peniaga Medan Pasar Besar Alor Setar bantah sewa naik 'mencanak' Peniaga Medan Pasar Besar Alor Setar bantah sewa naik 'mencanak'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706020522_peniagaMedanPasar.jpg)
Peniaga mendakwa kadar sewa dinaikkan daripada RM90 kepada RM550, dijangka berkuat kuasa 1 Februari ini. - Bernama
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712038335_TBbazarRamadanj.jpg)
Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin
Keadaan itu akan membebankan peniaga sekali gus memberi kesan terhadap harga jualan yang mungkin terpaksa ditanggung pembeli.
![Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681454653_BazarRamadan.jpg)
Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan
Kerajaan Melaka akan mengambil tindakan tegas termasuk menarik lesen dan menyenaraihitamkan peniaga yang dikesan menjual lesen perniagaan bazar Ramadan kepada pihak ketiga.
![Gara-gara cemburu, kekasih 'kantoikan' teman lelaki miliki pistol, 30 peluru Gara-gara cemburu, kekasih 'kantoikan' teman lelaki miliki pistol, 30 peluru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739197051_TBcemburu.jpg)
Gara-gara cemburu, kekasih 'kantoikan' teman lelaki miliki pistol, 30 peluru
Sepasang kekasih ditahan kerana memiliki sepucuk pistol bersama 30 butir peluru di sebuah kondominium di Taman Cempaka, di sini, pada Sabtu.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi didorong belian saham mewah terpilih Bursa Malaysia dibuka tinggi didorong belian saham mewah terpilih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734701958_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi didorong belian saham mewah terpilih
Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.76 mata kepada 1,565.32 daripada 1,564.56 pada Selasa.
![Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan kebimbangan terhadap tarif Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan kebimbangan terhadap tarif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan kebimbangan terhadap tarif
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, ditekan oleh sentimen risiko global yang lemah dan perkembangan berterusan dalam tarif Amerika Syarikat.
![Inisiatif Lestari Niaga perkasa peniaga kecil dan tarik pelancong - Dr Zaliha Mustafa Inisiatif Lestari Niaga perkasa peniaga kecil dan tarik pelancong - Dr Zaliha Mustafa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737981758_tbAGENDAAWANIDRZ.jpg)
Inisiatif Lestari Niaga perkasa peniaga kecil dan tarik pelancong - Dr Zaliha Mustafa
Langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti DBKL.
![Pasaran getah ditutup rendah, jejaki pasaran serantau Pasaran getah ditutup rendah, jejaki pasaran serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81631436302_TBPENOREHGETAH.jpg)
Pasaran getah ditutup rendah, jejaki pasaran serantau
Pasaran getah tempatan ditutup rendah pada Isnin, menjejaki trend dalam pasaran niaga hadapan getah serantau disebabkan peniaga dipengaruhi oleh data ekonomi China yang lemah.
![Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0 Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737947377_MelakaJonkerWalk.jpg)
Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0
Ia bagi memastikan idea berkenaan tidak memberi kesan kepada aktiviti perniagaan majoritinya diusahakan peniaga Melayu yang sekian lama bertapak di situ.
![Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS menjelang pelantikan Trump Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS menjelang pelantikan Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS menjelang pelantikan Trump
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang pelantikan Presiden AS Donald Trump hari ini, kata seorang ahli ekonomi.
![Pasaran getah KL ditutup lebih tinggi Pasaran getah KL ditutup lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81631436302_TBPENOREHGETAH.jpg)
Pasaran getah KL ditutup lebih tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh aliran menaik dalam pasaran hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.